Tuesday, August 2, 2011

Berbuka Puasa di Masjid.

Salam semua.

Ramai para muslimin dan muslimat dari berbagai peringkat umur berkunjung ke masjid untuk berbuka puasa dan beribadat, itulah matlmat asalnya, sekiranya dipelihara dan dijaga matlamat tersebut maka terhasillah kebajikan seperti yang diwar-warkan, iaitu memakmurkan masjid.

_________________________________
Orang yang paling utama untuk dilayan.1- Orang musafir.2 - Faqir miskin._________________________________

Apabila telah berada di masjid pula wajiblah pula kita mematuhi adab-adab masuk dan ketika berada di masjid seperti menghormati masjid dengan bersolat sunat Tahiyatul masjid ( jika di Masjidil Haram sunat tawaf ), selain daripada itu perlu juga patuh peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak masjid. Semua perkara tersebut perlu difahami dan dipatuhi supaya semua pihak akan mendapat kebaikan dan kebajikannya serta mereka yang hadir juga akan mendapat dan terlunas apa yang dihajatkan dari segi syarak.

Ramadan 1432 kali ini nampaknya pengunjung ke Masjid Negeri ( Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam ) bertambah ramai, saya tidak pandai menganggarkan jumlahnya dengan tepat atau hampir tepat, apa yang boleh saya ceritakan, kelihatan ruang Berbuka Puasa penuh sesak, tiada makanan yang membazir, makanan tertentu tidak mencukupi, namun demikian semua yang hadir mendapat makanan untuk berbuka.

Di dalam kalangan ramai itu sudah tentu terdapat juga mereka yang tidak faham peraturan yang disebutkan di atas, ada juga yang degil tidak mahu mematuhinya.

Setiap muslim dan muslimah adalah wajib menutup aurat tidak kira di mana mereka berada kecuali beberapa tempat tertentu sahaja yang dikecualikan daripada kewajipan tersebut, berlebih lebih lagi dimasjid atau di rumah Allah wajib menutup aurat.

Suatu ketika yang telah lalu umat Islam (orang Melayu ) Malaysia heboh seantero dunia pasal orang bukan Islam masuk masjid tanpa tutup aurat sehingga terlupa bahawa masih ramai lagi orang Islam tidak menutup aurat dan masuk keluar masjid. Sepatutnya kita perlu lebih prihatin mengenai perkara ini. Hebohkan keburukan ini supaya ianya tidak berulang pada masa-masa yang akan datang.

Untuk renungan:
Kisah yang telah berlaku di depan mata saya malam tadi.
Terdapat seorang wanita berseluar ketat dan berbaju T ketat masuk ke masjid dan melintas ke kiri dan ke kanan di tengah-tengah majlis berbuka puasa - Adakah mereka ini degil atau tidak faham ?. Zon yang mereka masuk sah dan jelas bahawa zon tersebut adalah zon yang perlu menutup aurat dan zon yang memerlukan dirinya prihatin mengenai kewajipan tersebut.

Dalam situasi orang lain sedang beribadat tergamak dia datang dengan baju ketat dan seluar ketat melintas di tengah-tengah majlis yang suci dan bersih itu. Apakah perkara asas begini pun berat hendak dilaksanakan atau masih tidak faham ataupun ingin membuat peraturan sendiri tanpa memperdulikan orang lain.

Adab yang paling utama ketika masuk atau berada di dalam masjid.
1- Masuk dengan memulakan langkah kanan dan diringi dengan berdoa memohon rahmat Allah. Sebelumnya semestinya perlu mengetahui had atau sempadan di antara kawasan dalam masjid atau luarnya.
2- Sebelum duduk hendaklah bersolat sunat Tahiyatul masjid terlebih dahulu, kemudian duduk dan berniat iktikaf.
3- Semasa beriktikaf hendaklah dipenuhi dengan aktiviti membaca al.Quran, membaca kitab, berzikir atau lain-lain yang berkaitan. ( semasa membaca al.Quran hendaklah tidak sampai mengganggu orang lain yang juga sedang beriktikaf )
4 - Menutup aurat dan berwuduk sudah tentulah kewajipan yang lebih awal yang perlu dilakukan sebelum masuk ke masjid.
5- Berbual hanya pada perkara yang berkaitan dengan kebaikan atau kebajikan sahaja.
6 - Semasa keluar masjid eloklah dengan langkah kiri, kemudian berdoa memohon fadilat dan rezeki Allah.


Sekian...wallahu aklam.











No comments: