Saturday, May 15, 2010

Sejauh manakah rahsia keaiban kita boleh didedahkan kepada orang lain.

Salam.

Sejauh manakah rahsia keaiban kita boleh didedahkan kepada orang lain.


Pada
hematku:

Sesuatu kejahatan yang telah dilakukan oleh seseorang individu, sekiranya dihebohkan atau diceritakan kepada orang lain semata-mata kerana meluahkan perasaan akan menjadikan dosa itu semakin merebak, kejahatan yang dilakukan biasanya akan mendapat dosanya setimpal dengan perbuatannya iaitu satu kejahatan satu dosa, tetapi, sekiranya kejahatan yang dilakukan itu diceritakan kepada orang lain pula, berkemungkinan dosa itu akan bertambah kerana cerita tersebut boleh menggalakkan pendengarnya berminat melakukannya.Kiranya berlaku begitu maka kitalah pendorongnya, mendorong kepada kejahatan adalah kejahatan jua.
_________________________

Hadis di bawah ini sangat sesuai untuk dirujuk,
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).
___________________________________________

Kebaikan yang dilakukan akan mendapat pahala yang berlipat ganda, satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.Sekiranya kebaikan itu disebarkan bertujuan kebaikan juga maka pahalanya akan digandakan lagi, tetapi, sekiranya disebarkan kerana menunjuk-nunjukkan kebaikannya , maka kebaikan itu akan terhakis kerana perbuata riak dan sombong itu adalah kejahatan, kejahatan boleh menghakis kabaikan.

Merujuk kepada rangkaikata sejauh manakah rahsia keaiban kita boleh didedahkan kepada orang lain.

Keaiban atau kejahatan yang kita telah lakukan sepatutnya hanya menjadi rahsia diri kita sendiri dan Allah sahaja . Dalam keadaan kita menyedari bahawa kita telah melakukan kejahatan dan sudah pasti Allah pun melihatnya jua dan kita menyesali serta merendahkan diri terus bertaubat kepada Allah. Cara begini dipercayai lebih senang mendapat keampunan Allah
kerana keaiban atau kejahatan itu tidak berangkai-rangkai dan tidak mendorong orang lain melakukannya.

Jawaban kepada rangkaikata itu kita sewajarnya tidak menceritakan kepada sesiapa pun hanya memohon ampun daripada Allah sahaja. Sekiranya perlu menceritakannya kerana hendak menyelesaikan sesuatu masalah hendaklah menceritakannya kepada mereka yang dipercayai mempunyai sifat amanah sahaja.Sekiranya cerita itu disampaikan kepada orang yang bersifat sebaliknya ditakuti keaiban kita akan tersebar dan akan menjadi bertambah buruk lagi. Mereka yang mendengar, menerima dan penyelesai masalah ini pula hendaklah menyimpan rahsia keaiban itu dengan sebaik-baiknya.

Sekadar ini dahulu...Wassalam.


2 comments:

ikan emas said...

salam,

tapi dalam dunia skrg mulut manusia boleh ditutup tetapi tangan-tangan mereka yang pintar menyebar certia..

Leenoh said...

Salam.
Itulah realiti di luar sana, namun begitu kita masih boleh menutup keaiban sendiri daripada pengetahuan manusia.
Biarlah jejari kita mengetuk papan kekunci mengenai perkara baik sahaja.