Thursday, November 27, 2008

AKU MASIH MENCARI

AKU MASIH MENCARI

Di manakah mereka, Di manakah anda.

Lokasi ingatanku bersama anda.
Hulu dan hilir, bandar dan desa.
Datang mencari ilmu semat
di dada.
(Gambar - keluarga Shaharudin Hj.Sidek )
Pontian Kecil, Pontian Besar,
Gelang Patah. Bukit Besar,
Bukit Ramun, Mersing,
Air Hitam , Kluang,
Kota Tinggi, Kulai,

Endau, Air Baloi.
Kulai dan Skudai.

AKU MASIH MENCARI ANAK-ANAKKU.

Wan Nik Muda, Shaharuddin Sidek, Miskam, Ahmad Istat, Zakaria Sarman, Nordin Sarijo, Abd.Rahman Ahmad, Mohd.Tuah Sabtu, Kamaruddin Mersing, Mustafa Aris, Azlan Abd.Hamid, Abd.Rahman Hasan, Abd.Rahim Kadri, Roslan Jailani. Mohd.Kamsani, Sehat. Banian, Mustafa Ain.Nurul Huda Pontian, Marhalim Samori.

Jaya Salam, Pontian ???

Omar Ahmad. Rohani Dal. Anuar Abd.Rahman.Norhuzaili Kota Tinggi.Abd.Aziz Abd.Rahman, Mohd.Rafie Abd.Razak. Muhammad Jamhari, Mahmud, Nordin, Syed Husein dan ...........................................

Ramai Lagi dan Ramai Lagi,

Di manakah anda,
Siapakah masih ada, siapakah yang tiada.
Pantai Lido, Bukit siren, masih dalam ingatan,
Kampung Baru, Sungai Chat, duduk berjiran

Kampung Mohd.Amin tempat kediaman.
Jalan Kapt.Mohd.Amin jalan laluan.
Mijor Paiman tinggal sebilik.
Pak Saidi Jiran yang tua,
En.Ibrahim jiran terdekat.
Cikgu Kalthom dan keluarga En.Ah Kaw sangat prihatin.
Asrama jadian alat serba kekurangan.
Akulah bapa, akulah ibu.
Akulah kawan, akulah guru.
Mijor Paiman sama-sama membantu.
Abd.Rahman Hj.Daud abang angkat yang pandai memasak.
Khadijah Jidon kakak angkat yang cergas dan lincah.

Maktab Sultan Abu Bakar ( EC ) ,
Gedung berbagai pengetahuan dan Ilmu.
Di sinilah berakar, di sinilah berpasak.
Di sinilah benihnya kusemai dan kutanam.
Aku tinggalkan ketika berbunga.
Entah berbuah, entah tidak.
Aku semai islami dan kutanampun islami.
Tetapi di tengah-tengah ladang sekulari.
Kini aku mencari inginkan kepastian.
Hidup islami atau hidup sekulari.

Masih kuingat,

Bandar Jay Bee menjadi tumpuan.
Hari minggu mereka berpergian.
mencari bekalan untuk harian.
Pada diriku mereka pohon keizinan.
Keluar asrama sekadar berurusan.

AKU MASIH MENCARI DAN MENCARI

Insya Allah suatu hari akan aku temui.

Sekian...Wallahu aklam.

Kaedah pemakanan seimbang yang saya terima




KAEDAH PEMAKANAN SEIMBANG YANG DITERIMA MELALUI EMEL.

Berikut saya peturunkan tip-tip tersebut untuk dikongsi bersama anda.

Kita tidak boleh makan makanan sebarangan kerana di dalam makanan terdapat berbagai perkara yang boleh menyebabkan penyakit jika kombinasinya tidak sesuai.

Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis,lumpuh,
sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, Pengetahuan ini adalah sangat baik dipanjangkan kepada orang lain.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya
Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan
kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? cobalah?..
Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah
mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan
yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam
makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap
kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah
jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah
membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang
membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter
ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan
mengalir ke ruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu
10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya
Allah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"Kita tidak boleh makan makanan sebarangan kerana di dalam makanan terdapat berbagai perkara yang boleh menyebabkan penyakit jika kombinasinya tidak sesuai.
Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis,lumpuh,
sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, Pengetahuan ini adalah sangat baik dipanjangkan kepada orang lain.

I

Tuesday, November 25, 2008

JOM KITA ULANGKAJI MENGENAI IBADAT AQIQAH DAN QURBAN


Salam semua.
Saya diminta untuk menulis tentang Ibadat Aqiqah dan Qurban. Sebenarnya saya tidak mampu menulis secara ilmiah yang mendalam dalam bidang apa pun kerana pengetahuan yang ada hanya mendatar sahaja. Untuk memaparkan mauduk tersebut melalui sembang-sembang seperti yang telah lalu insya Allah boleh tetapi tidaklah secara mendalam seperti disebutkan tadi.
Orang yang minta saya tulis ini adalah jiran saya sendiri, namanya Bunga, walau pun saya telah beritahu Bunga bahawa beliau boleh dapat maklumat ini dari google, taipkan perkataan "Ibadat Aqiqah dan Qurban" di ruang google dan tekan enter, insya Allah di sana ada banyak sumber yang boleh kita ulangkaji. Saya yakin Bunga pun telah mengetahui rahsia ini, dia pun memang setiap hari mengadap Komputer. Mungkin dia sengaja hendakkan penjelasan berkenaan mauduk ini tertulis di dalam blog Pak Ngah dia, maklumlah Raya Haji pun sudah hampir tiba, insya Allah Pak Ngah akan cuba. Maaf ya Bunga, Pak Ngah sengaja buat lawak.
Apakah yang dituntut kita lakukan terhadap anak yang baru dilahirkan?.
Sebagai seorang Islam kita hendaklah merujuk kepada syariat Islam. terdapat di kalangan kita ketika seperti inilah mereka sebok melakukan apa yang dikehendaki oleh adat tanpa memikirkan amalan mereka itu menyalahi syariat Islam atau sebaliknya. Insya Allah kita yang sentiasa suka mengulangkaji mauduk yang seperti ini tidak akan terlibat dengan amalan yang bertentangan dengan syariat Islam.
Di antara perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan.
(i) Azankan ditelinga sebelah (kanan) perlahan-lahan dan iqamah di telinga (kiri).
(ii) Urinya ditanam di tempat yang sesuai. ( tanam sahaja tiada apa-apa tambahan-jangan lakukan perbuatan yang karut)
(iii) Pada hari ketujuh sunat dilakukan; (a) Dicukur rambutnya, ( cukur sampai bersih bukan buat syarat sahaja). (b) Diberi nama yang baik , (c) Tahniq atau belah mulut ( iaitu memberi rasa sedikit manisan buah kurma yang digaulkan dengan air zam-zam) dan (d) Membuat aqiqah ( Empat perkara ini sunat dibuat pada hari tersebut) - Untuk Aqiqah diberi tempoh sehingga sebelum baligh - Jika kanak-kanak itu telah baligh tetapi aqiqah tidak pernah dilakukan akhirnya menjadi tanggungjawab dirinya sendiri.
Panduan Tahniq:
Tahniq yang dilakukan Oleh Nabi Muhammad.s.a.w. adalah menyuap atau memasukkan manisan (tamar) yang dikunyahNya ke lelangit bayi. Ini dilakukan untuk mendapat berkat kebaikan yang sentiasa ada pada Nabi dan diharapkan anak yang ditahniq itu akan berakhlak baik .
Cara yang baik dilakukan di dalam masyarakat kita sekarang ini ialah dengan memberikan tugas bertahniq ini kepada orang yang berakhlak baik (solih). Buah kurma (tamar) itu dikunyah dahulu oleh orang melakukan tahniq kemudian dimasukkan ke dalam mulut bayi sehingga menyentuh lelangitnya. Buah kurma tadi elok digaulkan dengan sedikit air zam-zam. Diharapkan bayi ini akan mewarisi akhlak orang yang melakukan tahniq. Oleh itu kita perlulah memilih orang yang akan melakukan tahniq seorang yang diyakini berakhlak baik (solih).
Merujuk kepada rambut yang dicukur tadi hendaklah ditimbangkan untuk mengetahui beratnya kemudian disedekahkan emas atau perak seberat timbangan tersebut kepada fakir miskin atau dinilai harganya dengan wang.


IBADAT AQIQAH:
Pengertian Aqiqah:
Erti aqiqah dari segi bahasa Arab ialah rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawa bersama kelahirannya.
Manakala pengertian atau taa'rif dari segi istilah atau hukum syarak ialah " Penyembelihan haiwan yang tertentu untuk manfaat anak, disamping bercukur rambut dan memberi nama anak tersebut".
Hukum Aqiqah: Mengikut pendapat Imam Syafie ibadat aqiqah ini adalah Sunat Muakkad.
Setiap ibadat terutamanya ibadat khas seperti ini perlulah dirujuk kepada al.Quran atau al.Hadis sebagai dalil Naqlinya yang membuktikan bahawa Allah memerintahkan umat manusia mengerjakan ibadat tersebut dan bukan ciptaan manusia. Di bawah ini diperturunkan maksud dalil-dalil tersebut.

(1) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya."
(Riwayat Tirmizi)

(2) Sabda Rasulullah.s.a.w. yang bermaksud;
"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama."
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menthabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah swt sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail a.s.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.
JENIS HAIWAN YANG SAH DIJADIKAN QURBAN DAN AQIQAH.
Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadat aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadat qurban.

Jenis haiwan dan syarat-syaratnya;
(1). Kambing dan biri-biri -(berusia melebihi dua tahun atau telah bersalin gigi)
(2) Kibas - ( berusia satu tahun atau telah bersalin gigi )

(3). Lembu dan Kerbau-( berusia melebihi 2 tahun dan masuk tahun yang ke 3 )

(4). Unta - ( berusia melebihi 5 tahun dan masuk tahun yang ke 6 )

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak(Bahimatul An'aam)-yang mempunyai empat kaki-
dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
Menurut Imam Malik, Asy-Syafi'e, Ahmad dan jumhur ulama' , bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki (Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadat qurban). Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadat aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti yang disebutkan di atas tadi.

Manakala haiwan seperti rusa, kijang dan kancil tidak termasuk dalam perkiraan sebagai Bahimatul An'aam ( bukan jenis ternakan ). Maka tiga jenis haiwan tersebut tidak sah dijadikan sebagai haiwan aqiqah dan juga qurban..

Paling utama(Afdhal) aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah 2 ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, Ini adalah berdasarkan al.Hadis yang diriwayatkan Aisyah yang bermaksud seperti berikut:
"Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor."
Kanak-kanak lelaki ataupun kanak-kanak perempuan sunat diaqiqahkan. Di bawah ini adalah dalil naqli yang berkenaan.
(1) Sabda Rasulullah..s.a.w. yang bemaksud;
" Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing." ( Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

(2) Rasulullah bersabda; " Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing." (Riwayat Ibnu Abi Syaiban).
Pembahagian daging aqiqah adalah seperti berikut:
(1) 1/3 bahagian hendaklah diberikan kepada fakir dan miskin.
(2) 1/3 bahagian hendaklah diberikan kepada kaum kerabat, sahabat handai dan lain-lain.
(3) 1/3 bahagian adalah untuk diri sendiri.
Ini bermakna seekor kambing yang dijadikan aqiqah itu dibahagikan kepada tiga bahagian seperti di atas. Daging aqiqah sunat dimasak dahulu dengan masakan yang agak manis rasanya sebelum disedekahkan. ( Bagi mereka yang kurang berkemampuan dibolehkan aqiqah dengan seekor kambing atau satu bahagian daripada tujuh bahagian untuk anak lelaki tetapi afdalnya dua ekor )
(Tulang-tulang haiwan aqiqah jangan dipatah-patahkan melainkan dipotong atau diceraikan pada sendi-sendinya sahaja apabila disedekahkan).
PERINGATAN:
Haiwan yang hendak dijadikan aqiqah atau qurban hendaklah diteliti semasa membelinya supaya haiwan tersebut menepati syarat-syaratnya termasuk cara pemeliharaannya secara berakhlak. Ketika membuat pembelian hendaklah mematuhi syarat jualbeli supaya pembelian yang dilakukan itu sah termasuk mereka yang membeli sebahagian daripada tujuh bahagian atau lebih, Penganjur qurban atau aqiqah hendaklah menyediakan borang khas untuk memudahkan para peserta aqiqah atau qurban, di mana di dalam borang tersebut dimasukkan lafaz akad jualbeli, niat aqiqah atau qurban atau wakil atau seumpamanya supaya ibadat yang dilakukan itu mengikut syariat Islam dalam semua langkah sejak dari awal sehingga ke akhirnya.
Dirumuskan:
Pada hari ketujuh setelah dilahirkan anak tersebut sunat dicukur rambutnya, diberi nama, Tahniq ( belah mulut) dan aqiqah ( jika mampu ).

IBADAT QURBAN:
Pengertian ibadat Qurban;
Qurban ialah penyembelihan haiwan yang tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah.
Tarikh mula-mula disyariatkannya ialah pada tahun ke 2 hijrah dan pada tahun tersebut juga diperintahkan mendirikan solat Aidil Adha dan mengeluarkan zakat.
Dalil naqli ( ayat al.Quran dan al.Hadis ) mengenai ibadat Qurban;
(1) Dari surah Al.Kauthar ayat ( 2 ) yang bermaksud;
" Sebab itu sembahyanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (qurbanmu)".
Sembahyanglah dimaksudkan solat sunat Aidil Adha - Sembelihlah bermaksud sembelihan qurban.
(2) Dari Abu Zubair dari Jabir bin Abdullah.r.a katanya: " Kami pernah menyembelih qurban bersama Rasulullah.s.a.w. pada tahun Perjanjian Hudaibiyah, untuk qurban seekor unta atau qurban seekor sapi, kami bersekutu tujuh orang".
(3) Dari Ali .r.a. katanya; Aku disuruh Rasulullah.s.a.w. mengurus penyembelihan haiwan qurban, menyedekahkan daging dan kulitnya, dan mengurus segala sesuatu yang berhubung dengan kesempurnaan qurban . Tetapi dilarang beliau mengambilkan upah untuk tukang sembelih dari haiwan qurban itu. Kata Ali, untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri.
____________________________________________________________________
Perbezaan di antara ibadat aqiqah dan ibadat qurban:

Hukum ibadat aqiqah dan qurban adalah sunat muakkad, iaitu ibadat yang sangat dituntut untuk dilaksanakan dan besar pahalanya. Namun ia akan menjadi wajib sekiranya dinazarkan.
Perhatikan Perbezaannya:
Ibadat Qurban sangat dituntut kepada orang yang menunaikan haji dan juga orang yang tidak menunaikan haji. Manakala ibadat Aqiqah pula adalah sangat dituntut kepada orang yang wajib memberi nafkah daripada hartanya kepada seseorang kanak-kanak. Tuntutan ini adalah bermula sebaik sahaja kanak-kanak itu selamat dilahirkan sehinggalah ia mencapai umur baligh. Apabila kanak-kanak tersebut telah mencapai umur baligh sedang ia tidak pernah dilaksanakan Aqiqah untuknya maka tuntutan sunat itu adalah ke atas dirinya sendiri.

Memang terdapat sedikit perbezaan antara dua jenis ibadah ini. Perbezaan yang begitu ketara antara dua ibadah ini ialah dari segi masa pelaksanaannya. Ibadah Qurban hanya boleh atau sah dilakukan pada hari Raya Haji iaitu pada tanggal 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyrik iaitu tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah tiap-tiap tahun. Manakala ibadah Aqiqah pula sah dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Ibadah Qurban dihubungkaitkan dengan ibadah haji manakala ibadah Aqiqah pula dihubungkaitkan dengan kelahiran anak.

____________________________________________________

Jangan sampai terjadi begini, telah disembelih tetapi lambat mati, mungkin terdapat kelemahan semasa menyembelih.
 
____________________________________________________________________
Haiwan yang boleh disembelih untuk ibadat qurban dan syarat-syarat haiwan tersebut, juga cara pengagihan dagingnya. Sila rujuk keterangan di atas kerana amalannya sama sahaja seperti ibadat aqiqah .
Sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan di dalam penjelasan di atas. Kelemahan itu adalah kelemahan saya sendiri dan saya memohon maaf.
Sekian. Wallahu aklam . Wassalam.




Pengucapan yang bersih pada pandanganku.



Dalam mauduk ini penulis ingin mengutarakan pandangan mengenai kebersihan dalam berbahasa, ungkapan atau percakapan, bukan dari segi tata bahasa atau sasteranya. Dari segi yang disebutkan itu penulis tidak layak memberi pandangan kerana penulis sendiri tidak begitu mahir dalam bidang itu. Mungkin apa yang hendak dikemukakan di sini ialah dari segi kaedah penyampaian , sopan dan isi kandungannya adabnya sahaja.

Mauduk blog ini adalah KEHIDUPAN BERSIH maka penulis terpaksalah menjuruskan tulisan ini ke arah membentuk kehidupan bersih kerana itu adalah pilihan penulis dan wawasannya. Jika dikaji dengan halusi dan terperinci penulis sendiri pun tidak bersih seratus peratus, kata orang bersih seadanya sahaja. Memang kalau kita kaji betul-betul akan terjumpalah kekotoran pada diri kita seperti kekotoran yang tersembunyi di dalam kuku, mulut, hidung, telinga dan pada tempat-tempat sulit yang lain. Nasib baik kekotoran yang masih berada di dalam perut tidak diambil kira. Sekiranya dinilai hasilnya akan lebih teruk lagi daripada air yang mengisi perut Sungai Seget yang merentasi Bandaraya Johor Bahru.

Mungkin kerana kekotoran yang tersembunyi yang tidak diuruskan dengan sebaik-baiknya itu boleh menyebabkan solat kita tidak diterima ataupun kita tidak mendapat khusyuk di dalam solat. ( tidak termasuk kekotoran yang berada di bahagian dalaman )

Tidak semua kotoran morosakkan alam sekitar, ada kekotoran yang diperlukan oleh manusia. Contohnya kekotoran yang ada di dalam telinga, kotoran tersebut tidak boleh dibersihkan, kalau dibersihkan akan membawa masalah kepada kita.

____________________________________________________________________

Jangan korek tahi telinga.

Kita tidak digalakkan mengeluarkan tahi telinga sama ada menggunakan putik kapas, pengorek telinga yang diperbuat daripada besi atau sebagainya. Mengorek atau mengeluarkan tahi telinga adalah perbuatan yang tidak diperlukan. kerana tahi telinga perlu ada di dalam telinga untuk bertindak melindungi dan memerangkap serangga halus dan habuk-habuk daripada masuk ke dalam lubang telinga yang mungkin membawa mudarat kepada manusia.

Tahi telinga akan keluar sendiri mengikut fitrahnya yang ditentukan oleh Allah. Maka dengan itu kita hanya perlu bersihkan tahi telinga yang telah keluar daripada lubangnya sahaja. Kalau tahi telinga berkeadaan kering bermakna telinga kurang sihat dan eloklah pergi berjumpa doktor ( Pakar Telinga ) untuk dapatkan nasihat dan rawatan .

Demikianlah bijaksananya Allah SWT.

____________________________________________________________________

Pengucapan yang bersih.

Pengucapan yang bersih yang penulis maksudkan di sini ialah percakapan atau pengucapan yang bersopan dan membawa kebaikan. Orang yang bercakap atau berucap ini terdiri daripada berbagai kedudukan, mungkin seorang ibubapa, anak, guru, ketua pejabat, peniaga dan sebagainya. Dalam sesi ini kita tidak akan melebar atau meluaskan sentuhannya, cuma sekadar sesuai untuk dibawa bersembang yang berfaedah sahaja.

Kalau kita sebagai ibubapa, adakah munasabah mengeluarkan kata-kata maki hamun seperti anak derhaka, degil, jahannam, bodoh dan lain-lain perkataan yang tida baik kepada anak-anak sendiri ketika melahirkan kemarahan terhadap anak-anak yang melakukan sesuatu kesalahan yang mungkin kesalahan tersebut tidak seratus peratus kesalahan di atas kelemahan dirinya dan mungkin juga kesalahan yang mereka lakukan itu ada kaitan dengan kelemahan cara kita mendidik mereka. Pengucapan ibubapa terhadap anak-anak sepatutnya menjadi doa yang baik kepada anak-anak. Pengucapan seperti di atas tadi adalah pengucapan yang jijik dan kotor.

Ibubapa seharusnya sentiasa berdoa kepada anak-anak walaupun dalam keadaan marah seperti mengucapkan "anak bertuah" , "bijak betul awak" dan lain-lain sindiran yang membina dengan suara yang tinggi untuk menunjuk kemarahannya. Ini adalah suatu doa untuk kebaikan anak. Pengucapan ini adalah pengucapan yang bersih dan suci.

Demikian juga jika kita sebagai seorang guru perkataan seperti bodoh, bahlol, bangsat, celaka, barua (barra) dan seumpamanya tidak patut disebut terhadap anak didik mereka, ucapan ini pada zahirnya menunjukkan harapan guru tersebut supaya anak didiknya betul-betul jadi seperti itu. Pengucapan ini adalah jijik dan kotor. Kekotoran tersebut sebenarnya keluar daripada jiwa dan rohaninya yang kotor.

Seorang guru sama juga seperti ibubapa, mereka seharusnya mejadikan ucapan mereka itu sebagai doa untuk anak-anak didik mereka, perkataan "anak bertuah" elok disebutkan kepada anak didik mereka ketika melahirkan kemarahan kepada anak-anak didik mereka tetapi dengan meninggikan suara dan muka yang marah atau menggunakan apa sahaja ucapan yang membawa maksud yang baik. Pengucapan inilah yang saya maksudkan sebagai pengucapan yang bersih.

Selain daripada itu banyak lagi pengucapan yang bersih dan baik seperti insya Allah, alhamdulillah, assalamualaikum, waalaikumussalam, doa , pengucapan yang isi kandungannya benar dan tidak mengandungi pembohongan serta fitnah. Seloka, gurindam, sajak , pantun dan seumpamanya yang menyampaikan perkhabaran baik, lirik lagu yang isi kandungannya baik dan cara menyampaian dan persembahannya berkesopanan Islam. Tegasnya semua pengucapan yang menghasilkan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan masyarakat serta tidak melanggar syariat Islam adalah pengucapaan yang bersih dan suci. Amalan dan kebiasaan ini jika dilakukan berterusan ianya akan terbentuk akhlak yang baik dan mulia.

Untuk melaksanakan pengucapan yang baik ini memang sukar,terutamanya ketika bebanan tugas yang amat banyak dan tugas baru pula sedang menunggu. melainkan mereka yang mempunyai ketahanan diri yang tinggi dan sentiasa beristiqamah dalam melayani emosi sehingga dirinya tenang dan kelihatan tenang. Mereka inilah sebenarnya orang cemerlang dan gemilang.

Wallahu aklam bissowab.

Wassalam.

Monday, November 24, 2008

Anjing dan babi hukumnya najis.

Salam semua

Sekarang ini bila kita baca surat khabar atau melayari internet kerap sangat terjumpa berita mengenai babi,. Dulu untuk melembutkan sedikit rasa aura kita terhadap babi agaknya dan juga melunakkan pendengaran berkaitan dengan babi ini kita menyebutnya di dalam bahasa Arab dengan sebutan khinzir dan tidak lagi menyebutnya dengan sebutan babi. Tetapi hotdog tidak pula ditukarkan namanya kepada nama yang lain sampai sekarang, Barang kali dalam sistem tukar nama ini tidak menggunakan apa-apa panduan tertentu, cuma mangikut keperluan semasa sahaja.

