Laman Blog Kehidupan Bersih (KB) mula beroperasi pada 19. Julai 2008. Rangka lamannya disediakan oleh Amerz , setelah siap proses membangunkan laman, barulah Leenoh memuatkan pengisiannya dengan meletakkan tajuk dan wawasannya seperti tertera di dalam lamannya sekarang. Kehidupan Bersih tua setengah tahun berbanding dengan Wahnuar ( Kampung Mampan, Batu Pahat , Johor ) dan muda setahun berbanding dengan Nginap Srengenge ( Pak Cha & Mak Wan. Sik Kedah ).
Pada mulanya Leenoh hanya mengetahui dan mampu memuatkan pengisian tanpa gambar dan dalam keadaan miskin ilmu demikian rupa diposkannya untuk bacaan umum. Sejak hari itu Leenoh belajar sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang. perubahan atau penambahan ilmu bergerak lambat seperti kura-kura, sekiranya terdapat masalah yang merumitkan Leenoh akan mendapatkan pertolongan daripada Amerz. Dalam bidang mencorakkan rangka atau tapak laman blog ianya juga bergerak seperti kura-kura. Kalau terdapat perkara yang agak canggih di dalam blog ini, itu bukanlah hasil kerjatangan atau bekas tangan Leenoh. Leenoh suka berterus terang kepada kekawan dan pengunjung blog KB supaya mereka mengetahui bahawa Leenoh bukanlah seorang yang tergolong di dalam golongan orang yang mahir dan pakar dalam bidang membangunkan blog dan internet. Kalaulah laman blog ini diibaratkan sebagai sebuah lori, Leenoh hanyalah seorang kalendannya sahaja, hanya pandai memuatkan berbagai barangan di dalamnya dan menjajanya ke seluruh pelusuk kampung untuk dijual kepada khalayak ramai .
Leenoh sebenarnya seorang yang pakar dalam penulisan blog dan pakar dalam melakukan kesalahan ejaan dan juga pakar dalam melakukan kesalahan membena struktur ayat serta tata bahasa. Maafkan saya ya hanya bergurau tetapi kesalahan ejaan , struktur ayat dan tata bahasa , itu bukan bergurau, itu betul dan sering berlaku.....hehehe.
Leenoh hanya memikirkan bagaimana hendak mendapatkan tajuk pengisian yang baik untuk dihidangkan kepada pengunjungnya. Rasanya mengenai rangka atau tapak laman blog telah memadai seperti sedia ada kerana Leenoh memang tiada kemahiran dalam bidang tersebut seperti yang dicanangkan di atas, melainkan Amerz sendiri yang hendak menaikkan tarafnya kepada rangka yang lebih canggih dan indah, itu terpulanglah kepada beliau.
Leenoh sekarang memikirkan tentang pengisiannya dan juga memikirkan bagaimana menambahkan pengunjung ke laman ini. Dalam hal ini Leenoh telah dapat beberapa cara supaya tajuknya ( entry) terperangkap di dalam laman google di merata tempat dengan itu klik yang dibuat akan mengarahkan pengunjung ke laman Kehidupan Bersih. Setakat ini pengunjung yang datang ramai juga dari pintu masuk tersebut selain daripada kekawan setia.
Andalah yang menjayakan wawasan blog ini tanpa anda blog ini kesunyian seperti rumah yang usang tanpa penghuni. Hari ini Leenoh terpaksa tulis topik ini kerena kekurangan modal untuk menjaja tajuk yang lain, jadi Leenoh sedang menjual barangan lama yang masih boleh digunakan dan masih berbaki di dalam stok , disamping mengingatkan tarikh bermulanya blog Kehidupan Bersih.(KB)
Bagi Leenoh bilangan pembaca yang ramai amat penting, walaupun mereka tidak memberi apa-apa ulasan , sekiranya kandungan artikelnya berguna tetapi tiada pembaca ianya tidak akan membawa apa-apa kesan kepada niat untuk berdakwah atau menyebarkan kebaikan dan kebajikan.
Membaca tanpa komen tidaklah menjadi masalah kerana komen atau ulasan diperlukan hanyalah untuk mewujudkan satu rangkaian silaturrahim di antara pemblog dan pembaca sahaja, disamping menambahkan semangat untuk terus menulis. Ini adalah objektif sampingan sahaja bukan objektif terasnya. bukan semua pengunjung itu pemblog, ramai di antara mereka hanya pembaca blog sahaja dan sebok dengan tugas-tugas lain yang menuntut untuk diselesai dan dibereskan.Pada mulanya Leenoh hanya mengetahui dan mampu memuatkan pengisian tanpa gambar dan dalam keadaan miskin ilmu demikian rupa diposkannya untuk bacaan umum. Sejak hari itu Leenoh belajar sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang. perubahan atau penambahan ilmu bergerak lambat seperti kura-kura, sekiranya terdapat masalah yang merumitkan Leenoh akan mendapatkan pertolongan daripada Amerz. Dalam bidang mencorakkan rangka atau tapak laman blog ianya juga bergerak seperti kura-kura. Kalau terdapat perkara yang agak canggih di dalam blog ini, itu bukanlah hasil kerjatangan atau bekas tangan Leenoh. Leenoh suka berterus terang kepada kekawan dan pengunjung blog KB supaya mereka mengetahui bahawa Leenoh bukanlah seorang yang tergolong di dalam golongan orang yang mahir dan pakar dalam bidang membangunkan blog dan internet. Kalaulah laman blog ini diibaratkan sebagai sebuah lori, Leenoh hanyalah seorang kalendannya sahaja, hanya pandai memuatkan berbagai barangan di dalamnya dan menjajanya ke seluruh pelusuk kampung untuk dijual kepada khalayak ramai .
Leenoh sebenarnya seorang yang pakar dalam penulisan blog dan pakar dalam melakukan kesalahan ejaan dan juga pakar dalam melakukan kesalahan membena struktur ayat serta tata bahasa. Maafkan saya ya hanya bergurau tetapi kesalahan ejaan , struktur ayat dan tata bahasa , itu bukan bergurau, itu betul dan sering berlaku.....hehehe.
Leenoh hanya memikirkan bagaimana hendak mendapatkan tajuk pengisian yang baik untuk dihidangkan kepada pengunjungnya. Rasanya mengenai rangka atau tapak laman blog telah memadai seperti sedia ada kerana Leenoh memang tiada kemahiran dalam bidang tersebut seperti yang dicanangkan di atas, melainkan Amerz sendiri yang hendak menaikkan tarafnya kepada rangka yang lebih canggih dan indah, itu terpulanglah kepada beliau.
Leenoh sekarang memikirkan tentang pengisiannya dan juga memikirkan bagaimana menambahkan pengunjung ke laman ini. Dalam hal ini Leenoh telah dapat beberapa cara supaya tajuknya ( entry) terperangkap di dalam laman google di merata tempat dengan itu klik yang dibuat akan mengarahkan pengunjung ke laman Kehidupan Bersih. Setakat ini pengunjung yang datang ramai juga dari pintu masuk tersebut selain daripada kekawan setia.
Andalah yang menjayakan wawasan blog ini tanpa anda blog ini kesunyian seperti rumah yang usang tanpa penghuni. Hari ini Leenoh terpaksa tulis topik ini kerena kekurangan modal untuk menjaja tajuk yang lain, jadi Leenoh sedang menjual barangan lama yang masih boleh digunakan dan masih berbaki di dalam stok , disamping mengingatkan tarikh bermulanya blog Kehidupan Bersih.(KB)
Bagi Leenoh bilangan pembaca yang ramai amat penting, walaupun mereka tidak memberi apa-apa ulasan , sekiranya kandungan artikelnya berguna tetapi tiada pembaca ianya tidak akan membawa apa-apa kesan kepada niat untuk berdakwah atau menyebarkan kebaikan dan kebajikan.
Walau bagaimanapun ulasan yang panjang dan bermanfaat amat berguna bagi membantu wawasan blog ini, ulasan berupa teguran juga amat penting, apabila kita terlibat dengan dunia maya sudah tentulah minda kita juga terpaksa ikut terbuka dan menerima teguran.Jika ditakdirkan terdapat kelemahan atau kesilapan, diharap anda tidak keberatan untuk menegurnya.
_____________________Sekarang anda berada di makmal renungan.
(HR. Tirmidzi).
_______________________Rasulullah s.a.w bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra.)
______________________________
DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA
PEMBACA LAMAN BLOG KEHIDUPAN BERSIH,
TANPA ANDA
BLOG INI BAK RUMAH USANG YANG DITINGGALKAN PENGHUNI.
TANPA ANDA
BLOG INI BAK RUMAH USANG YANG DITINGGALKAN PENGHUNI.
________________________
Di antara mereka yang terawal memberi komen atau ulasan di laman ini ialah Noor Jannah, Fairuz Basri. BuNga. Nginap Srengenge. Tinta Arissa. Mika. The spiral eyes. Wan Ridwan, Mfauzi dan Nurhani Salwa ( Hani). Semua laman blog mereka dibuat pautan (link) di blog Kehidupan Bersih disamping blog kekawan yang lain.
Berikut adalah identiti laman blog mereka.
( terima kasih )
http://jannahazwan.blogspot.com/Berikut adalah identiti laman blog mereka.
( terima kasih )
http://fairuzbasri.blogspot.com/
http://nginapsrengenge.blogspot.com
http://tintaarissa.blogspot.com/
http://thespiraleyes.blogspot.com/
http://bintangjatuh-mika.blogspot.com/
http://wanridzuan.blogspot.com/
http://mfauzimtahir.blogspot.com/
http://www.pekanrabu.biz/
http://nurhanisalwa.blogspot.com/
_______________
Di antara topik yang terdapat di dalam laman ini;
- Allah Maha Pencipta
- Percayakan kuasa tanpa aqidah akan binasa diri.
