Tuesday, October 19, 2010

Mengejar cita-cita biarlah bersama iman.

Salam semua.

Malam tadi badan saya rasa panas, tidur agak terganggu sedikit, mungkin tersalah makan makanan pedas sebelum tidur, bersyukur pada Allah kerana masih dalam kategori sihat dan ceria, minda masih boleh berfikir dengan baik walaupun kurang bernas seperti pemimpin-pemimpin kita yang berjaya mengumpul banyak harta dan membina beberapa rumah besar bak istana yang membuktikan mereka tergolong di dalam golongan orang yang berfikiran bernas dan bijaksana.

Ini terbukti kerana tiada pemimpin yang miskin dan hidup melarat, itulah agaknya di antara sebab terdapat setengah pemimpin gagal menghayati kesusahan orang miskin, mereka lebih memikirkan sesuatu yang menjurus arahnya ke hadapan dan ke hadapan, mereka sentiasa terpanggil memikir hal-hal yang besar, yang bitara dan tinggi menjulang ke angkasa, bukan puluhan tingkat tetapi ratusan tingkat, ianya akan lebih tinggi kedudukannya melebihi persekitaran lenggukan layang-layang yang ditambat dengan tali benang, maka ramailah rakyat marhen akan melangut dan mendungak kepala ke atas untuk melihat ke tinggiannya, maka bermegahlah mereka dengan ketinggian itu walaupun tidak mampu mencapainya dan jauh sekali untuk memilikinya.Mereka sejak dahulu berpuashati dengan memadai orang lain memilikinya sebab itu mereka tetap menyokong perancangan itu, projek mega yang besar bitara itu.Mereka hanya berpuashati sekadar menjadi pelawat dan kembali ke kampung membawa cerita dan kisah hebat-hebat kepada jiran mereka.Bagi mereka itulah kehebatan dan itulah juga kejayaan negara, tanpa perlu anak watan memilikinya.

Bila masa berlalu dalam tempoh yang lama, maka tercatatlah sejarah kejayaan pemimpin yang menganjurkannya, itulah agaknya cita-cita pemimpin supaya ianya terukir di dalam lipatan sejarah suatu hari nanti dan memadamkan sejarah yang menghalang cita-cita sehingga terdapat di setengah pihak tidak mahu lagi mengingatkan asal-asulnya. Biarlah catatan sejarah menjadi artikel atau karangan biasa tanpa merujuk kepada hakikat sebenar.Biarlah ianya juga tidak berpijak di bumi yang nyata.

Islam menganjurkan supaya cita-cita dijana bersama dengan keimanan kepada Allah supaya cita-cita itu boleh dilabelkan sebagai jujur dan ikhlas untuk agama, bangsa dan negara.
Islam juga tidak mengizinkan perbuatan mengubah sejarah kerana perbuatan itu dilihat tidak jujur, seorang Islam yang berbapa dan beribukan seorang kafir, mereka wajib mengakuinya dan melayaninya sebaik yang mungkin, demikian juga anak angkat dilarang membinkan bapa angkatnya, sejarah tetap sejarah, tidak mungkin diubah, jika diubah tidak boleh lagi dinamakan sejarah, bukan sejarah lagi tetapi penipuan dan pendustaan serta kepura-puraan.

Artikel ini agak kabur dan mungkin kurang difahami kerana memang dirangcangkan demikian.

Sekian.Wallahu aklam.

No comments: