Friday, August 5, 2011

Tilawah/Tadarus al.Quran.

Salam semua.

Pada hemat dan fahamanku.

Sebaik sahaja tiba bulan Ramadan maka ramailah kaum muslimin dan muslimat membaca al.Quran sehingga terdapat di kalangan mereka berjaya khatam dua tiga kali, amalan tersebut adalah amalan yang baik.


Am
alan tersebut akan menjadi lebih baik lagi jika pembacanya mengetahui tujuan dan matlamat membaca al.Quran tersebut.Allah turunkan al.Quran adalah bertujuan menyampaikan kandungannya ( ajaran Islam ) kepada manusia supaya diamalkan, di dalamnya terdapat suruhan dan larangan serta ilmu Allah yang amat luas cakupannya. Membaca al.Quran sebenarnya bertujuan memahami perkara-perkara tersebut supaya senang diamalkan di dalam kehidupan harian manusia itu sendiri dengan demikian itu terhindarlah mereka daripada kesesatan.

Jika saban tahun kita membaca al.Quran hanya terhenti pada bacaan dengan betul pada tajwid dan makhrajnya sahaja tentulah belum lengkap dan belum mampu membawa kesejahteraan yang sebenarnya.Di samping membaca dengan betul mengikut tajwid dan makhraj hurufnya hendaklah kaum muslimin dan muslimat membaca dan terus membaca sehing
ga memahami isi kandungan al.Quran tersebut, Barulah mereka boleh dan mampu merealisasikan di dalam kehidupan mereka apa yang terkandung di dalam al.Quran . Dengan itu masyarakat kita akan menjadi aman dan sejahtera kerana mereka mengamalkan cara hidup yang dianjurkan atau diperintahkan Allah , di mana perintah itu semuanya terkandung di dalam al.Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.s.a.w. di dalam bulan Ramadan itu.

Oleh itu umat Islam perlu membaca al.Quran, di antaranya dengan memahami dan berobjektifkan perkara-perkara berikut;
1 - Membaca dengan betul mengikut hukum tajwid dan makhraj hurufnya.
2 - Memahami makna, maksud dan terjemahannya.
3 - Menghafaz al.Quran atau ayat-ayat terpilih sekadar kemampuan untuk dibaca di dalam solat dan lain-lain.
4 - Memahami tafsirannya sehingga dapat direalisasikan atau diamalkan di dalam kehidupan sama ada di peringkat individu, masyarakat atau negara.

# Gambar hanya sebagai hiasan, dirakamkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Selangor.

Sekian...wallahu aklam.

No comments: