MUSAFIR YANG TIDAK LEKA DAN LAGHO.
Pada hemat saya setiap orang bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan pengalaman yang baik dan makruf kepada orang lain mengikut kaedah dan cara yang disukai masing-masing untuk menjuruskan diri sendiri dan manusia supaya mengamalkan kehidupan yang bersih dan suci di sisi Allah. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan kekotoran, kerosakan dan kejahatan di atas muka bumi ini.Untuk menjana kehidupan yang bersih tidak mungkin tercapai hanya dengan ilmu yang tinggi sahaja kerana sejak zaman dahulu sehingga sekarang kita dapati kerosakan dan kejahatan yang besar dilakukan oleh orang yang berilmu pengetahuan tinggi. Kerosakan yang besar yang berlaku di sesebuah negara ataupun yang berlaku di dunia ini adalah hasil sikap buruk orang yang berilmu.
Tanda Penderhakaan Yahudi Terhadap Allah
Mereka juga melakukan kebodohan dan kejahilan seperti bergaduh dengan jiran, dengan keluarga sendiri, bergaduh dengan isteri di depan anak-anak, bercakap bohong, hasad dengki, khianat, riak, sombong, menipu, rasuah dan seumpamanya di mana perbuatan tersebut sepatutnya tidak berlaku pada pemilik ilmu tetapi hakikatnya berlaku berterusan sejak dahulu sehingga kini. Walaupun kita menguasai ilmu secara sempurna sama ada dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan seumpamanya.
Ilmu yang tidak diamalkan seperti pohon yang tidak berbuah
Tanda Penderhakaan Yahudi Terhadap AllahMereka juga melakukan kebodohan dan kejahilan seperti bergaduh dengan jiran, dengan keluarga sendiri, bergaduh dengan isteri di depan anak-anak, bercakap bohong, hasad dengki, khianat, riak, sombong, menipu, rasuah dan seumpamanya di mana perbuatan tersebut sepatutnya tidak berlaku pada pemilik ilmu tetapi hakikatnya berlaku berterusan sejak dahulu sehingga kini. Walaupun kita menguasai ilmu secara sempurna sama ada dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan seumpamanya.
Ilmu yang tidak diamalkan seperti pohon yang tidak berbuahPerbuatan tersebut selayaknya berlaku di kalangan orang bodoh dan jahil sahaja. Tetapi sebaliknya berlaku juga di kalangan cerdik pandai yang berpangkat dan berkedudukan tinggi sehigga rosak negara, malah termasuk kehidupan dunia. Ini bermakna di sana terdapat kelemahan dan kekurangan yang perlu ditambah dan dipenuhi khususnya bagi mereka yang tersebut.
Untuk mencapai kehidupan yang bersih dan suci di sisi Allah seperti yang telah disebutkan pada pertemuan yang lepas manusia bukan sahaja memerlukan ilmu malah mereka juga memerlukan Islam, Iman dan Ihsan. Empat mauduk penting ini mesti dikuasai dan disepadu serta dihadzamkan dalam diri manusia .
Membaca menambahkan ilmu
Manusia tidak akan dapat hidup di dalam keadaan aman dan sejahtera selagi persekitarannya mengganggui kehidupan diri dan keluarganya. Oleh itu masyarakat manusia bertanggungjawab menjadikan dunia ini tempat berkongsi hidup. Dengan cara mematuhi nilai-nilai kebaikan yang diakui oleh manusia sejagat. Sekiranya persekitaran yang kondusif dan aman dapat diwujudkan barulah usaha ke arah Islam, iman dan ihsan akan berjalan lancar dan berkesan.
Membaca menambahkan ilmuOrang Islam wajib menolak sebarang keburukan, kerosakan, kejahilan, kezaliman dan kepalsuan yang bakal membawa kepada kemusnahan keamanan dan keadilan serta kehidupan di dalam negara, dunia dan alam ini.
Kehidupan manusia di dunia ibarat musafir yang sangat jauh perjalanannya berbanding dengan musafir mencari ilmu atau harta kerana kehidupan manusia itu melibatkan dunia dan akhirat seperti yang telah disebutkan di dalam tulisan yang lalu. Musafir ini perlu dirancang supaya pengisiannya betul dan tepat serta mencapai matlamatnya.
Keajaiban kejadian ciptaan Allah
Keseimbangan di antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat perlu difikirkan dan direnungkan bersungguh-sungguh untuk memastikan tindak tanduk kita di dunia ini akan membawa kepada kesejahteraan di akhirat. Kalau dibiarkan diri dibawa arus dan gelombang yang penuh dengan kehidupan lagha dan nilai hidup yang bercampuraduk , akhirnya diri kita akan hilang arah di dalam perangkap kejahilan dan kesesatan. Hanya ilmu , Islam, iman dan ihsan sahaja yang dapat menolak segala keburukan tersebut.
Keajaiban kejadian ciptaan Allah___________________________________________________________________
BOIKOT BARANGAN KELUARAN ISRAEL DAN AMERIKA
( bar code 729 )
___________________________________________________________________
( bar code 729 )
___________________________________________________________________
Belilah Produk Malaysia
Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui )
Wassalam.

