Salam semua.
" Kalau keras jangan sampai boleh dipatahkan, jika lembut jangan sampai boleh diperah"
" Orang yang berada di atas puncak bukit melihat orang di kaki bukit sangat kecil, jangan lupa orang di kaki bukit juga melihat orang di atas puncak bukit sana kecil juga "
@@@@@
Kata-kata hikmah yang keluar dari mulut guru memang berkesan dan akan masuk bersemayam di dalam sanubari pelajarnya, kerana guru itu ibarat ibu atau bapa mereka, saya masih ingat lagi gaya guru-guru saya bergerak di hadapan kelas dan kelunakan suara mereka masih dapat dibayang dan dilakonkan semula oleh pelajar mereka yang berbakat.Allahyarham Us.Fadzil Noor ( Dato' ) adalah salah seorang guru saya dan beliau juga salah seorang guru yang disukai dan dikasihi oleh para pelajarnya, saya tidak akan bercerita panjang mengenainya di sini kerana sumber lain telah banyak memaparkannya . saya hanya ingin menceritakan secara ringkas yang berkaitan dengan diri saya sahaja.
Ada dua kenangan di antara yang melekat dengan kuatnya diminda saya yang akan dipaparkan di sini, satu berbentuk prinsip dan yang satu lagi kelucuan.
Lucu.
Pada suatu hari saya memberi pandangan yang agak kurang menasabah di dalam kelas, kemudian beliau datang kepada saya di antara bergurau dan marah menyucuk songkok saya dengan jari telunjuknya kebetulan ketika itu meja saya berada di tepi dinding dan tingkap yang sentiasa terbuka, keadaan tindakbalas atau pergerakan badan saya berlaku sedikit kelam kabut menyebabkan songkok terjatuh dari tingkat atas ke bawah berhampiran parkir kereta pengetua. di bawah anjung bangunan itu adalah tempat parkir kereta pengetua pada zaman itu, sekarang wallahu aklam.
Kelas di anjung bangunan Maktab Mahmud itu memang istimewa kedudukannya dan kelas yang ditempatkan di situ pun biasanya kelas "A" itulah di antara istimewanya, Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak - Menteri Besar Kedah sekarangpun kalau tidak salah saya pernah ditempatkan di anjung tersebut iaitu ketika beliau di kelas aliah (tertinggi), banyak lagi yang lain termasuk yang lucu pun ada, mungkin dikesempatan lain insya Allah saya akan paparkan untuk bacaan anda, mungkin sesuai kalau diletakkan tajuk "Keistimewaan Anjung Maktab Mahmud"
Saya yakin apa yang berlaku itu beliau hanya berlakon sahaja, saya membiarkan sahaja songkok itu berada di bawah dan tidak pergi mengambilnya, beliau pula yang merasai risau, agaknya takut dilanda dek kereta yang lalu lalang di situ, maklumlah kami kebanyakannya anak-anak petani miskin termasuk saya sendiri, nanti susah pula kalau rosak, akhirnya beliau menyuruh saya turun mengambilnya. Sudah tentu kawan-kawan punggah gelak dan ketawa riuh rendah satu kelas, pada mulanya peristiwa itu berlaku secara senyap sahaja, setelah saya disuruh turun mendapatkan songkok barulah semua orang perasan bahawa songkok saya terjatuh ke bawah. Saya tidak pasti peristiwa itu berlaku di tingkatan berapa, mungkin tingkatan satu iaitu setelah melalui peralihan ( ikdadi ) selama dua tahun.
Prinsip.
Dua rangkaikata kata-kata hikamh yang dipaparkan di atas merupakan suatu panduan yang beliau lontarkan kepada kami sebagai salah satu panduan bagi membina sahsiah yang berketrampilan.
" Kalau keras jangan sampai boleh dipatahkan, jika lembut jangan sampai boleh diperah"
Pada hemat saya rangkaikata ini sangat wajar untuk difikirkan dan difahami serta menghayatinya di dalam kehidupan.ianya menggambarkan kesederhanaan dalam pembawaan sikap dan prinsip seseorang, sentiasa menjaga supaya tidak melampau di dalam sesuatu tindakan, dengan bersikap tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
" Orang yang berada di atas puncak bukit melihat orang di kaki bukit sangat kecil, jangan lupa orang di kaki bukit juga melihat orang di atas puncak bukit sana juga kecil "
Kalau hendak diibaratkan.
Orang yang berpangkat atau orang atasan biasanya melihat orang bawahan ini serba kekurangan, contoh di atas menggambarkan kepada kita bahawa anggapan tersebut tidak tepat, kekadang orang bawahan juga mempunyai idea yang baik dan boleh dimanfaatkan, dalam sesetengah hal orang bawahan lebih berpengalaman dan berkepakaran tanpa mereka sesetengah urusan tidak dapat berhasil dengan jayanya.
Terima kasih ustaz.
Sekadar ini dahulu.
Sekian. Wassalam.
8 comments:
tq Leenoh, sgt benar :)
Salam Mak Su.
Saya cuma sampaikan sahaja, idea pinjam pinjaman dan disebarkan utk yang belum terbaca lagi.
dan menjadi ulangan bagi yang sedia mengtahuinya.
kata2 tinggalan yg cukup mengesankan
untuk atas bukit nampak kecil..
teringat firman
"dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yaitu orang-orang yang beriman."(26:215)
dan satu lagi untuk yg keras dan lembut
"Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu"
=)
" Kalau keras jangan sampai boleh dipatahkan, jika lembut jangan sampai boleh diperah"
<-- bersederhanalah. hmm.. ingatan yg baik.
Salam Tinta Kasturi.
Kalau kita boleh istiqamah dgn sifat itu amat baik sekali.
Walau apapun kita kena usaha supaya mencapai sifat tersebut.
Salam ije.
Itu adalah nasihat dan teori. nampaknya kita kenalah usaha untuk menjadikannya realiti.
salam pak ngah
saya hanya pekerja biasa
bukan boss huhuhu
Salam Naqeeb.
Setiap orang adalah bos, mungkin bos kepada isteri dan anak-anak.
Jika melihat ke bawah kitalah yang berada di atas,jika melihat ke atas kitalah yang berada di bawahnya.
Jika kita berada di bawah, ada lagi yang di bawahnya, jika kita berada di atas masih ada lagi yang di atasnya.
Hehehe.... terima kasih kerana masih memberi respon pada entri Pak Ngah.
Post a Comment