Showing posts with label Sembang-sembang sebelum Aidil Fitri - 2.. Show all posts
Showing posts with label Sembang-sembang sebelum Aidil Fitri - 2.. Show all posts

Tuesday, September 15, 2009

Pandu cermat jiwa selamat. ( Balik Raya )

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.

video video
Berhati-hatilah memandu di jalanraya, ingatlah mereka yang tersayang, bertawakkallah kepada Allah sepanjang masa, mulailah perjalanan dengan menyebut nama Allah serta doakan keselamatan diri dan keluarga. Insya Allah selamat.

______________

Aidil Fitri hampir tiba.
Ketupat rendang juadah utama.
Masak sendiri mereka yang biasa.
Itulah cara menyempurnakan selera.

Masak di bandar sebahagian sahaja.
Balik kampung semuanya ada.
Tempat berkumpul sanak saudara.
Beramah mesra semasa berjumpa.

Orang bandar balik ke kampung.
Orang kampung setia menunggu.
Ketika memandu janganlah rabung.
Nanti kelak tertunggu-tunggu.

Kepada Allah ingatlah sentiasa.
Memulakan perjalanan bismillah diucapkan.
Agar sampai seperti biasa.
Barulah raya ada keberkatan.