Guru Pembina Negara Bangsa.
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kepada guru Islam dan bukan.
Kepada negara anda berbakti.
Agar ummah mendapat kesejahteraan.
Tidak kira petang atau pagi.
Mendidik anak bangsa, menjaga watan.
Terima kasih atas tabur budi.
Semoga anda mendapat keberkatan.
_______________________________
Segala ilmu adalah hak Allah.
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!" |
Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. |
Allah berfirman: "Wahai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?" |
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. |
Surah Al.Baqarah ( ayat 31 sehingga 34) |
"(Apakah kamu wahai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran". Surah Az.Zumar (9) |
Maksud Al.Hadis.
__________
"Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”
(HR. Tirmidzi).
Surung papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan aku makan.
Suruh mengaji aku tidak mahu.
Kalau kita miskin tegar.
Patah kaki ditahan sahaja.
Kalau kita rajin belajar.
Sudah pasti akan berjaya.
________________________________________
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi.
____________________________
GURU MALAYSIA
Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan
____________
RUKUNEGARA :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KADAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
_____________________
Sekian. Wassalam.
6 comments:
Salam.. baru baca sikit, nanti saya datang baca balik.. best la 2 entry ni, tgh keje ni, ari ni sedih la sbb tak dapat pegi solat jumaat, staf cuma tinggal saya ngan bangla.. :) staff yng lain diorang nak pegi.. so tak boleh nak tinggal stesen.
Salam Zaidon.
Insya Allah minggu depan tidak akan terlepas.
Semoga Zaidon maju jaya dalam bidang yang diceburi sekarang.
selamat hari cikgu!
Cikgu dan juga murid semoga berbahagia.
Assalamualaikum Sudara Leenoh.
Selamat Hari Guru.
Terima kasih kerana kita masih berupaya berkongsi ilmu sejak dulu hingga sekarang. Kenang manis yang kekal terpahat apabila kita terus disapa dengan panggilan Ustaz atau Cikgu.
Waalaikumussalam saudaruku Mansaari.
Saya masih teringat bila saudara mengendalikan suatu kursus pada suatu ketika dulu.
Kita sama-sama mempelajarinya dan juga saya masih teringat beberapa kursus yang saya adakan untuk para pelajar - kursus memberi kesan kepada para pelajar dan juga diri saya sendiri.
Ada pelajar mengucapkan terima kasih kerana katanya kursus itu menyebabkan dia dapat bercakap menggunakan mikrofon di depan kekawan buat pertama kali walaupun ketika itu telah terlewat kerana telah berada di Tingkata 5 bermakna hanya beberapa bulan lagi akan meninggalkan sekolah.
Ucapan demikian amat manis buat guru.
Saya doakan agar saudara bahagia bersama anak-anak dan kekawan,amin.
Post a Comment