Friday, October 29, 2010

Pilihan raya kecil - Galas - Batu Sapi.


Salam semua.




Hari mengundi 4 Okt. 2010.
___________________

[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

( Surah Az.Zalzilah )
____________________________

Kempen pilihan raya DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah telah pun bermula, hari mengundi akan dijalankan serentak pada 4 OKt.2010, parti dan penyokongnya sebok berusaha untuk memenangkan calon masing-masing, dalam pada sebok dan berusaha bersungguh-sungguh itu kekadang hilang kawalan diri dan melanggar pula etika serta larangan Allah.Kita telah diceritakan dengan berbagai cerita yang dilihat sebagai kurang berkaitan dengan rancangan memajukan negeri atau negara, kalau kita berniat baik untuk memajukan negara tidak seharusnya merekacipta sesuatu yang merugikan diri sendiri dan masyarakat, fokus pada dasar yang dibawa adalah cara yang terbaik, sekurang-kurangnya dapat membiasakan rakyat dengan budaya tersebut ketika berkempen pilihan raya.

Sebagai orang Islam kita berkewajiban menjaga dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan Allah. Sama ada berkaitan dengan percakapan atau tingkah laku yang lain. Berlebih-lebih lagi semasa berkempen pilihan raya sama ada di hadapan khalayak atau bersama media kerana semua perlakuan itu terdedah kepada masyarakat umum, bukanlah seperti murid-murid membuat karangan untuk diperiksa oleh guru. Murid-murid yang terlibat dengan tugasan membuat karangan akan membaca soalan dengan teliti sehingga faham, kemudian mulalah mereka mencari isi untuk dikembangkan. Isi rekaan tersebut dikembangkan sehingga mencapai kehendak soalan dan menepati jumlah perkataan yang dikehendaki, disamping menjaga gaya bahasa dan perenggan yang sesuai dengan tahap atau tingkatan mereka.

Sekiranya karangan tersebut dikhayal dan dikarangkan oleh mereka sendiri (bukan meniru), insya Allah karangan tersebut akan mempunyai nilai yang tinggi dan akan mendapat markah yang tinggi dan cemerlang. Walau pun isi karangan tersebut hanya khayalan dan pembohongan sahaja kerana sememangnya itulah sebenarnya yang hendak dilihat dan disuruh pamer.

Demikianlah juga di dalam pertandingan berpidato, cuma selain daripada isi mereka perlulah mahir berpidato dengan aksi dan gaya penyampaian yang menarik , berkesan serta mematuhi syarat-syaratnya, insya Allah akan berjaya di dalam pertandingan.


Tetapi kempen pilihan raya situasinya bukan seperti itu, kempen pilihan raya bukan karangan, bukan khayalan dan bukan juga lakonan. Kempen pilihan raya adalah realiti yang berada di dalam kehidupan sebenar dan tidak terkeluar dari naungan hukum Allah. Ianya tidak terkecuali daripada hukum haram, halal, wajib, sunat dan harus (mubah).

Petugas dan pelapor media juga berada di dalam dunia yang sama, semuanya menjurus ke arah dan destinasi yang sama, iaitu destinasi yang semua orang Islam sedia maklum, penulis juga berada di dalam situasi yang tidak terkecuali. Ingat mengingat adalah suruhan yang terkandung di dalam syariat.

Sering disebut " Kalau tidak dapat membuat semua, jangan ditinggalkan semuanya", mungkin kita tidak mampu mematuhi semuanya tetapi sebahagian besar daripadanya mampu dipatuhi. Sengaja merempuhnya itulah yang dikesali.

Oleh itu orang yang terlibat dengan kempen pilihan raya khususnya, perlulah berhujah secara jujur dan ikhlas bukan rekaan seperti murid sekolah membuat karangan untuk mendapat markah yang tinggi atau menyertai pertandingan berpidato untuk mendapat kemenangan seperti yang telah dinyatakan .

Hujah dalam kempen pilihan raya akan didengari oleh khalayak ramai dan juga sampai ke telinga rakyat yang mungkin sedang mengharapkan kejujuran pemimpin kecil dan besar yang turun ke bawah dan berdepan dengan mereka. Berlebih-lebih lagi hujah yang dikemukakan berkaitan dengan pentadbiran negara dan memegang amanah rakyat. Hendaklah sentiasa diingat mereka adalah pemimpin dan bakal menjadi pemimpin yang lebih besar. Negara adalah hak bersama dan Malaysia adalah hak kita bersama. Rakyat berhak benci kepada pemimpin yang jahat dan berhak memberi sanjungan kepada pemimpin yang baik dan menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

Memadai sampaikan sahaja dasar yang akan dilaksanakan oleh parti masing-masing apabila menang nanti, Menunjulkan calon bukanlah seperti iklan barangan di TV yang menyatakan melebihi realiti, Kempen cara yang baik sekurang-kurangnya dapat menjadi serampang dua mata, mendidik rakyat supaya menjadi rakyat yang berilmu dan bermaruah di satu pihak dan memenangkan calon pilihan di pihak yang lain .


" ALLAH SENTIASA MELIHAT PERBUATAN KITA SAMBIL MEMBUAT PENILAIANNYA "

Sekian...Walalhu aklam.

No comments: