Showing posts with label Fardu Kifayah - 664.. Show all posts
Showing posts with label Fardu Kifayah - 664.. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

Membuka Kedai Gunting Rambut - Fardu Kifayah.

Salam Semua.

Hampir 99% lelaki Islam memerlukan kedai gunting, sebulan sekali atau dua bulan sekali mereka ingin mengguntingkan rambut, kalau pun tidak mengguntingkan sepenuh, sekurang-kurangnya mereka merapikan semula rambut yang telah tidak kemas lagi, menyempurnakan hajat ini mereka memerlukan Tukang Gunting. Oleh itu membuka kedai gunting telah menjadi suatu kewajipan yang berbentuk fardu kifayah kepada orang Islam. Sekiranya tiada satu pun kedai gunting yang dimiliki oleh orang Islam maka situasi ini ditakuti semua orang Islam akan mendapat dosa kerana mengabaikan keperluan jamaah mereka.

En.Zaman berbaju hitam. En.Azizi masih muda orangnya.

En.Zaman berbaju hitam sedang menerangkan sesuatu kepada En.Azizi.

Untuk menjadi seorang Tukang Gunting Pakar mereka memerlukan latihan secara praktikal daripada mereka yang telah berpengalaman, Gambar di atas adalah suatu contoh latihan yang sedang dijalankan di Kedai Gunting En Zaman di Kampung Baru, Jalan Paloh, Kluang.
Kelihatan En,Zaman bin Shamsudin ( Wak Jaman ) sedang menunjukajar kepada En.Azizi bin Abdullah yang bakal membuka kedainya di Gemas, sekarang beliau sedang memantapkan diri dalam menguasai kemahiran tersebut sesuai dengan kehendak pelanggan pada zaman ini, Pelanggan yang sedang digunting rambutnya itu dimaklumkan atau diminta keizinan oleh Wak Jaman untuk beliau menggunting sambil mengajar En.Azizi.

Manakala En.Zulkarnain bin Abu Bakar tukang gunting seorang lagi yang berkhidmat di kedai ini sedang berehat sambil membaca suratkhabar setelah mengemas peralatan yang telah digunakan.

Saya difahamkan bahawa Tukang Gunting perlu mahir mengaplikasikan berbagai fesyen jika mereka hendak membuka Kedai Gunting kalau tidak akan menimbulkan masalah kepada mereka apabila tidak mampu melayani kehendak pelanggan. Di antara berbagai fesyen tersebut saya akan muatkan di dalam mauduk atau " entry" yang akan datang nanti.


Sekian. Wassalam.