Showing posts with label Apa aku tulis - puisi - 500. Show all posts
Showing posts with label Apa aku tulis - puisi - 500. Show all posts

Tuesday, December 15, 2009

"ENTRY" yang ke 500 - Apa aku nak tulis.

Salam semua.

Setelah banyak entri di dalam laman sesawang ini, kini mencecah 500 topik , ada yang kecil dan ada yang besar, yang betul dan ada yang merapu. Sekarang aku terasa macam nak rehatkan diri, terasa nak rehat ni ketika tiada idea atau bahan nak tulis saja, apabila datang idea lantas tulis semula walaupun idea merapu-merapu sahaja.Hari ini agaknya aura menurun.

Kalau banyak entri ramailah pengunjung kerana entri kita punyai itu terpapar di laman google sana. sekarang kalau taip "Kehidupan Bersih" di petak google dan tekan enter akan naiklah laman ini tersusun-susun topiknya, maklumlah dah 500 entri.

Sebenarnya entri ini belum pakai lagi, nanti kalau ada idea aku akan tulis semula di bawah atau di laman baru...ini cuma merapu sahaja.


#####

Rasa macam ingin berpuisi.
tetapi takut ketandusan isi.
2012m tahun aku menanti.
1433h juga tahun akad janji.

Dari dulu adanya halangan.
kerana jasmani tidak seimbang.
penantian itu memang menyiksakan.
kiranya aku bersayap sudah kuterbang.

Perkara dulu belum selesai.
kini perkara baru muncul pula.
sudah bertambah yang belum langsai.
semakin berat beban di jemala.

Dunia memangnya tempat ujian.
biar siapa pun penghuninya.
bukan amaran untuk kalian.
tiada kecuali terima ujiannya.

Doaku bukan tahun 2012.
tetapi lebih ke atas.
2009 yang telah lepas.
kepada taqdir aku beralas.

Insya Allah ucapannya ringkas.
itulah jua menjadi alas.
agar kerja menjadi ikhlas.
balasan diterima bukannya hampas.

#####

Insya Allah, kita jumpa lagi.