Salam semua.
Pada hematku.
"Telag
a Mencari Timba" ialah suatu perumpamaan atau ibarat yang dicipta oleh orang Melayu sejak sekian lama sesuai dengan kehidupan mereka pada ketika itu berdasarkan minda Melayu semata-mata tanpa ada adunan Islam di dalamnya, kalau adapun hanyalah melukut di tepi gantang.Untuk memudahkan orang bukan Melayu memahaminya atau sesiapa sahaja yang tidak memahaminya, elok diperjelaskan maksudnya di sini.Perumpamaan ini bermaksud " Orang perempuan sama ada gadis atau janda yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan suami dengan secara terang atau sulit dan tidak hanya menunggu jodoh semata-mata" . Ibarat ini sebenarnya lebih banyak menyindir kaum wanita atau keluarganya yang melakukan atau bertindak demikian, cetusan ibarat ini hanyalah datang dari minda Melayu bukan minda yang diadunkan dengan syariat Islam kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut, buktinya Siti Khadijah bt Khuwailid meminang Nabi Muhammad.s.a.w. atau menyatakan hasratnya terlebih dahulu untuk berkahwin dengan Rasulullah.s.a.w. dan Rasulullah.s.a.w. hanya bersetuju kemudiannya.
"Siapa Meminang Siapa" bukanlah suatu perkara yang amat penting. Perkara yang amat penting ialah kepatuhan kepada syariat Islam , hasrat untuk mendirikan rumahtangga dan membina berkeluarga bahagia adalah suatu kebajikan dan menjana kesejahteraan hidup diri sendiri dan masyarakat, ianya termasuk di dalam kerja dan amalan kebajikan tidak kira siapa yang memulakannya sama ada lelaki atau perempuan kerana kedua-duanya mempunyai keinginan dan nafsu serta naluri yang dikurniakan oleh Allah.
Jangan biarkan adat memusnahkan kehidupan seseorang, bertindaklah secara proaktif berlandaskan syariat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. adalah lebih baik kita menilai perlanggaran atau sindiran terhadap syariat Islam yang dilakukan di dalam majlis-majlis perkahwinan, cuba senaraikan perbuatan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan di majlis perkahwinan dan bercampuraduk pula dengan amalan Islam di majlis yang sama, di sana di antaranya terdapat majlis berinai,khatam al.Quran, marhaban, musik dan nyanyian,tari menari, bersilat dan terdapat juga kekadang amalan adat yang tersembunyi, semuanya ini berlaku secara campuraduk, jika dinilai secara ikhlas ianya umpama suatu sindiran terhadap Allah Taala.
Kembali kepada "Telaga Mencari Timba". Pada hemat saya perumamaan ini sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan masa kini, di mana kehidupan lelaki dan perumpuan sama-sama mempunyai pelajaran tinggi yang mampu bertindak menguruskan diri, malah menguruskan masyarakat seperti disebutkan diawal tadi, perkara yang amat penting ialah menjaga dan mematuhi syariat bukannya adat bangsa.
kini wanita telah semakin maju walaupun belum mengatasi lelaki tetapi telah terdapat di kalangan mereka yang menduduki kerusi penggubal dasar dan ada juga mereka yang berkelayakan membuat keputusan untuk manfaat masyarakat umum.Malah ramai yang berjaya di dalam perniagaan, tergamakkah masyarakat membiarkan mereka hidup tanpa keluarga sendiri beralasankan adat yang menyekat tanpa relevan dengan situasi sebenar.
Adakah dalam hal jodoh wanita terpaksa menunggu sahaja walaupun mereka sudah sampai ke tahap tersebut,tentulah tidak adil bagi mereka untuk menerima hakikat ini.Islam ajaran dan dasarnya sangat sederhana dan tidak mengongkong naluri manusia.Lelaki yang status rendah atau lebih rendah daripada wanita tidak mungkin berani melamar mereka oleh itu situasi beginilah wanita perlu memainkan peranannya supaya ianya boleh dimanfaatkan.
Kini situasi menjadi lebih rumit lagi apabila dikatakan bilangan wanita lebih ramai berbanding dengan bilangan lelaki. Dalam hal ini pada hemat saya wanita perlulah memulakannya kerana peranan ini sememangnya tugas anda.Biarkan sahaja ibarat atau perumpamaan tersebut menyindir anda kerana masa depan anda lebih penting dari perumpamaan tersebut, asalkan anda tidak melanggar syariat Allah Taala.


