Monday, May 4, 2009

DUNIA SEDANG SAKIT.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Setelah saya melayari blog ke blog berbagai cerita dan peristiwa mengenai pergolakan, jeritan dan rintihan dunia dipaparkan untuk pengetahuan umum khususnya untuk pengguna internet. Seolah-olah dunia sedang sakit dan sedang melalui zaman uzur, dunia tidak lagi dapat menyembunyikan usianya yang telah lanjut dan tenaganya yang semakin lemah dan produtivitinya yang semakin menurun.

Dunia tidak mampu lagi menyediakan cuaca yang sederhana, sungai yang bersih, gunung-ganang yang dipenuhi hutan belentara, langit yang dapat menurunkan hujan mengikut jadual, udara yang nyaman, la
ut dan lautan yang bersih. Manusia sebagai pengguna telah merosakkannya secara beransur-ansur, sekarang barulah terserlah kerosakkan dan kebinasaannya.

Gunung sebagai paksi bumi digondolkan, sun
gai dicemarkan, lautan dilimpahkan kekotoran dan udara dicemarkan tanpa disedarinya. Harta kekayaan dunia menjadi rebutan sehingga berlaku peperangan dan tumpah darah dan berbagai alat senjata diciptarekakan untuk mempertahankan diri dan juga untuk peperangan, maka berlakulah pergaduhan dan peperangan di sana sini di atas muka bumi ini bersilih ganti. Walaupun wujud badan untuk mengendalikan perdamaian dan keamanan tetapi itu adalah sebahagian daripada pementasan drama manusia sahaja sementara menunggu kehadiran kiamat.

Berhentikan perbuatan yang merosakkan.

Akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu maka berlakulah berbagai penyakit dan wabak seperti Chikungunya, Selsema Burung, Selsema Babi ( Swine Influenza), Japanese.Encephalitis (JE) , HIV Aids yang muncul dengan tiba-tiba, menjadikan manusia runsing dan risau sehingga tidak dapat tidur lena, penyakit ini pula merebak dari satu tempat ke suatu tempat dengan begitu cepat sekali.

Siapakah yang dapat menyelamatkan manusia sekarang, adakah kekayaan, kekuasaan atau tubuh badan yang perkasa, semuanya tidak dapat digantung harapan, cuma Allah yang Maha Berkuasa yang menentukan segala-galanya, kepada Allah jualah kita berharap dan berdoa agar kita sentiasa diberi kesejahteraan.

Dunia sebenarnya bersikap sangat berkecuali dan sentiasa patuh kepada perjanjian asalnya sebagai tempat kediaman makhluk Allah yang diterajui oleh manusia. Dunia mempunyai , lautan, daratan dan langit, masing-masing mempunyai penghuninya yang tersendiri dan cukup untuk dimanfaatkan oleh manusia dan hidupan lain di dunia ini. Nafsu tamak haloba yang dikuasai manusia telah memusnahkan kesejahteraan tersebut. Kesederhaan yang dianjurkan hanya difahami secara teorinya sahaja tetapi jahil dari segi hakikatnya maka pelaksanaannya menjadi hambar dan kabur.

Manusia adalah khalifah di atas muka bumi ini dan manusialah juga sebagai perosaknya, manusia tidak menjalankan amanah Allah dengan jujur sebab itu berlakunya berbagai-bagai kemusnahan dan kekalutan di dunia ini. Berlakunya kerosakan adalah hasil daripada tindak tanduk manusia.

Jangan melakukan kerosakan
___________________

Firman Allah bermaksud;
" Telah zahir bencana di darat dan di laut, kerana usaha tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (balasan) perbuatan yang mereka lakukan, mudah-mudahan mereka kembali (bertaubat).


( Ayat 41 surah Ar-Ruum )
___________________

Sekiranya kita menilai dunia pada saat dan ketika ini kita akan dapati dunia ini seolah-olah sedang sakit dan uzur.

Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

6 comments:

KUNTONG said...

Dunia uzur akibat penghuninya. Dan manusia pula dalam perasaan sedar atau tidak sedang menuju ke arah yang boleh dikatakan 'membunuh diri sendiri'

AyKay said...

Long,

kesakitan dunia adalah hakikat, yg telah dijanjikan.

adakah kita perlu mempertahankan keutuhannya? atau membuat persediaan untuk menghadapinya?

Anonymous said...

memang dunia semakin tenat akibat tangan manusia sendiri.Kehancuran pula sudah pasti(qiamat)Pokoknya persediaan menghadapinya WAJIB, dengan persediaan IMAN DAN TAQWA

Leenoh said...

Salam Kuntong.
Manusia seolah-olah sedang memotong ranting dan dia sendiri berada di atas ranting tersebut, bila terpotong sahaja ranting tersebut diapun jatuh bersama-sama ranting, dia memang mengetahui akan berlaku demikian tetapi dia tetap meneruskan perbuatannya.
Itulah hakikat bahawa semua manusia memiliki kejahilan, Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Leenoh said...

Salam Aykay.
Ya adakah kita perlu mempertahankan keutuhannya, Tidak mungkin kita mampu mempertahankan atau memperlahankan proses menuju ajalnya, kita tidak mampu melanjutkan usia dunia, namun demikian kita tetap dilarang melakukan kebinasaan dan disuruh melakukan kebaikan, itu adalah sebahagian daripada persediaan menghadapinya.
Ya Aykay, kita perlu membuat persediaan untuk mengahadapinya.

Leenoh said...

Salam Anonymous.
Ya, kita wajib mengenali diri, dunia dan Allah. Jika kita kenal diri dan alam nescaya kita akan kenal Allah Penciptanya.
Untuk itu kita memerlukan ilmu.iman, Islam dan ihsan, setelah kita miliki semuanya ini, insya Allah iman dan taqwa akan bertapak di hati dan di jiwa kita.
Sama-samalah kita berdoa semoga kita memiliki semuanya itu.