Sunday, October 17, 2010

Sedutan Panorama Majlis Ceramah Al.Habib Omar.

Salam semua.

Sabtu 09 Zulqaedah 1431 / 16 Okt 2010, jam 8.30 - 10.30 malam.

Sedutan Panorama Majlis Ceramah Al.Habib Omar - Sempena Hari Haul Al.Imam Al. Habib Abdullah bin Alawi Al.Haddad.( 05 Safar 1044 - 07 Zulqaedah 1132 ) bersamaan ( 30 Julai 1634 - 10 Sept. 1720 )

Video dan gambar sedutan ringkas yang diambil ketika mendengar ceramah Sheikh Al.Habib Omar yang dikatakan nasab keturunannya adalah keturunan Nabi Muhammad.s.a.w.
Rakaman diambil secara sambil selam sambil minum air, hasilnya kurang memuaskan. Lihatlah s
emangat dan panoramanya, mumgkin akan memberi motivasi dan berkat kepada kita ke arah menambahkan ilmu pengetahuan khususnya mengenai Islam.Insya Allah kita akan mendapat tasauwurnya yang sebenar dan berjaya melenyapkan kejahilan yang menyebabkan kita mengabaikan penghayatannya.

Seharusnya setiap orang Islam mampu menangkis salah sangka sesetengah pihak terhadap Islam dengan memberi hujah yang tepat dan benar yang bersifat sejagat yang sememangnya telah dianjurkan oleh Rasulullah.s.a.w. di mana segala faktanya tercatat di dalam al.Quran dan al.Hadis.

Ini dapat dilakukan sekiranya umat Islam sentiasa bersikap terbuka dan mengamalkan pembelajaran dan pengajaran sepanjang hayat.

_____________________________

Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. adalah di antara ulamak antarabangsa yang menjadi tetamu ulung majlis haul ini.
____________________________

Jom. Lihat video.


Video - 1.


Video - 2.



Video - 3 .


Sekian...Wallahu aklam...Wassalam.

No comments: