Sunday, October 31, 2010

Mengenal Islam semestinya melalui orang Islam yang arif

Salam semua.

Artikel kali ini ingin menyentuh mengenai Islamofobia yang sering diperkatakan di dalam perbincangan dan penulisan yang kerap kali dipaparkan untuk pengetahuan umum dengan berbagai pandangan dan pendapat yang mengutarakan sebab-sebab berlakunya situasi tersebut.

Mengenal Islam semestinya melalui orang Islam yang arif.
Salah faham terhadap Islam berlaku kerana orang bukan Islam biasanya mendapatkan maklumat mengenai Islam dari orang bukan Islam, akan lebih berbahaya lagi, jika mereka memperolehinya dari musuh-musuh Islam yang sentiasa menabur dakyah terhadap Islam.

Orang Islam yang berpendidikan tidak berusaha menambahkan pengetahuan Islam untuk disepadukan dengan ilmu akademik yang dimiliki mereka, menyebabkan setengah dari mereka juga fobia dengan Islam yang sebenar kerana selama ini mereka hanya mengamalkan Islam itu sekadar memenuhi tuntutan adat di dalam masyarakat mereka, sebab itu kekadang kita membaca kenyataan-kenyataan dari orang Islam sendiri yang menunjukkan mereka juga fobia dengan Islam dan yang ruginya kita sendiri kerana kenyataan itu menambahkan lagi perasaan fobia orang bukan Islam. Sepatutnya semua orang Islam yang berpendidikan berusaha sepadukan pengetahuan akademik dengan ilmu Islam supaya tasauwur mereka terhadap Islam betul dan tepat dan mampu menyampaikannya kepada orang bukan Islam.

Orang yang cintakan Islam sepatutnya tidak merasai penat menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat tempatan dan dunia amnya. Situasi yang disebutkan di atas akan berlaku berterusan tanpa henti sekejap pun oleh itu pendakwah perlulah bertindak proaktif dan kreatif, disamping berhikmah dalam menyampaikan kefahaman Islam.

Selagi orang Islam tidak memiliki minda kritis dan ingin mengetahui mengenai Islam secara lebih mendalam sebahagian daripada mereka juga akan tergolong di dalam kumpulan Islamofobia sehinggalah mereka sendiri memahami asas Islam melalui pembelajaran mengikut tertib dan adab yang telah ditetapkan Islam.kecuali mereka yang dikuasai oleh jiwa yang cintakan kebendaan akan kekal di dalam keadaan kepura-puraan di mana hatinya mengakui kebenaran Islam tetapi pelaksanaannya tidak seperti apa yang dipercayai.

Manakala orang bukan Islam pula lebih banyak mempelajari Islam daripada musuh Islam berbanding dengan memperolehinya daripada orang Islam, mereka banyak mempelajari dari sumber dakyah Islam yang ingin merosakkan Islam dengan memberi maklumat yang tidak betul mengenai Islam, maka terjana Islamofobia yang dialami mereka. Minda mereka dipenuhi dakyah Islam bukannya ilmu atau ajaran Islam yang sebenar, Islam yang sebenar ialah Islam yang disebarkan oleh Rasulullah.s.a.w.yang termaktub di dalam al.Quran dan al.Hadis yang menjadi rujukan kita sejak Islam mula disebarkan.

Langkah mengatasi masalah di atas:
Mungkin dapat mengatasi masalah di atas, jika kita mewujudkan dua kumpulan pendakwah iaitu;

(i) Pendakwah Dalaman ( sasaran orang Islam ). Kita perlu menyediakan pendakwah yang menumpukan kegiatan dakwah atau menyampaikan ilmu Islam kepada orang Islam sendiri.Kumpulan ini sebenarnya telah sedia wujud. cuma perlu ditambah dan diperkemaskan institusinya sahaja.

(ii) Pendakwah Luaran ( sasaran bukan Islam ). Pendakwah kumpulan ini hendaklah menumpukan dakwahnya kepada orang yang bukan Islam, mereka ini perlulah dilatih oleh institusi latihan yang mahir di mana para pesertanya hendaklah terdiri dari berbagai golongan dan bidang seperti doktor, jurutera, akitek dan seumpamanya, mereka juga perlu menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa. Maksudnya di dalam kumpulan mereka terdapat berbagai bahasa yang dikuasai.

Program ini perlu dibuat dan dijanakan bersungguh-sungguh dengan menggunakan dana yang besar dan kukuh. Sikap yang istiqamah terhadap pencapaian matlamat perlu wujud dalam diri kita, Dengan cara ini diharapkan penerangan dan penjelasan mengenai Islam dapat disampaikan dengan sempurna kepada semua lapisan masyarakat. Insya Allah hasilnya orang Islam akan lebih kenal Islam dan orang bukan Islam akan kenal Islam.

Orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti ini tentulah atas tanggungjawab semua orang Islam, tetapi tanggungjawab yang lebih berat sudah pastilah terletak di atas tanggungjawab pemerintah, kemudian ilmuan Islam dalam berbagai bidang dan seterusnya semakin menurun kepada setiap orang Islam.

Sekian...wallahu aklam.

No comments: