Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah yang telah menghidupkan setelah dimatikan-N

Setelah bangun pagi, inilah perjanjian dan pengakuan kita dengan Allah setiap hari sekurang-kurangnya lima kali sehari.
"Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya.
Maha Suci Allah setiap pagi dan petang.
Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam gulungan orang musyrik.
Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.Tiada Sekutu Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk gulungan orang Islam".
Pengakuan dan perjanjian ini terhasil setelah manusia mengenal Allah ( makrifatullah ). Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana kurniaan nikmat Islam kepada hamba-Nya. Allah memberi taufik dan hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Alhamdulillah kerana kita mendapat kurniaan itu iaitu suatu kurniaan yang amat berharga yang tiada bandingannya.
Pada hari ini mungkin anda suka mengulangkaji mauduk yang dipautkan di bawah ini bagi menambahkan ilmu kerana apa sahaja yang dikehendaki di dunia ini memerlukan ilmu, sila klik jika ingin terus membacanya lagi.
-Lambaian mengenali Allah.
-Mengenal Allah / Makrifatullah dengan dalil aqli dan naqli.
Sekian.Wallahu aklam.
2 comments:
salam pak ngah...
tidur pun satu ibadah juga tapi kalau terlebih tidur tu....... kira rugilah hehehe.... orang kata nanti rezeki tak datang.......
Salam Naqeeb.
Tidur itu rawatan harian yang mesti dilakukan...kalau tidak lakukan mungkin akan sakit...
tidur juga satu kematian..bila mimpi ngeri seolah kena siksa kubur...he3
Post a Comment