Tuesday, May 15, 2012

Seorang guru, seorang macam-macam.

Salam semua.
SELAMAT HARI GURU

Seorang guru dia juga  seorang setiausaha, seorang kerani, seorang jurulatih sukan, seorang pentadbir, seorang pekerja am dan seorang macam-macam.

Pada masa  sebelum menjadi guru, kebanyakan guru menyangka menjadi guru di sekolah sama ada di sekolah rendah atau menengah, tugasnya hanyalah membuat persediaan mengajar, mengajar di dalam bilik darjah, memeriksa buku murid, membuat soalan ujian dan peperiksaan, mengawal peperiksaan, mengawal murid ketika sedang mengajar dan menghadiri perhimpunan mingguan di dataran sekolah atau di dewan.Memberi ucapan atau nasihat di perhimpunan dan terlibat di dalam aktiviti ko.kurikulum. Demikianlah tugas guru iaitu di sekitar aktiviti yang bersangkut paut dengan guru dan murid, kahsnya berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.


Setelah menjadi guru, rupa-rupanya tugas-tugas lain yang perlu dilaksanakan atau dipertanggungjawabkan masih banyak lagi,  sangkaan awal itu sebenarnya tidak tepat, cuma separuh tepat sahaja, guru itu sebenarnya,seorang guru itu dia juga  seorang setiausaha, seorang kerani, seorang jurulatih sukan, seorang pentadbir, seorang pekerja am dan seorang macam-macam.

Beban tugas tambahan.
Demikianlah senarai beban tugas tambahan yang perlu ditanggung di atas bahu setiap guru, siapakah pula yang terlebih berat bebannya di antara mereka itu ? Mengikut hematku guru yang paling berat bebanya ialah guru-guru yang serba boleh dan berketrampilan, berat beban tetapi gaji tetap sama sahaja, kalau tidak diniatkan tugasnya sebagai bertugas kerana Allah, maka sia-sialah titik peluhnya.
Berbagai unit dan sektor wujud di setiap sekolah, semakin hari semakin bertambah, tenaga kerja yang boleh digunakan hanyalah guru kerana jawatan lain atau pegawai lain yang terdapat di sekolah tugas mereka jelas,kerani adalah kerani, pembantu makmal adalah pembantu makmal mereka ini tidak akan terlibat dengan tugas-tugas lain, tanggungjawab mereka jelas dan khusus, maka mereka tidak boleh diusik dan dicuit untuk tugas yang lain tetapi tugas guru terlalu umum sehingga mereka tidak cukup tangan untuk memegang tugas yang diberikan.

Coretan ini adalah sebahagian daripada pengalaman dan masanya telah pun berlalu, situasi kini ( tahun 2012 ) penulis tidak pasti sejauh mana perubahan atau perbezaannya. Apa pun penulis masih merasai bahawa kenaikan bayaran bil letrik di rumah kediaman guru yang dibayar oleh guru pada setiap bulan itu sebahagiannya disebabkan tidur lewat kerana menyelesaikan kerja-kerja sekolah di rumah, juga sebahagian kecil perkhidmatan kenderaan guru digunakan sebagai khidmat kebajikan secara percuma bagi tugas-tugas yang tidak layak membuat tuntutan tetapi tugas dan tanggungjawab harus dibereskan.

Tugas yang diberikan tidak tepat.
Kekadang tugas yang berikan itu bukan tugas mereka, mungkin tugas Pejabat Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau tugas Pejabat Sekolah yang diseliakan oleh Ketua Kerani sebagai contoh memungut yuran-yuran dari murid (waris) bukanlah tugas guru tetapi sejak zaman berzaman merekalah yang mengutipnya daripada murid dan dipertanggungjawabkan, kecuali kutipan Derma Tahunan PIBG boleh ditugaskan atau mendapatkan ihsan guru untuk mengutipnya atas alasan mereka adalah ahli PIBG dan banyak lagi tugas yang dibuat oleh guru pada hal bukan dalam bidang tugas mereka, tugas-tugas ini merupakan tugas ihsan daripada  guru-guru sahaja. Atas sikap "Saya yang menurut perintah" maka tugas itu dilaksanakan jua.

Untuk kebaikan.
Pegawai atau jawatan tambahan perlu diwujudkan di sekolah-sekolah supaya semua pihak mendapat kebaikannya 

Sekian...wallahu aklam.
 

Monday, May 14, 2012

Percumakan Tol Ketika Waktu Puncak

Salam semua.
Sekadar sembang-sembang sahaja.
Artikel ini sekadar memaparkan sembang-sembang petang Ahad dan cuti hujung minggu, topik menjurus kepada isu kesesakan"jam" yang berlaku di lebuh raya pada waktu puncak yang dialami setiap hari kerja, juga kadar bayaran tol yang terpaksa dibayar serta duit petrol yang terpaksa dibelanjakan pada setiap  bulan, bila menyentuh pasal duit akan berkait pula dengan gaji yang diterima setiap bulan.

Kesusahan  bertambah.
ok, kita sembang dan bincang satu-satu, bermula dengan kesesakan jalan raya dahulu. Pada waktu puncak iaitu waktu pergi dan balik dari tempat kerja akan berlaku kesesakan jalan raya yang memenat dan merisaukan,terutamanya pada tol-tol tertentu di kawasan Kuala Lumpur dan Shah Alam, penat kerana terlalu lama memandu sehingga menimbulkan kerisauan dan kebimbangan terhadap risiko akan berlakunya kemalangan,lama memandu di dalam kesesakan pula akan mengakibatkan penggunaan minyak berlebihan dan menyebabkan kosnya bertambah.

Percumakan tol pada waktu puncak.
Sebab utama berlakunya kesesakan(jam) kerana lebuh raya tersekat dengan rumah tol yang menguruskan kutipan bayaran tol, sudah tentulah pemandu terpaksa berhenti untuk membayar tiket atau mengambil tiket tol atau memperlahan atau memberhentikan sebentar kenderaan untuk membuka palang tol bagi mereka yang menggunakan kad prabayar touch n Go atau lain-lain. Inilah sebenarnya punca yang menyebabkan kesesakan lebuh raya, situasi ini menyebabkan  objektif lebuh raya diwujudkan tidak tercapai pada saat-saat seperti ini, sebaliknya objektif mengaut keuntungan mungkin telah tercapai atau terlebih capai bagi sesetengah lebuh raya yang telah lama dibina. Oleh itu dicadangkan lebuh raya yang statusnya demikian perlulah berhentikan kutipan sekurang-kurangnya pada waktu puncak, tegasnya percumakan tol ketika waktu puncak, menutup kedai pada waktu ramai pelanggan datang tentulah dipandang sebagai suatu tindakan yang tidak bijak, pandangan itu sememangnya tepat dari segi menjana ekonomi bagi sesuatu pihak tetapi kedai tersebut sekarang ini semakin menyusahkan masyarakat.Cadangan seterusnya batalkan tol pada semua jalan yang telah pun mengutip keuntungan.


Kos minyak petrol  bertambah.
Apabila berlaku kesesakan pastilah kenderaan terpaksa menggunakan minyak lebih banyak berbanding ketika kenderaan berjalan lancar, semakin tahun perbelanjaan petrol semakin meningkat, situasi ini menjadikan gaji bulanan menjadi semakin kecil, ditambah pula dengan kenaikan harga barang dan harg petrol.Pendapatan keluarga RM2.000.00 sebulan tidak mencukupi bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur ,Shah Alam dan bandaraya yang lain.


Sekian...wallahu aklam.

Saturday, May 12, 2012

Akhirnya ipar Tony Blairs memilih Islam.

Salam semua.

Sister Lauren Booth.
Katanya "TIADA KEADILAN - TIADA KEAMANAN" ( No justice-no peace ).

 


 

Blog/Facebook - Suka "Pengikut/Members" ramai atau pembaca ?

Salam semua.

Di dalam laman blog atau laman Facebook terdapat beberapa ruangan yang disediakan untuk penyertaan awam, di antara ruang yang disediakan ialah pengikut (members/ followers),ulasan, adakah ruangan ini suatu tanda menunjukkan ramainya peminat atau pembaca, boleh jawab ya/tidak, alasan bagi jawapan ya kerana kita merujuk kepada kesanggupan pembaca itu meletakkan nama atau URL-nya di ruangan tersebut, tentunya dia juga membacanya, persoalannya  adakah setiap hari dia membaca artikel kita, tidak dapat memastikannya, mungkin ya mungkin tidak atau juga dia hanya datang sekali sahaja iaitu untuk meletakkan URL-nya untuk orang lain mengunjungi laman blog-nya.

StatCounter - Visitor Analysis for Your Website.
Sebenarnya statistik melalui cara di atas ini  lebih dipercayai tentang jumlah atau kemeriahan pengunjung laman blog seseorang blogger, banyak perkara kita boleh belajar dari laman statcounter ini dan terkini pula dapat dikesan meriahnya pengunjung bagi sesuatu topik melalui Blogger : Papan Pemuka Blogger melalui laman ini kita berupaya mengagak atau membuat analisis topik-topik yang digemari atau isu yang sering dicari oleh Masyarakat Malaysia, kedapatan topik yang ditulis dan diposkan berbulan-bulan tetapi masih tidak dikunjungi ramai, sebaliknya terdapat topik-topik yang baru sahaja diketengah atau diposkan ramai pula mengunjung atau pembacanya. Apakah tajuk-tajuk yang digemari dan dicari itu?. Tidak pasti, perlu buat kajian tetapi secara rambangnya buat masa ini dapatlah kita simpulkan bahawa di antara tajuk tersebut ialah tajuk-tajuk yang memperkatakan senario politik terkini dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengannya, sosial/kemasyarakatan dan tajuk-tajuk tertentu berkaitan dengan ilmu Islam yang melibatkan aqidah dan fiqh.
Blog Kehidupan Bersih setakat hari ini mempunyai hanya 192 pengikut sahaja tetapi purata pembaca di antara 150 - 250 setiap hari, kekadang mencecah lebih 300, total pembaca sejak blog ini dibuka berjumlah (1,464,031),terima kasih kepada anda semua kerana memberi sokongan dan semangat untuk blogger Kehidupan Bersih terus mengarang dan menulis.

Bagi blogger Kehidupan Bersih suka pengikutnya ramai tetapi lebih suka lagi kalau pembacanya lebih ramai yang mengunjunginya pada setiap hari.  

Hanya sekadar ini yang dapat dinukilkan pada hari ini, tiada tajuk yang hendak ditulis  cuma tajuk  ini sahaja yang terlintas di minda, tajuk begini sudah tentu kurang mengunjungnya.

Sekian...wallahu aklam.