- Kedahlanie melaporkan Emas ditemui di Jelutong.
- Babi masih menjadi tajuk perbincangan.
- Suatu peristiwa berlaku di Masjid pada hari ini.
- Silaturrahim mampu menjana perpaduan.
- Alah bisa tegal biasa. Hendak seribu daya, tidak h...
- Bila gadis lebih ramai
- Dan banyak lagi.
Sekian, Wallahu aklam. Wassalam.
10 comments:
Reader Comments
Written by:
NaqeebLukhman
Posted On:
July 17, 2009 9:17 AM
salam pak Ngah...
dah nak cukup setahun tu usia blog huhu...
dan dah byk rupanya n3, saya pun baru sajer kenal dgn Pak Ngah...
jangan risau pak Ngah pasal trafic tu yang penting blog diupdate setiap hari... sbbnya pihak google suka akan blog yg diupdate setiap hari dengan itu akan tersenarailah dalam enjin carian mereka...
mmg betul tak semua yang baca blog kita dia akan bagi komen... selagi wujud blog dalam internet maka akan ada pungunjung dan pembaca...
jadi kena pertingkatkan kualiti artikel supaya dapat menarik minat org yang mencari info...
saya sendiri pun masih baru dengan dunia blog... dan masih belajar juga...
harap pak Ngah teruskan niat murni pak Ngah itu jgn pernah jemu....
Written by:
Leenoh
Posted On:
July 17, 2009 11:15 AM
Salam Naqeeb.
Terima kasih atas info, kalau kira umur Pak Ngah, Pak Ngah dah tua, kalau kira ilmu dalam hal ini Pak Ngah masih muda hehehe.
Keinginan utk tulis tu ada tapi ideanya dah kekeringan.
Salam pak Ngah...
selamat ulangtahun blog yang ke satu tahun... semoga maju jaya... :)
Salam sdr Leenoh,
Zai berblog belum sampai setahun..pun tak pandai juga sbb tak pernah buat sebelum ni dan takder kawan2 yg rapat utk ajar, semenya belajar sendiri dan sekarang pun masih belajar..alhamdulillah bagus juga berkenalan mcm nie lebih baik begitu..sesekali..
Salam Naqeeb.
Hari ini baru betul cukup setahun, hari itu cuma Pak Ngah acah-ach ja.
terima kasih kerana beri respon.
Pak Ngah baru keluarkan bateri laptop hehehe, lepas ni akan terus ikut nasihat Naqeeb.
Salam sdr.Zai.
Saya selalu gak ziarah baca entri blog Zai, bagus, sentiasa ada mesej yang baik dan berwawasan, Saya telah link-kan di blog ini supaya ramai lagi orang membacanya, buat sesuatu yang baik tidak merugikan....tahniah dan terus menulis.
Salam Leenoh. Selamat menyambut Hari Ulangtahun Blog yang Pertama. Semoga penulisan bermotifkan dakwah (dan BERSIH) ini diteruskan tanpa rasa jemu. Sememangnya penulisan Kehidupan Bersih benar bersih kerana tak ada mengutuk dan mencerca seperti kebanyakan blog yang bermotifkan politik. Sampaikanlah walau sepotong ayat untuk kebaikan sesama insan. Sampaikanlah walau setitis ilmu kebaikan yang kelak akan dipergunakan oleh pembaca ke arah kebaikan. Tingkatkanlah kesedaran seni berbahasa kerana bahasa jiwa bangsa. Semoga blog Kehidupan Bersih dilanjutkan usia (termasuk Leenoh sekali ler tu!) dan sentiasa diberkati Tuhan. Insya Allah.
Takkan takdak kek walau sepotong kut? hehe.
Salam Zaidi.
Mana ada kek...Durian Balik Pulau ada la...hahaha.
Apapun blog Long Tambang Pulau Betong lagi berilmiah, saya tabik kerana Zaidi ada semangat yang tinggi dan ketekunan kerja ,
Diharap Long Tambang beristiqamah dengan penulisannya dan tak naik tambang hahaha..lawak ja.
Saya mengharapkan pengalaman saja bersama ilmu yang tidak seberapa kilo yang hanya sesuai dengan pelajar sekolah menengah ja.
Pada pandangan saya tajuk-tajuk seperti di dalam blog Long Tambang sangat diperlukan kehadirannya di khalayak.
Semoga Zaidi terus mendapat taufik dan hidayah dari Allah dan terus menulis......tulis jangan tak tulis.
Salam ziarah. Blog dan posting yang bermaklumat.
_______________________
View Profile: Rantong™
Salam Rantong.
Terima kasih kerana menziarahi blog ini dan memberi ulasan.
Semoga anda berjaya di dalam kerjaya anda.
Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!
Post a Comment