Wednesday, August 10, 2011

Akhirnya perancangan dapat direalisasikan.

Salam semua.

Dalam artikel yang telah lalu saya telah meluahkan rasa kurang puas hati terha
dap pengunjung Majlis Berbuka Puasa di masjid yang saya juga menghadirinya kerana pengunjungnya tidak patuh dengan arahan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan masjid, menjadikan ibadat berbuka puasa itu berlangsung di dalam keadaan bercampur-aduk lelaki dan perempuan, sebahagian kecil hadirin memberi alasan mereka datang bersama keluarga oleh itu mereka ingin berbuka bersama keluarga seperti di rumah.lantas beberapa kelumpuk keluarga duduklah bersebelahan di antara satu sama lain menjadikan lelaki perempuan berkeadaan bercampur-aduk, menyebabkan lelaki dan perempuan di antara keluarga dengan keluarga yang lain itu akhirnya wujud keadaan mahram di antara mereka, perlakuan sebegini sangat janggal kalau berlaku di dalam masjid ( Rumah Allah ) di mana tempat tersebut membolehkan kita beriktikaf, agaknya ketika itu mereka lupa perkara ini, jika perkara itu berterusan tentulah sangat malang bagi kita terutamanya pihak pengurusan masjid tersebut.
Pada masa akan datang diharap pihak pengawal memerhatikan juga mereka yang masuk ke ruang masjid tanpa menutup aurat, terutamanya kaum wanita yang sering masuk ke masjid dengan memakai seluar ketat berbaju T dan seumpamanya walaupun bertudung. Mereka sepatutnya tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid berpakaian demikian -
( wallahu aklam ).
Kini ( 10 Ramadan 1432 ) suasana bercampur-aduk itu telah tidak berlaku lagi, hasil ketegasan yang dipamerkan pengawal atau pengurusan masjid, Perancangan awal sememangnya pihak pengurusan masjid menyediakan tempat berbuka puasa itu berasingan lelaki dan perempuan iaitu ruang yang disediakan untuk perempuan bersebelahannya, cuma mereka yang tertentu berdegil tidak mahu menurut perintah pihak yang berhak menentukannya.
______________________________________________

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
( Surah At.Taubah -[18]).

"Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid,maka saksikanlah yang ia adalah seorang yang beriman".
(Riwayat Imam Ahmad Wa Ibnu Majah)
"Ada tujuh golongan manusia yang diteduhi Allah s.w.t dibawah teduhannya, pada hari yang tidak ada teduhan walau sedikit pun kecuali teduhan Allah s.w.t sahaja. Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang memenuhi sepanjang hidupnya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, seorang lelaki yang hatinya bergantung kepada masjid (sentiasa ingat dan sayang kepada Allah)...".
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
______________________________________________

Orang awam yang hadir ke masjid yang terlalu ramai itu seharusnya sentiasa mematuhi peraturan dan adab-adab yang telah ditetapkan sama ada yang telah disebutkan di dalam Islam atau yang disediakan oleh pihak pengurusan masjid kecuali kalau peraturan itu melanggar hukum Islam dan para hadirin juga hendaklah sentiasa bersedia membantu pihak masjid untuk memakmurkannya.

Syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan masjid kerana anda berjaya mengatasinya dengan cara yang penuh hikmah, semoga situasi yang seperti ini akan menjadi rujukan pihak pengurusan pada tahun-tahun yang akan datang, kekalkan situasi itu supaya ianya menjadi adat dan kebiasaan yang baik dan tidak menyalahi peraturan dan adab semasa berada di masjid.

Sekian...wallahu aklam.















No comments: