Monday, August 8, 2011

Di antara mendidik dan cerdik.

Salam semua.

Di antara tujuan berbuka puasa di masjid bagi mereka yang bukan musafir dan bukan faqir miskin.Sudah tentulah ada tujuannya yang tertentu, mungkin untuk memudahkan dan kelancaran beribadat iaitu mereka dapat beriktikaf di masjid sebelum waktu Maghrib dan tidak perlu balik berbuka di rumah, sebaliknya berbuka sahaja dengan makanan percuma yang disediakan dan meneruskan beriktikaf sehingga masuk Waktu Isyak dan seterusnya sehingga selesai solat sunat Witir (Witri), Dengan cara itu banyak pengisian memakmurkan masjid dapat dilakukan, maka ramailah yang akan memenuhi ruang sol
at masjid sepanjang bulan Ramadan ini sekurang-kurangnya.

Situasi yang perlu dimurnikan oleh semua pihak.
Situasi sebenar yang terdapat di masjid yang saya sendiri terlibat dengan kehadiran tersebut, terdapat juga bermacam-macam tujuan yang tidak mengarahkan ke arah memakmurkan masjid seperti yang dirancang oleh pihak masjid, masih terdapat di kalangan mereka yang hadir itu bertujuan memenuhkan hawa nafsu makan atau mengambil kesempatan u
ntuk keuntungan diri dan keluarga.Terdapat juga mereka yang berbuka puasa di masjid tetapi tidak masuk barisan solat untuk bersolat Maghrib secara berjamaah, ada juga yang mengambil makanan dan dibawanya keluar dari ruang yang dikhaskan , walaupun dikawal oleh pengawal yang ditugaskan, sama ada dibawa ke lokasi yang masih di dalam masjid atau dibawanya balik wallahu aklam, mereka yang datang bersama keluarga mengambil makanan dan dibawa ke lokasi yang sesuai supaya tidak bercampur aduk lelaki dan perempuan adalah suatu tindakan mahmudah dan positif, langkah itu juga dapat membantu memurnikan keadaan, apa yang dikesalkan di sini ialah terdapat mereka yang tidak perdulikan arahan pihak pengurusan masjid dan menimbulkan masalah kepada barisan pengurusan jamuan tersebut.
Ibu bapa yang membawa anak-anak kecil ke masjid ramai juga yang membawa masalah kepada pihak pengurusan masjid dan juga memberi masalah kepada ahli jamaah yang sedang bersolat, perkara ini boleh berlaku kerana kelalaian ibu bapa menjaga anak-anak mereka dengan sempurna ketika berada di masjid, ada yang menjadikan ruang solat yang luas itu sebagai tempat mainan, mereka berlari-lari sesuka hati tanpa kawalan ibu bapa kerana ibu bapa sedang asyik bersolat atau membaca al.Quran. Pernah berlaku pada masa yang telah lalu di sebuah masjid yang tarikh dan tempatnya tidak lagi di dalam ingatan saya, iaitu seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat atas ke tingkat bawah dan menemui ajalnya di situ.

Nampaknya mendidik
dan memelihara anak-anak ibu bapa memerlukan kecerdikan sepanjang masa supaya keputusan yang dibuat tidak menghasilkan penyesalan dan menyusahkan orang lain.
Sebagai seorang muslim dan muslimah di sana memang terdapat perintah supaya ibu bapa mendidik anak-anak mendirikan solat, berpuasa dan lain-lain kewajipan, namun demikian kaedah dan ketikanya hendak bersusuaian , sedang kita menjalankan sesuatu kewajipan pada masa yang sama kita juga dikehendaki melunaskan kewajipan yang lain yang melengkapkan kesemua kewajipan itu.

Sabda Rasulullah.s.a.w.yang bermaksud;
"Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur 10 tahun. Asingkanlah mereka lelaki dan perempuan daripada tempat tidur"
" .

Apabila kita ke masjid tentunya kita mengharapkan ketenangan dan keselesaan ketika beribadat supaya kekhusyukan bertapak di jiwa kita, jika kita membawa kanak-kanak ke masjid bertujuan mendidik mereka supaya berjinak-jinak dengan masjid hendaklah dipastikan kanak-kanak itu berada di bawah kawalan dan jagaan kita sepenuh masa, jangan sampai kanak-kanak yang masih merangkak itu meninggalkan najisnya di dalam masjid dan terpaksa pula dibersihkan oleh orang lain. situasi ini bukan sahaja pekerja atau petugas masjid sahaja yang tidak senang hati, malah semua orang yang hadir ke masjid itu mengharapkan masjid sentiasa dijagai oleh semua ahli jamaahnya.

Semua pihak berkewajipan membantu masjid supaya masjid sentiasa berada di dalam keadaan baik, bersih dan dimakmurkan sepanjang masa. Dengan itu maruah Rumah Allah sentiasa terpelihara dan disanjung.

Sekian...Wallahu aklam.








No comments: