Sedidik-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Mengapakah imam yang ditunjukkan di dalam gambar di atas berdoa mengadap makmumnya, tentu ada sebabnya yang tertentu, Ini dilakukannya, sudah pasti beserta dengan ilmu.
Beberapa andaian yang dapat diandaikan;
- Terdapat ibubapanya atau ke atas di kalangan makmum tersebut.
- Atau terdapat gurunya di kalangan makmum yang ramai itu - atau - ( Orang yang lebih mulia mengikut penilaian syarak )
Situasi yang lain;
Situasi biasa kedudukan imam beralih ke kanan sedikit , tetapi, jika di Raudah imam beralih ke kiri kerana di situ terdapat makam Nabi.( Perbuatan demikian itu dapat mengelakkan daripada membelakangkan Nabi )
kalau anda mempunyai pengetahuan berkaitan dengan info ini , tetapi tidak memberikan komen. Ini bermakna anda berada di dalam keadaan bersalah,
Ini bukan ugutan tetapi fikirlah sendiri...............ya fikirkan............silakan.
bergurau saja. hehehe.
JURAISH AL-MUHAMI said...
Memang ada hadith pasal imam memalingkan muka ke arah kiri (ketika di masjid Nabi) atau kanan (tempat lain) selepas solat.
Mengenai imam menghadap ke arah makmum, saya tak pasti. Tapi saya setuju dengan andaian tersebut. Qiyas yang sama dengan keadaan di Masjid Nabi. Imam tidak wajar membelakangkan orang yang lebih mulia drpdnya.Imam patut menghadap mereka yang dimuliakan.
Tapi soalan teka-teki saya: Masa bila imam boleh atau disunatkan menghadap ke kiblat ketika berdoa tanpa menghadap ke arah makmum, atau ke kiri atau ke kanan?
- Imam berdoa mengadap ke kiblat ketika;
- Bersolat di kaabah,
- Mengimamkan solat Jenazah.
Sekian. Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ).
Wassalam.
Wassalam.



