Saturday, December 29, 2012

Islam menjadi susah apabila tersalah cara menyepadukan dengan budaya bangsa.

Beri laluan untuk iklan sebentar.
 
******************************
Orang Islam menjadi susah apabila mereka tersalah menyepadukan ajaran Islam dengan budaya bangsa.

Islam itu sebenarnya mudah dan indah tetapi semuanya itu akan menjadi tidak indah dan susah sekiranya masyarakat kita tidak bijak menyesuaikan budaya dengan ajaran Islam, kalau diperhati dan diteliti akan aktiviti sosial orang Melayu Islam, kita dapati banyak perkara yang menyusahkan masyarakat Islam yang kebetulan orang Melayu, jika orang Islam itu di Malaysia Melayulah menjadi terasnya, buat masa ini.

Islam menjelaskan dan mengajar penganutnya bahawa untuk berkahwin, mas kahwinnya hanya memadai apa-apa yang berharga, manakala majlis untuk meraikannya hanya memadai dengan berkhenduri  seekor kambing sudah mencukupi, itulah asas yang diberikan.Tetapi, apabila merealisasikan kedua perkara ini (khenduri kahwin dan perkara berkaitan) disepadukan atau diasimilasikan dengan budaya Melayu dan ditambahkan lagi dengan pengaruh luar dari budaya Melayu ianya menjadi lebih susah dan rumit.

Kita sudah tentunya mengharapkan mereka yang berpendidikan untuk mengubah budaya yang kurang indah ini kepada budaya lebih tulen keislamannya tetapi itu semua tidak menjadi kenyataan, sebaliknya kekadang merekalah yang lebih membazir dalam merealisasikannya.

Cuba lihat dengan mata Islam dan iman serta fikirkan satu persatu aktiviti Majlis Khenduri Kahwin orang Melayu, maskahwin, hantaran, khenduri terasnya, hiasan dan buah tangannya.Banyak perkara yang menyusahkan itu adalah item yang diimpot dan bercampur-aduk dengan halal dan haram.

Penulis tidak berhajat untuk menyatakan secara halusi mengenai perkara di atas, cukup ditinggalkan untuk anda memikirnya sambil merujuk kepada ajaran Islam, dalam hal ini adakah Islam yang diutamakan atau budaya yang menguasainya. Adakah kita ingin meneruskan atau cuba memurnikannya supaya setiap amalan kita akan diredai Allah.
Kalau merujuk kepada tajuk artikel ini ianya sangat luas dan masih banyak ruang untuk dilebarkan tetapi saya hanya ingin memperkatakan dan menyentuh apa yang telah disebutkan di atas sahaja.

Sekian...Wallahu aklam.
 

Thursday, December 27, 2012

Mengapa Kalimah Allah sahaja tetapi tidak setiap kalimah di dalam al.Quran.

Beri laluan untuk iklan sebentar.
 
&&&&&&&&&&&&&&


 Penggunaaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam bukanlah suatu dosa bagi orang Islam kerana prinsip Islam tidak menanggung dosa orang lain.Tetapi, kalau kalimah itu digunakan di dalam penulisan untuk  umum atau di dalam Bible versi bahasa Melayu di negara Malaysia ini, ianya  akan mengelirukan masyarakat, khasnya orang Melayu, selama ini penganut Kristian  tidak pernah menggunakan kalimah itu di dalam  bible mereka, jika digunakan juga makna dan maksud Allah itu akan terpesong dari pengertian asalnya dan tidak lagi membawa pengertian seperti yang termaktub di dalam al.Quran, mengikut kepercayaan dan keyakinan orang Islam kalimah Allah tidak tepat kalau diartikan sebagai god atau lord kerana di dalam agama kristian mereka mempercayai god father ( Tuhan Bapa), Nabi Isa sebagai anak Tuhan dan seumpamanya. Sedangkan di dalam Islam Allah itu Maha Esa, seperti tersebut di dalam surah al.Ikhlas yang tertera di bawah ini.

**************************


Maksudnya,
  [1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

[3] “Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan;
[4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

***********************************************

Kalau  merujuk kepada sejarah yang telah berlalu dan sehingga ke hari ini pun orang Kristian tidak pun menggunakan kalimah Allah, malah Kristian genarasi lalu  tidak berminat pun menggunakannya, mengapa dengan tiba-tiba mereka mahu menggunakannya, pada hemat penulis tentulah di sana terdapat faedah atau sesuatu peluang untuk  mereka . Pada zahirnya penggunaan kalimah tersebut dari segi hukum Islam tiada masalah apa-apa  tetapi, jika dipandang dan direnungkan secara mendalam akibatnya akan mengelirukan  orang Melayu Islam  dan banyak buruk dari pelaksanaan itu akan menimpa anak muda yang belum mendarah daging dengan ilmu atau syariat Islam.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Klik imej untuk besarkan.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Sejak dahulu lagi di negara ini amalan penggunaan kalimah ini  hanya dihayati oleh orang Islam sahaja , penganut agama lain tidak menggunakannya ( kalau ada pun hanya segelintir sahaja ), malah hendak menyebutkannya pun tidak pandai dan tidak fasih, kini di pertengahan jalan mereka mahu menggunakannya pula dilihat seperti ada tujuan tertentu dan mengejutkan orang Islam. Mengikut suasana tempat dan tradisi amalan selama ini, orang Islam/Melayu berhak melahirkan pandangan mereka dalam hal ini atau tidak setuju dengannya. Kalau di negara Arab tidak menjadi apa-apa masalah sebab semua orang Arab (Islam/Kristian ataupun lainnya ), sejak awal  menggunakan kalimah itu bagi membawa maksud Tuhan mereka. Di Malaysia akan mengelirukan , orang Kristian sendiri pun akan keliru dengan situasi ini.
Mengapakah kalimah Allah sahaja yang hendak digunakan, mengapa tidak seluruh kandungan al.Quran itu digunakan, bukankah lebih baik menggunakan setiap kalimah yang terdapat di dalam al.Quran itu dan hayatinya seperti yang diperintahkan oleh Allah. Jom, kita pakat guna al.Quran sebagai panduan hidup kita dan masyarakat kita.
Ulasan ini merujuk situasi asal di Malaysia dan perlembagaannya bukan di negara Arab atau lainnya.
 
Sekian...Wallahu aklam. 
 

Tuesday, December 25, 2012

Ibuku sayang.


Beri laluan untuk iklan sebentar.
 
kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

  Saya terbaca tulisan  Mohd. Sayuti Omar (MSO) di facebook nya seperti tertera di bawah ini, lantas terpanggil untuk saya menulis secara ringkas saranannya. Jom kita baca apa yang beliau katakan, 
" Cerita atau gambar insan yang paling banyak diposkan oleh rakan FB ialah gambar anak, cucu, isteri dan juga teman-teman baik. Jarang saya lihat yang post gambar ibu atau ayah (kalau masih ada), dan mencerita kisah-kisah mereka. Kenapa? Ada setengah orang malu untuk memaparkan wajah ibunya, apa lagi kalau ibunya orang kampung, darat dan tidak reti cakap orang putih atau kekok pegang sudu dan garfu". 
Pelajari bahasa Siam.
Saya akan mulakan cerita ringkas mengenai ibu saya di sini, Kampung saya adalah sebuah kampung tradisi sawah yang lokasinya tidak berapa jauh dari bandar kurang lebih 13-14km sahaja untuk pun ikut jalan raya, kalau ikut jalan pintas lebih dekat, namun demikian pada zaman dahulu, 40 atau 50 tahun dahulu ianya dirasakan sangat jauh, dalam setahun hanya sekali atau dua kali sahaja berkesempatan pergi ke bandar. Di kampung ini penduduknya seratus peratus orang Melayu, tetapi yang anehnya bahasa rasmi yang digunakan oleh penduduk di sini ialah bahasa Siam yang lazim digunakan di Kedah. Ketika itu orang dewasa tidak menguasai bahasa Melayu, bercakap Melayu dengan telor Siam.
Ibu saya berasal dari kampung lain yang jaraknya dari kampung ini kurang lebih 7- 8km, bertutur dalam bahasa Melayu yang fasih dan tidak menguasai bahasa Siam seperti bapa saya, semasa awal perkahwinan ibu saya yang berpindah tinggal bersama bapa di kampung ini, beliau cuba mempelajari bahasa Siam untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat di sini, itulah niat asalnya tetapi disebabkan beliau tidak mampu menyebut dengan fasih bahasa Siam yang baru dipelajarinya itu dan diketawakan orang, akhirnya beliau abaikan niat itu sehingga kini beliau tidak boleh berbahasa Siam yang dimaksudkan itu tetapi beliau tidak boleh dipermainkan kerana semua kalimahnya difahami walau pun tidak pandai menyebutnya.
Berkomunikasi dengan bapa.
Apabila ibu sudah faham bahasa Siam, lantas bapa saya mengambil jalan mudah dengan menggunakan bahasa Siam ketika berkomunikasi dengan ibu, dengan cara itu lebih mudah bagi arwah bapa kerana beliau tidak lancar berbahasa Melayu . Pelik dan anih, orang kampung ini bukan orang yang berhijrah dari Siam (Thailand), malah memang berasal di kampung ini sejak dahulu lagi, ada juga yang berasal dari sana tetapi sangat sedikit golongan itu. Bagi mereka yang jarang atau tidak pernah melihat situasi begini  akan terasa pelik dan anih kerana ketika bapa dan ibu berbual, seorang akan berbahasa Siam dan seorang lagi berbahasa Melayu, seumpama itik berbual dengan ayam he he.
Persekolahan.
Ibu saya tidak pernah menjadi murid mana-mana sekolah tetapi belau pandai membaca al.Quran, malah menjadi guru pula kepada beberapa jiran-jiran  yang memerlukannya, saya sendiri mempelajari baca al.Quran dengan ibu, setelah pandai membaca barulah pergi belajar daripada orang lain, guru Quran di kampung itu, iaitu bapa saudara saya sendiri. Ibu bukan sahaja pandai membaca al.Quran dia juga pandai membaca Jawi,ketika itu kitab-kitab semuanya menggunakan tulisan Jawi. Ibu pandai membaca al.Quran, perkara itu tidak menghairankan kerana beliau berguru tetapi usaha untuk boleh menguasai Jawi itu beliau usaha sendiri dengan membanding-bandingkan tulisan Arab/al.Quran dengan tulisan jawi dan dibantu oleh kawan-kawannya, beliau hanya belajar membaca oleh itu tidak tahu menulis. Kini ibu telah berusia 83 tahun.
Sekadar ini dahulu.
Sekian...Wallahu aklam...Wassalam.
 

