Saturday, August 6, 2011

Pengalaman berbuka puasa di masjid.

Salam semua.
Puasa Ramadan telah masuk hari yang keenam pada hari ini, perut sudah mulai kempes sedikit, bagi mereka yang badannya hampir-hampir menyentuh obesiti, munkin agak lega sedikit rasa di hati k
erana badan sudah mulai ringan dan bergerak ke sana ke mari lebih senang dan lebih cepat.

Nasib baiklah puasa Ramadan itu wajib, kalau puasa itu sekadar sunat sahaja rasanya ramai tidak berpuasa dan tidak akan mendapat kebaikan yang disebutkan tadi, kadang-kadang perkara yang manusia tidak suka itu baik untuk mereka, hanya Allah yang maha mengetahui.Sebelum ini siapakah yang menyangka dan mengetahui bahawa berpuasa itu baik untuk kesihatan manusia.

Berbalik kepada pengalaman berbuka puasa di masjid, semasa saya tinggal di tempat lama dahulu iaitu sebelum berpindah ke Shah Alam ini, ada juga pengalaman berbuka di masjid tetapi di sana hanya ahli jamaah lelaki sahaja yang hadir, di masjid lama dahulu AJK masjid membahagikan tugas menyediakan makanan berbuka puasa ini kepada beberapa zon mengikut kampung dan taman-taman , terpulanglah kepada mereka sama ada mereka memasaknya sendiri secara gotong-royong atau mengupahnya.

Menyediakan makanan atau hidangan berbuka puasa ini adalah untuk memberi kemudahan kepada musafir dan juga memberi peluang kepada orang faqir dan miskin merasai makanan yang sedap dan lazat seperti kawan-kawan mereka yang berada.

Pengalaman baru berbuka puasa di masjid pada tahun ini (1432h) ini agak berbeza sedikit, Makanan percuma yang disediakan untuk berbuka puasa ini bukan sahaja untuk musafir dan faqir miskin tetapi termasuk juga orang seperti saya yang pergi awal ke masjid untuk bertilawah al.Quran dan terus bersolat jamaah sehingga selesai solat sunat Tarawih dan witirnya sekali. Mereka yang nakal pun ada juga datang ke sini untuk berbuka puasa tetapi tidaklah ramai, nakal bermaksud berbuka puasa tetapi tidak bersolat ( sepanjang pemerhatian rasa macam ada golongan ini ) .

Ada yang datang bersama keluarga yang agak besar, keadaan itu menyebabkan tempat yang dikhaskan untuk lelaki sahaja dan perempuan sahaja telah tidak berfungsi kerana mereka mengambil tempat mengikut keluarga masing-masing seperti berbuka di rumah mereka, di mana mereka itu terdiri daripada lelaki dan perempuan, akhirnya majlis berbuka puasa bercampur-aduk lelaki dan perempuan, pihak masjid telah pun mengaturnya dengan cukup cantik dan molek, susunan mengikut adab yang sepatutnya dipatuhi, pengunjung pula yang tidak mampu mengikut arahan pengawal masjid.
Mungkin mereka merasakan biasa sahaja kerana mereka bersama keluarga sendiri, mereka terlupa memandang orang yang duduk disebelah, bukankah orang di sebelah itu bukan isteri kita, bagi perempuan pula bukan suaminya atau mahramnya, ini adalah masjid bukan dewan orang ramai, di mana tempat ini boleh beriktikaf, lagi pun pekerjaan dan perbuatan kita agak terpesong dari niat asal ke masjid.
Dalam mengejar kelebihan berpuasa aktiviti kita masih berkehendakkan tindakan yang bersepadu iaitu mulai dari niat ke masjid sehingga berpakaian yang menutup aurat serta akhlak dan tingkalaku di dalam masjid.Banyak juga adab yang perlu dipatuhi, kehadiran kita tidak membawa apa-apa makna, jika tingkah laku kita tidak akur dengan adab berada di masjid.




Sekian...wallahu aklam.




No comments: