Saturday, October 23, 2010

Bukan susah pun nak kenal pakaian Islam.

Salam semua.

Sejak semalam lagi minda saya fokus mengenai pakaian Islam ( pakaian menutup aurat ), bukan pula bermakna sebelum ini saya tidak berfikir mengenainya, saya memang ada berfikir mengenainya sebab itu terhasil satu tajuk berkenaan perkara itu sebelum ini di dalam laman sesawang ini.Kalau disemak dikotak popular pagers today tercatat
" Kehidupan Bersih: HUKUM MENUTUP 'AURAT - WANITA ISLAM.10.05%". Tajuk ini bukanlah artikel tulen saya, sememang pun artikel mengenai Islam mana ada yang tulen atas hasil nukilan kita, pendeknya semuanya berasal dari Allah, semuanya ilmu Allah, jangan marah kalau orang lain turut sebarkan artikel kita kerana perbuatan demikian bukanlah sifat orang yang berdakwah, perkara baik kenalah disebarkan, manakala perkara salah perlu diberi teguran dan dihentikan, itulah di antara budaya dan cara hidup Islam.

Kalau ada orang menyalah tafsir atau memberi tasauwur salah mengenai Islam, mereka yang arif wajib membetulkannya, tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku berterusan, kerana, jika dibiarkan ianya akan merebak dan akan menjadi semakin buruk pada masa akan datang.Umpama isu yang sedang berlaku sekarang mengenai pakaian Islam, di mana pakaian yang dimaksudkan sebagai pakaian fesyen Islam itu sebenarnya tidak menutup aurat pun, kemudian diberi jenama pakaian Islam atau terdapat di dalam busana Islam tentulah tidak patut dan tidak dapat diterima oleh orang Islam yang memahaminya.

Bukan susah nak kenal pakaian Islam.
Pemimpin Islam sekurang-kurangnya memahami perkara asas mengenai Islam dan terapkan di dalam keluarga masing-masing, Penerapan ilmu cara yang paling baik ialah dari atas ke bawah, datuk kepada anak-cucu, ibu bapa kepada anak-anak, abang kepada adik-adik dan pemimpin kepada rakyat, kalau ianya berlaku sebaliknya di sana akan terdapat kesukaran dan kecelaruan, Marilah kita semak dan fahamkan serta amalkan cara hidup Islam, di antaranya mendaulatkan pakaian Islam.Untuk mengenal pakaian Islam bukanlah suatu tugas yang susah kerana semuanya telah diterangkan di dalam al.Quran dan al.Hadis.Umat Islam sudah tentu tidak boleh pandai-pandai sendiri dalam hal seumpama ini.

Sekian...wallahu aklam.




No comments: