Tuesday, October 26, 2010

Demokrasi Malaysiaku.


Salam semua.

Selesai sudah penamaan calon.
Di negeri Pantai Timur Kelantani.
Galas gerangannya nama DUN.
Di Sabah Parlimen Batu Sapi.

Pilihan Raya Kecil akan diuji.
Kematangan rakyat dan pemimpin.
Fahamkah mereka adat demokrasi.
Jangan pula tidak prihatin.

PAS menang Barisan terlepas.
Barisan menang PAS terlepas.
Biar di Batu Sapi atau Galas.
Keduanya kempin berbalas-balas.

Sudah terkesan bercakap merapu.
Perkara tiada diada-adakan.
Kurang bubur lebih sudu.
Itu bukanlah anak jantan.

Percakapan melambangkan peribadi.
Kerana di situ adanya budi.
Sebarkan ilmu, tunjukkan pekerti.
Agar pengundi dapat hayati.

Mengacum, mengumpat bukanlah caranya.
Dedahkan realiti ketokohan diri.
Jangan berbohong sembunyikan punca.
Budaya fitnah perlu dijauhi.

Perkara yang baik hendaklah diakui.
Walaupun pahit tetapi ianya ubat.
Di akhirat nanti, kita tidak rugi.
Demikianlah wajah perjuangan yang hebat.


No comments: