Friday, October 2, 2009

Tidak menguasai 3M

Gambar hiasan

Salam Semua.

Pada pagi ini roh sebagai seorang guru atau ustaz datang kembali ke dalam jiwaku, Rasa marahku pada masa yang lampau datang kembali, kali ini aku tidak marah kepada sesiapa kerana kemarahanku tidak memberi kesan apa-apa, kemarahanku ini Tuhan Pencipta sekalian alam ini telah mengetahuinya sejak puluhan tahun dahulu, cuma manusia sahaja yang belum mengetahuinya. Kini kutulis di sini agar mereka mengetahui isi hatiku. Aku memang tidak setuju dan marah kalau anak muridku di tingkatan satu masih buta huruf, jangan salah sangka, sebenarnya aku tidak marah pada muridku yang daif itu, sebaliknya aku rasa kesian yang amat sangat pada mereka yang tidak bernasib baik ini. panahan marahku ditujukan kepada mereka yang berkuasa yang mampu menggubal dasar. Kenapa dasar menginayai mereka dan mengabaikan ikhtiar.

Keikhlasan kita kepada murid yang tidak menguasai 3m diragui.
Menguasai 3m adalah perkara yang amat asas kepada pendidikan iaitu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Pengajaran dan pembelajaran menguasai 3m merupakan pendidikan awalan yang diajar di Tadika dan di sekolah rendah, selama beberapa tahun kanak-kanak diajar kemahiran tersebut. Malangnya selama kanak-kanak ini berada di Tadika dan kemudiannya di sekolah rendah terdapat sebahagian kecil daripada mereka masih tidak menguasai 3m.
Selepas enam tahun di sekolah rendah mereka ini terpaksa ke sekolah menengah tanpa persediaan yang secukupnya seperti kanak-kanak lain yang menguasai 3m. Mereka ini seperti dipenjarakan atau sekurang-kurangnya dikurung di sekolah menengah tanpa layanan sepenuhnya daripada guru-guru di sekolah menengah kerana guru menjalankan kewajipan mengikut sukatan atau mengikut tahap kurikulum berdasarkan tingkatan, tidak berdasarkan pelajar, bukan salah guru tetapi penempatannya di peringkat menengah rendah itulah yang tidak betul dan tidak logik. Para pelajar yang tidak menguasai 3m tidak sepatutnya ke sekolah menengah.Mereka sepatutnya terus mempelajari kurikulum 3m dan kemahiran tertentu yang sesuai dengan keupayaan mereka. Ramai pakar pendidikan bercakap dan memberi pandangan dalam hal ini , Entah siapa yang akan merealisasikannya.

Nampaknya kita terpaksa menunggu tokoh yang hebat kerana tokoh seperti ini tidak merasai senang , walaupun sebenarnya mereka senang kerana simpatinya terhadap kanak-kanak seperti ini menyebabkan mereka merasai gusar dan tidak senang duduk sebab merasakan Allah sedang melihat telatah dan tindak tanduk mereka.

Suatu Dasar atau Kurikulum Pendidikan Khas patut diwujudkan untuk mereka yang tidak menguasai 3m ini, memaksa mereka ke sekolah menengah dan mengikuti kurikulum yang sama dengan pelajar lain akan menimbulkan berbagai masalah bagi diri para pelajar berkenaan, para guru dan juga pihak pentadbir sekolah.

Kurikulum khas yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan minda mereka perlulah digubal sebagai menunaikan keikhlasan pihak berkuasa kepada mereka. Mereka ini mungkin tiada bakat akademik yang tinggi tetapi mempunyai bakat besar dalam bidang-bidang yang lain. eloklah dikumpulkan mereka di satu pusat pengajian yang boleh memberikan manfaat kepada mereka. Mengapakan kita membiarkan mereka membuang masa di sekolah menengah dengan mengikuti kurikulum yang kurang memberi manfaat kepada mereka, Kalau dikosek-kosek di kalangan mereka
kita akan dapati mereka ini mempunyai bakat tertentu.seperti berkebolehan membaiki enjin , berbakat dalam bidang binaan, kimpalan dan seumpamanya.
Apapun suatu anjakan ke arah pembaharuan atau penyesuaian kurikulum, sesuai dilakukan untuk mengukuhkan niat dan harapan mensejahterakan masyarakat kita.

Catatan:
Hanya mengeluarkan stok lama yang tersimpan di dalam minda untuk diketahui umum, walaupun huraian dan gaya bahasanya berkecamuk dan berselerak , namun demikian , mungkin ada manfaatnya juga. jika sebaliknya tolong abaikan.

Sekian.Allah Maha Mengetahui.Wassalam.

10 comments:

Unknown said...

leenoh,

ada pepatah org tua dulu... dalam setandan/sesikat pisang.... bukan semuanya baik kejadiannya. mungkin satu ataupn dua yg tidak bernasib baik.... apapun kita belajar menerima kelebihan dan kekurangan. tapi biarlah dapat kesudahan yang baik.... insyaAllah... amin.

semoga dapat memberi bimbingan sempurna... kami para ibu bapa bersyukur kerana membantu bersama-sama....

Leenoh said...

Salam Izan.

Terima kasih kerana memberi respon kepada entri ini.

Memang betul dan benar kata Izan itu, kita mesti belajar menerima hakikat bahawa dalam setandan atau seraga buah-buahan bukan semuanya baik.Begitulah anak-anak kita tidak semuannya cerdas, oleh itu kita kenalah bersedia untuk membantu lebih kepada yang kurang bernasib baik, jangan abaikan atau pandang rendah kepada mereka.

Demikianlah juga dalam kontek masyarakat pihak yang berwajib hendaklah mengambil inisiatif untuk membantu dan menanganinya.

Anak-anak yang tidak menguasai 3m dibiarkan berada di tingkatan 1 sehingga menduduki peperiksaan PMR tentulah tidak sesuai dan tidak adil bagi para pelajar tersebut. Suatu jalan keluar perlulah dicari untuk menggantikan keputusan yang kurang bijak itu .

Dengan itu dapatlah kita menyediakan masa depan mereka yang lebih terjamin.

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Pesanan Pak Ngah sebagai bekas guru yang berpengalaman di dalam entry ini sepatutnya dibaca oleh ayah ibu dan guru-guru muda, supaya mereka mengikhlaskan diri untuk mendidik anak-anak mereka membaca. Supaya tak ada anak muda kita yang tidak boleh membaca di zaman serba moden dan supaya kes-kes pelajar tingkatan 1 tidak boleh membaca tidak pagi ditimbulkan. Sepatutnya guru terbabit boleh lebih proaktif untuk menangani isu ini. ibu bapa juga sepatutnya lebih peka dan sering mengambil tahu perkembangan akademik anak-anak. Alhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan kepada Allah, kerana seawal pra sekolah, saya sudah boleh membaca rumi,darjah 1 sudah belajar jawi dan membaca al-quran, berkat bimbingan dan tunjuk ajar ibu bapa saya yang mementingkan akademik dan didikan guru-guru.Kalau tidak diajar dan dibimbing, kemungkinan lebih lewat saya dapat kemahiran membaca.Kebetulan semasa kecil, saya suka membaca suratkhabar dan buku2 cerita berbahasa Melayu dan Inggeris. Jadi kemahiran membaca saya dapat diperbaiki.Tapi kesannya, sebab membaca buku cerita sampai lewat malam (Pencahayaan kurang) seawal darjah 6 saya dah memakai kaca mata.Tak apalah, asal dapat membaca, satu kepuasan pada diri saya pada waktu itu :)

tinta kasturi said...

wah,

ramai ke yang macam ini, tak lepas 3m walau usia dah mencecah layak sek menengah?

Saya berpandangan, untuk urusan mengeja, membaca biarlah ibu bapa lebih memainkan peranannya. SAngat berkesan.

Alhamdulillah, anak semuda 4 tahun sudah boleh membaca tanpa mengeja jika kita berusaha. Bahkan, saya yakin, ada yang lebih muda dari itu telah dididik dengan lebih baik lagi

Leenoh said...

Salam Hani.

Terima kasih kerana melapangkan masa membuat komentar dan percambahan minda berkaitan dengan entri ini serta memberi motivasi kepada pembaca.

Kerjasama di antara ibu bapa, guru dan masyarakat secara sepadu memang diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Pak Ngah sangat bersetuju dengan pandangan Hani.

Hani sangat bernasib baik kerana sejak dari awal lagi Allah telah mengurniakan hidayah dan taufik-Nya maka nilai positif dan mahmudah terkumpul di dalam diri, semoga kurniaan itu berterusan.

Pak Ngah pun bernasib baik dan ramai lagi bernasib baik tetapi dalam pada itu terdapat juga mereka yang memiliki IQ dan EQ yang rendah. kita yang bernasib baik ini perlu membuat sesuatu untu kebaikan mereka.

Pada pendapat Pak Ngah mereka yang tidak menguasai 3m ini perlulah di kesan lebih awal sekurang-kurangnya ketika mereka di dalam Darjah 2. Kemudian bertindak membuat pemulihan secara ikhlas bukan asalkan buat, kekadang pemulihan dibuat tetapi dimuatkan di dalam sesuatu kelas melebihi 30 murid, keadaan ini mana mungkin proses pemulihan boleh berjaya, bilangan murid di dalam sesuatu kelas perlu kecilkan, semua guru faham tetapi mereka tidak mempunyai kuasa untuk bertindak demikian.

Murid yang tidak berjaya dipulihkan kerana kelemahan IQ mereka.Keadaan itu nampaknya memaksa kita membuat pembaharuan atau penyusuaian kurikulum, mungkin lebih kepada kemahiran hidup, ini berarti murid-murid tersebut memerlukan kurikulum khusus untuk mereka sahaja. Wallahu aklam.

Leenoh said...

Salam Tinta Kasturi.

Alhamdulillah, syabas kepada anda kerana menyedari pendidik pertama itu adalah ibu bapa dan bersyukur anak pemberian Allah itu seorang yang memiliki IQ yang baik.

Berdasarkan pengalaman saya yang telah lalu terdapat ramai juga murid-murid yang tidak menguasai 3m di sekolah menengah.Kebanyakan murid-murid ini mempunyai IQ yang rendah, cuba kita fikirkan mereka ini telah lalui proses pengajaran dan pembelajaran selama 7 tahun termasuk Tadika, dalam jangka masa tersebut tentulah juga diajar oleh guru-guru yang berpengalaman dan bertanggungjawab tetapi mereka masih tidak dapat menguasainya juga akhirnya.

Maka sebab itulah saya berpendapat murid-murid seperti ini memerlukan kurikulum khas untuk mereka.Wallahu aklam.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam Cikgu..
Hal ni banyak kali saya bincangkan dengan rakan-rakan. Mereka semua sependapat bahawa pelajar yang tak boleh menguasai 3M ni memang patut diberi peluang belajar kemahiran. Mereka ni lebih minat pada kemahiran dibengkel motor, katering dan sebagainya. Sekolah khas kemahiran khusus untuk pelajar ni patut diwujudkan. Zaman dulu dah elok buat sekolah vokasional untuk orang yang tak menguasai 3M tapi bila menteri tukar, dasar pun tukar. Rosak bangsa kerana dasar yang merugikan.

Leenoh said...

Salam Shaniza.

Ya.Memang benar itulah pandangan guru-guru sejak dahulu lagi tetapi apa boleh buat kita hanya guru. Nasib baik dosa itu menteri yang tanggung kerana itu adalah tugas mereka.

Komen cikgu itu suatu gambaran maklumat yang tepat kepada umum dan mengesahkan isu yang dikemukakan di dalam entri ini.

Kini masih adakah lagi murid yang tidak menguasai 3m di sekolah menengah, kalau ada agaknya berapakah peratusannya.

Terima kasih kerana memberi respon yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca.

Respon daripada cikgu yang masih berkhidmat banyak memberi faedah kepada kami yang berada di luar kampus sekolah.

Cikgu Ije said...

teringat masa jadi tutor muda di sekolah menengah dulu.

kena ajar maths moden untuk budak2 tingakatan 5 yang terkebelakang.. kelas ke 10~

nak membaca soalan tu satu kepayahan, apatah lagi menyelesaikan.

andai mereka punyai ruang dengan tak mensia2kan masa sekolah menengah yang tidak beri manfaat pada mereka, tak salah mereka diberi kursus yang sepadan dengan bakat mereka sedari awal~

kan?

Leenoh said...

Salam Ije.

Trima kasih kerana memberi respon yang berfaedah.
Pak Ngah tidak perlu mengulas panjang respon Ije kerana kita memiliki pandangan yang sama terhadap isu ini.