Monday, October 18, 2010

Kekadang manusia sesat.

Salam semua.

Manusia ada ketikanya sesat.

Kekadang manusia sesat.
kekadang pada jalan yang benar.
kekadang imannya surut.
kekadang imannya pasang.
kekadang sesat selamanya.

Ketika imannya surut,
leka puja pangkat,
leka puja kekayaan,
leka puja kecantikan,
hipokrit, fasik dan munafik.

Ingin miliki kereta besar bitara,
ingin miliki rumah dan istana perdana,
ingin dipuja sampai kiamat.
ingin berkuasa sampai bila-bila,

Ingin tinggalkan menara ratusan tingkat buat sejarah pujaan anak cucu.
kononnya ,
ingin dikenang pejuang agama, bangsa dan negara,
Tetapi....
sentiasa lupa sejadah,
salah arah kiblat,
gayanya hidung tinggi,
rumahnya bitara melaut,
tidak pernah susah kerana orang lain,
sentiasa ditolong dan dibantu,
hartanya bercampur aduk, antara hitam dan putih,
hartanya bercampur aduk, antara halal dan haram,
Kononnya ingin bergelar pemimpin.
pejuang agama dan bangsa.

Aduh celaru.

Kekadang iman manusia pasang.
dikala iman meningkat,
menangis keinsafan,
bertaubat atas dosa yang lalu,
sujud melekat ditikar,
sujud tagarrub pada Tuhan, pada Allah Pencipta sekalian alam ini,
harapan membumbung tinggi, agar dosa diampunkan,

Manusia sesat ketika imannya surut,
Manusia tagarrub pada Allah ketika imannya pasang.
Iman ada ketika pasang , ada ketikanya surut,
Iblis syaitan angkara perosak kesejahteraan.

Ternyata sudah Iblis dan syaitan musuh manusia .




2 comments:

Hunny said...

salam Pak Ngah,
Iman macam air laut, ada pasang surut. sebab tu kena selalu overhaul, dengan diperingat dan dipesan, supaya tak lupa..:)

Leenoh said...

Wsalam Hani.

Betul-betul...macam budak kecik kena duk ingat selalu..bersyukur kerana masih ramai yang mengingatkan kita.