Thursday, August 4, 2011

Berita bergambar - Ihya Ramadan di Masjid Negeri, Shah Alam.

Salam semua.

Pak Ngah dan Mak Ngah me
mang sama-sama berazam dan berdoa agar puasa pada tahun ini akan sama-sama menghayati Ramadan di Masjid Negeri sekerap yang mampu, kalau boleh setiap malam sepanjang Ramadan ini akan beriktikaf di sana, mulai waktu petang sehingga selesai Tarawih, oleh itu kami pun setiap petang antara jam 6.00 - 6,30 petang akan bertolak dari rumah ke masjid, perjalanan akan memakan masa kurang lebih 10 minit sahaja.

Petang semalam kami pun seperti biasalah ber
tandang ke sana tanpa terfikir sedikit pun bahawa ketika kami sampai suatu majlis sangat meriah sedang berlangsung. Rupa-rupanya pada petang ini ( Rabu - 3 Ramdan 1432 / 3 Ogos 2011 ) Majlis Ihya Ramadan dan Berbuka Puasa Bersama Rakyat sedang berlangsung dengan begitu meriahnya di pekarangan masjid, ribuan manusia sedang menyaksikan upacara itu berlangsung, Tuanku Sultan Selangor ( Sultan Sharafuddin Idris Shah ) sedang beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada faqir miskin dan saudara kita.

Setiba sahaja kami di pekarangan tersebut, kami pun
masuk ke khemah mengambil tempat untuk menyaksikan upacara yang gemilang itu dan di situlah juga kami akan berbuka puasa nanti kerana tempat biasa telah dipindahkan ke situ disekalikan dengan majlis tersebut.

Sebaik sahaja selesai upacara tersebut diikuti pula deng
an ucapan Pengarah MAIS ( Majlis Agama Islam Selangor ) , bacaan al.Quran, bacaan doa dan azan pun dikumandangkan menandakan waktu solat Maghrib serta waktu berbuka puasa.

Sebaik sahaja selesai berbuka puasa ( sekadar mengambil sunat berbuka di awal waktu ) solat Maghrib pun ditunaikan, selepas selesai solat Maghrib ahli jamaah turun semula ke khemah untuk menjamah hidangan malam, selepa
s itu barulah beramai-ramai masuk semula ke dalam masjid (ruang solat ) untuk beriktikaf dan membaca al.Quran sementara menunggu tibanya waktu Isyak, seperti biasa selepas itu orang ramai menunaikan solat fardu Isyak, solat sunat Tarawih dan Witri ( Witir ). Pada malam ini mereka bernasib baik kerana dapat bersolat bersama Tuanku Sultan , Menteri Besar dan pembesar negeri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Berikut adalah gambar yang berkaitan.
Sekian...wallahu aklam.






No comments: