Friday, October 9, 2009

Pandai-pandailah menyaring dan menapis pembohongan.



Salam Semua.

YB.SPA bersarapan.
Pada pagi ini saya bersarapan di Restoran Nias yang jaraknya tidak lebih 1500 meter dari rumah, cuma berjalan kaki sahaja ke sana , kebetulan pula pada hari ini tiada kenderaan yang biasa digunakan untuk meronda Bandar Raya. Shah Alam .pada waktu lapang.
Kalau dulu biasanya bersarapan di tempat kerja atau di kantin sekolah tetapi sejak saya bergelar YB.SPA beberapa tahun yang telah lalu ( jangan salah sangka itu cuma bergurau je ), Setelah mendapat gelaran tersebut, saya terpaksa membuat anjakan pradigma dan juga mengubah cara hidup, alhamdulillah perubahan itu membahagiakan dan mungkin masih mampu membahagiakan orang lain.sebaik-baik manusia adalah manusia yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Apapun jangan jadi kukur atau kelapa kerana kedua-duanya dalam situasi yang tidak baik, perosak dan dirosakkan.
( hehehe miskin bahasa, jadi saya gunakan rangkaikata tersebut ).

Tsunami maya.
Dalam beberapa hari ini kalau kita buka mata membaca blog dan surat khabar, memasang telinga mendengar radio dan menonton televisyen, jiwa jadi kacau, minda jadi celaru, hati kekadang panas, kekadang sejuk, ianya tidak tenang, kekadang rasa macam diperbodohkan, kekadang juga terasa orang bijaksana turun menjadi orang kurang bijak pula situasinya, antara berlakon dan hakikat tidak dapat hendak dibezakan. agaknya dunia maya pun berlaku tsunami kerana meniru jejak langkah bumi dan lautan yang sedang bergelora dengan ledakan tsunaminya, tsunami yang terbaru di Samoa dan di Padang, Indonesia.

Tsunami bumi dan lautan.
Berita peristiwa tsunami bumi dan lautan disampaikan oleh media sama ada melalui maya atau kertas cetak sangat jujur perkhabarannya, diterimapakai oleh semua pihak dan golongan. Bumi terbongkar, bangunan runtuh, rumah ranap, bangunan kedai sujud mencecah bumi, binatang ternak mati bergelimpangan, kanak-kanak, orang dewasa, orang kaya, orang miskin, orang ternama, orang yang ada kuasa, orang yang sombong, orang yang berbudi, orang yang jujur, penipu, perompak, pencuri, di antara mereka yang tertimbus di bawah runtuhan. Peristiwa kiamat kecil ini dilaporkan dengan jujur dan dipercayai umum.

Berita kacau minda.
Beralih kepada berita dan peristiwa yang berkaitan dengan politik. Apabila sesuatu peristiwa berlaku, berita dan pengkisahannya akan berpecah dan beranak pinak seperti meletupnya bunga api, kita hanya mampu melihat dan mendengarnya sahaja dan tidak dapat menangkapnya satu persatu dan sukar hendak dicarakinkan secara halusi dan terpeinci. Di antara berita benar dan cerita dusta, tukang pukul dan yang kena pukul, jujur dan khianat, munafik dan beriman, propaganda atau pembohongan, munafik atau hepokrit, kepentingan diri dan kepentingan umum. Semuanya telah bercampuraduk dan susah hendak diklasifikasi, disaring, diasing dan ditapiskan.

Benar atau batil
Perkara benar itu tetap benar, perkara batil itu tetap batil. Manusia mampu berbohong kepada orang lain tetapi mereka tidak upaya berbohong kepada diri sendiri dan Allah Taala. Benar atau batil tetap tersimpan di dada dan diketahui oleh pencerita ulungnya dan sudah pasti Allah Maha Mengetahui. Bagi kita pihak yang ketiga memerlukan ilmu dan iman untuk membuat penilaian dan menyaringkannya supaya terhasil kebenaran dan perkara yang hak.

Penilaian Allah.
Allah sentiasa melihat cara kita menilai sesuatu berita dan peristiwa kerana panduan telahpun disampaikan kepada manusia untuk dirujuk dan digunakannya .

Oleh itu pandai-pandailah menyaring dan menapis pembohongan, agar terhasil yang hak dan benar.

#############

Firman Allah Taala bermaksud;
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".
Surah al.hujuraat ( ayat 6 )

####################


Sekian.Wassalam.


2 comments:

Mak Su said...

YB dah? datuk ler ni..... ;)

mengenai suami-isteri, muda-mudi yang masih bersekolah suka membahasakan diri papa, mama dengan kekasih hati masing2... frankly - jijik telinga mendengarnya

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Agaknya perkembangan baru yang tidak sihat,
Sejak saya jadi YB ni hal-hal yang macam tu agak ketinggalan.

YB- Yang Bersara,he3.