Wednesday, October 27, 2010

Tsunami berlaku lagi......

Salam semua.

Peristiwa tsunami telah pun berlaku beberapa kali di rantau ini, peristiwa yang berulang kali itu telah menjadi kebiasaan atau adat kepada manusia, terbaru berlaku di barat Indonesia pada selasa 26 Oktober 2010 yang mengorbankan 23 nyawa , manakala 160 lagi masih hilang, demikian dilaporkan oleh media tempatan.orang yang tidak melihat dan terlibat dengan kejadian itu tidak lagi terkejut dengan peristiwa tersebut.kalau pun mereka terkejut membaca beritanya tetapi tidak sepanik dahulu , agaknya telah menjadi kebiasaan disebabkan kejadian itu telah berlaku berulangkali dan ditambah pula dengan kejadian ngeri yang lain yang dipertontonkan di dalam TV melalui siaran beritanya dan juga terlihat sendiri di lokasi yang berlaku peristiwa yang mengerikan.

Sama ada kejadian itu digeruni atau tidak oleh mereka yang mendengar beritanya kejadian itu tetap merupakan di antara perancangan Allah Ta'ala terhadap alam yang dicipta dan diperintah-Nya, sudah banyak amaran dan peringatan disampaikan kepada manusia melalui kitab suci-Nya al.Quranul Karim.Umat Islam seharusnya sentiasa peka dengan kejadian dan peristiwa tersebut kerana kisah yang lalu telah sampai ke pengetahuan mereka sebelum mereka melihat realiti yang berlaku pada zaman mereka kini.


Sesuatu kejadian yang berlaku berulangkali kekadang akan mengubah nilai terhadapnya, kejadian itu akan dianggap perkara biasa sama ada peristiwa seperti rompakan, kemalangan jalan raya, buang anak, rasuah, memfitnah , pembunuhan dan seumpamanya. Nilai itu akan kekal, sesuai dan wajar dengan kejadian dan peristiwanya hanya apabila dinilai melalui kaca mata ilmu dan iman.

Bagi orang Islam kejadian itu adalah petanda bahawa kiamat akan berlaku bila sampai masanya dan kejadiannya amat dahsyat sekali, kejadian tsunami hanya amaran kecil berbanding dengan kiamat dan amaran itu adalah dari Allah supaya manusia kembali kepada perintah-Nya. Maka beruntunglah mereka yang menyedarinya.

Jom, kita renungi bacaan ayat di bawah ini dan membaca terjemahannya.

99. Az-Zalzalah


[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4]
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6]
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!



Sekian...wallahu aklam.

No comments: