Tuesday, August 16, 2011

Sebuah perjalanan. (puisi)


Salam semua.


Sebuah perjalanan tanpa disedari.
Alam roh ianya dimulai.
Singgah sebentar di dalam perut ibu.
Cukup tempoh berhijrahlah dia.
Telanjang bogel tanpa seurat benang.
Teriak menangis memohon pertolongan.
Mereka yang menunggu ketawa riang.

Singgah di dunia menghadapi ujian.
Ada yang lupa, ada yang istiqamah ingatannya.
Masa berlalu bak tiupan angin sepoi bahasa.
Tidak kelihatan, rasanya terkesan.
Dulunya roh kini manusia sempurna.

Khabar ancaman dan khabar gembira sampai ke telinga.
Bahawa di sana ada neraka dan ada syurga.
Dunia ini hanya sebuah perjalanan.
Destinasinya neraka atau syurga.
Neraka tempat ancaman dan siksaan.
Syurga tempat santai merasai kenikmatan.

Persiapan ke sana ketika di dunia.
Hanya mereka yang berilmu berjaya mencapainya.
Memilih syurga tempat bersantai.
Merasai nikmatnya kekal abadi.

Sekian...wallahu aklam.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam ustaz,

Menghayati puisi pagi hari
suka kerana ianya melihatkan diri
selalu muhasabah belajar mencari
sesuatu kebaikan untuk diri sendiri
selain mendidik tanggungjawab diberi
bimbang lalai tidak disedari
Allah betapa kerdilnya diri ini...

Selamat berpuasa ke 16 ustaz... :)

Leenoh said...

Wsalam Kakzakie.

Terima kasih atas respon yang diberikan...selamat berpuasa...semoga mendapat kebaikan Ramadan sepenuhnya...amin.

DrSam said...

Salam Ramadhan al-mubarak Pak ngah. Lama tidak ziarah sini bertanya khabar. Puisi peringatan yang baik sebagai iktibar. terimakasih.

Leenoh said...

Terima kasih DRSam - Selamat berpuasa, semoga mendapat ganjaran seperti yang didoa dan diharapkan...amin.