Wednesday, December 19, 2012

Aku ingat padamu ( puisi )


Bagi laluan utk iklan sebentar.
 
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 
Klik foto untuk senang membacanya
 Sekian...wallahu aklam.

Monday, December 17, 2012

Mat rempit tanya - Us.Azhar jawab - Video


 
Beri laluan utk iklan sebentar.
 
kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Video di atas cerita pasal Mat rempit.
Video di bawah cerita pasal pekerja kedai makan @ restoran memakan makanan baki yang ditinggalkan oleh pelanggan - menanya Us.Azhar sama ada haram @ halal.




Selangor Agrofest 2012 bersama Us.Azhar Idrus.

-----------------------------------------------------------------------
Beri laluan untuk iklan sebentar.
 
----------------------------------------------------------------------------------------






Sekian...Wallahu 'Aklam.

Sunday, December 16, 2012

Selangor Agrofest 2012 - Video & Foto

Salam semua.

Beri laluan untuk iklan sebentar.

 
_______________________________________

 
__________________________________________________________________________

Sekian....Wallahu aklam.
-

Thursday, December 13, 2012

Artikel bergambar- tanggung dosa sendiri.

 Saya meneruskan artikel bergambar untuk mengisi laman ini.


Ramai juga di kalangan kita menggunakan bahasa yang tidak tepat, bahasa yang tidak tepat boleh membawa maksud berbagai-bagai, misalnya anak yang belum baligh kalau membuat kejahatan ibu bapa akan tanggung dosa, inilah yang dimaksudkan bahasa tidak tepat, kalau kanak-kanak itu belum baligh bermakna kanak-kanak itu tiada dosa, kalau begitu keadaannya apa yang hendak ditanggungkan oleh ibu bapa.
Sebenarnya, jika kanak-kanak belum baligh sering melakukan kejahatan luar biasa kerana ibu bapa tidak mendidiknya, kanak-kanak tersebut tetap tidak berdosa tetapi ibu bapa itu yang berdosa kerana tidak menjalankan tugasnya sebagai ibu bapa dan pendidik kepada anak-anak mereka.

 Kalau suka layanlah foto-foto ini.
jika kurang jelas klik foto.