Showing posts with label Taaruf asramawan baru - 528. Show all posts
Showing posts with label Taaruf asramawan baru - 528. Show all posts

Tuesday, January 5, 2010

Taaruf pelajar baru di asrama sekolah.

Salam semua.

Awal tahun persekolahan begini akan teringat berbagai peristiwa yang lalu terutamanya b
agi guru-guru yang telah bergelar YB ( yang bersara )...he3.
Awal tahun p
ersekolahan biasanya guru-guru asrama akan mengadakan majlis suaikenal atau sekurang-kurangnya taaruf pendek yang mengambil masa dua atau tiga jam bertujuan mempercepatkan pengenalan di antara pelajar khasnya pelajar yang baru menjadi asramawan di sesuatu sekolah, suaikenal yang paling penting untuk didahulukan ialah di antara rakan-rakan sebilik. Sekiranya mereka telah mengenali semua kawan- kawan yang tinggal sebilik, bermakna sebahagian besar daripada kerisauan mereka telah dapat dikurangkan, terutamanya bagi pelajar tingkatan satu.

Guru
asrama perlulah memiliki kaedah taaruf yang berkesan untuk direalisasikan kepada mereka. Para pelajar di peringkat ini masih memerlukan bantuan guru khususnya dalam hal pengenalan dan sosial yang sihat di antara mereka.

Kalau ta
aruf tidak dilakukan akan melambatkan proses pengenalan di antara mereka, keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada mereka akan merasai terasing dan tidak suka tinggal di asrama kerana ketiadaan kawan dan lebih gemar kembali ke sekolah menengah yang berhampiran dengan kampung mereka kerana di sana terdapat ramai kawan-kawan dari sekolah rendah yang pernah mereka belajar bersama pada tahun yang telah lepas.

Masalah ketiadaan kawan di dalam melakukan sesuatu aktiviti sama ada belajar atau apa sahaja memang memberi kesan kurang semangat dan motivasi kepada seseorang individu sama ada pelajar sekolah atau orang dewasa, sebab itulah dikatakan majlis taaruf ini sangat penting untuk para pelajar baru asrama. Para guru tidak wajar memandang ringan dan remeh dalam hal ini.

Taklimat mengenai perjalanan hidup harian di asrama juga di antara perkara yang mustahak dilakukan supaya andaian baik buruk yang mungkin berlaku ke atas mereka diketahui atau dijangka terlebih dahulu seperti kehilangan, tertukar atau kecurian barangan mereka seperti pakaian, alat tulis dan lain-lain.

Susutnya ubat gigi, sabun pakaian, sabun mandi. Kehilangan wang ringgit, berus gigi, tertukar stokin, kasut sekolah dan seumpamanya sering berlaku di mana-mana asrama, baik asrama lelaki atau perempuan.Asrama Pusat Pengajian Tinggi pun berlaku hal yang sedemikian.

Sesungguhnya kehidupan di asrama itu mempunyai jurang yang agak jauh dengan kehidupan di rumah kerana tinggal bersama keluarga itu adalah kehidupan yang unggul dan itulah juga sebaik tempat mendidik anak-anak, oleh sebab pusat pengajian berada jauh dari rumah, maka suatu perubahan dan anjakan cara hidup pelajar perlu dilakukan, pengorbanan harus dilakukan demi meningkatkan pengajian. Jika segala keperluan pendidikan yang berkualiti berada di dalam kampung halaman sendiri dan berhampiran dengan rumah adalah tidak wajar berpindah dan tinggal di asrama.

Sekian.Wallahu aklam.