Showing posts with label Saja merapu -454. Show all posts
Showing posts with label Saja merapu -454. Show all posts

Monday, November 16, 2009

Kedah meriah pulak.

gambar hiasan

Salam semua.

Kalau dunia belum kiamat dalam masa 60 hari mulai hari ini. Kedah akan menjadi sebuah negeri yang meriah dan menjadi tumpuan ramai. Sekarang orang Kedah sedang berpesta banjir, berjalan kena randuk air dan selak kain, tangkap ikan dan macam-macam lagi, meriah memang meriah, rasa macam nak balik Kedah pulak hehehe.

10hb. Zulhijjah nanti tentulah meriah pasal Raya Haji dan ibadat Qurban pula sampai 13 Zulhijjah.Ini pun sakan juga, makan daging sampai darah tinggi pun ada. daging rebus cicah air asam memang sedap, hai kalau makan dia, mak mentua lalu kot belakang tembok memang tak nampak punya.

Mungkin belum orang balik mengerjakan Haji dah nak pilihan raya pula di DUN Kota Siputeh atau selepas itu pun boleh jadi, memang depa raya sakan, musim pilihan raya kampung akan jadi pekan, pekan akan jadi bandar. Kalau pasai bendera ni tak larat nak kira, mesti ceria punya, kalau nak tengok pemimpin baik, suka menolong, suka beri bantuan, ha musim ni la.

Aku pun tak tau budaya tu baik atau tidak, tapi itulah senarionya yang aku nampak pada masa yang lalu.

Jangan percaya kesemua cerita tu, aku saja merapu je................................


Klik dan baca:

Kisah kelapa mawar dan kambing boer



Sekian.