Saturday, October 17, 2009

Hubungan silaturrahim semakin erat.


Salam semua
Pada pagi tadi ( Sabtu . 17.10.2009 ) saya sekeluarga berasa amat gembira kerana berpeluang menerima tetamu yang istimewa dan sememangnya ditunggu-tunggu sekian lama. kini sdr.Kuntong (Wahnuar) bersama keluarga telah kunjung tiba. Lebih dari satu jam setengah kami berbual-bual secara hadir fizikal masing-masing dan bukan lagi di alam maya seperti kebiasaan. Banyak cerita yang hendak diperbualkan tetapi masa suntuk kerana pada waktu petangnya beliau akan menghadiri majlis yang lebih penting lagi. saya percaya kehadirannya bersama keluarga ke rumah saya itu
sebagai permulaan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan diharap pada masa yang akan datang insya Allah mereka akan berkunjung lagi.
Kepada Kuntong dan keluarga. Saya bagi pihak keluarga mengucapkan terima kasih di atas kesudian mereka ke pondok kami dan memohon maaf atas layanan kami yang tidak sepertinya itu. Sebenarnya mereka melayani kami semasa kunjungan kami
di Batu Pahat dahulu lebih istimewa.

Kuntong sedang rancak
menceritakan sesuatu kepada kami semua.

Gambar kenangan.

Kuntong nak balik ke KL.


Sekian. Wassalam.

4 comments:

DrSam said...

Alhamdulillah. Siaturrahim terjalin semoga berpanjangan.

Leenoh said...

Salam Dr.Sam.

Terima kasih atas doa tersebut.Semoga di antara kita juga demikian kerana Islam sesama Islam adalah bersaudara.

Temuk said...

Salam Sdr Leenoh
Syukur dapat mengunjungi & dikunjungi. Semoga ikatan & pemanjangan hubungan yg terjalin akan terus membuahkan kebaikan. Insya Allah.

Leenoh said...

Salam Sdr.Temuk.

Kalau berjumpa sesama YB banyak kisah yang hendak diceritakan, maklumlah sebelum diberi gelaran YB oleh JPA, kita telah berkhidmat puluhan tahun tentu banyak pengalaman yang masih tersirat di dada.

YB.Yang bersara.( Otai) he3.