Bercerita mengenai babi dan anjing ini orang kita memang pandai mendidik anak-anak dan menyampaikan mesej najisnya binatang tersebut sehingga meresap ke jiwa kalbu mereka. Rasa jijik terhadap babi dan juga anjing berada pada paras yang amat tinggi berbanding dengan najis yang lain, sehingga tiada siapa di kalangan orang Melayu yang mengabaikannya. walaupun sekarang ibubapa generasi ini telah mula membenarkan anak-anak mereka memeluk anak potong binatang tersebut.

Begitu juga masyarakat kita berjaya mendidik anak-anak dalam bidang melaksanakan kewajipan berpuasa sehingga peratusan orang Islam yang berpuasa sangat tinggi dan dengan itu wujud pula kemeriahan yang mengkagumkan pada bulan Ramadan.Kalau terjumpa kanak-kanak yang berusia tiga empat tahun pun mereka akan bertanya sama ada berpuasa atau tidak, begitulah prihatinnya orang kita terhadap ibadat berpuasa. Walaupun masih terdapat tangkapan oleh pihak yang berwajib terhadap orang Islam yang makan pada waktu siang dalam bulan Ramadan.

Saya tidak pasti sama ada cetusan rasa itu datang dari suruhan Islam atau adat orang kita. Saya rasa keliru kerana apabila tiba sahaja Hari Raya semuanya telah menjadi terbalik kong. Sebahagian masyarakat kita tidak menyambut Hari Raya seperti yang dikehendaki, sebaliknya mereka berpesta di musim raya. Begitu juga mengenai kewajipan solat yang diibaratkan sebagai tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bermakna dia mendirikan agama dan sebaliknya sesiapa yang tidak menunaikan solat bermakna dia meruntuhkan agama. Tetapi dalam hal ini pula kelihatan tidak bersungguh-bersungguh untuk menjinak-jinakkan kanak-kanak dengan ibadat solat ini.

Saya menulis mauduk ini kerana hendak meluahkan apa yang ada di dalam minda untuk dikongsi bersama. Mungkin anda mempunyai pandangan yang berbeza dengan pandangan saya.

Dalam ajaran Islam anjing dan babi itu hukumnya najis atau lebih tepat lagi hukumnya adalah najis berat, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Tetapi pada pemerhatian saya masyarakat kita mendidik melebihi daripada itu, kalau ditakdirkan kanak-kanak menyiksa anjing atau babi, orang dewasa melihat dan ketawa sahaja kerana yang disiksa itu adalah babi atau anjing. seolah-olah tiada apa-apa dosa dan tidak perlu diberi pertolongan atau tidak perlu dilarang perbuatan kanak-kanak tersebut.

Jika disorat kembali kisah seorang perempuan yang memberi minum anjing yang amat dahaga yang dikhabarkan oleh Nabi bahawa perempuan tersebut akan dimasukkan ke dalam syorga kerana rahmahnya kepada haiwan, ini bermakna sikap terhadap perbuatan menyiksa anjing atau babi di atas tadi telah tersasar dari sikap yang sepatutnya diambil.

Emosi kita terhadap najis berat (anjing dan babi) ini rasanya agak terlebih dan terlajak, walaupun najis tersebut najis berat ( mughallazah) tetapi ianya dapat diselesaikan dengan basuh atau disamak sahaja, jika terkena pada badan, pakaian atau pada tempat kegunaan kita, iaitu dengan membasuhnya denga air mutlak , dibasuh sebanyak tujuh kali dan sekali daripadanya dibasuh dengan air yang bercampur dengan tanah yang suci, dibasuh sehingga hilang bau, rasa dan warnanya, setelah berbuat demikian maka kembalilah keadaannya menjadi bersih dan suci, air yang bercampur tanah itu berperanan seperti sabun tetapi ianya tidak boleh diganti dengan sabun yang biasa kita guna.

Pada pendapat penulis najis berat ini adalah suatu perkara yang senang untuk diselesaikan berbanding dengan masalah syirik atau murtad. Kita dapati ramai yang mengambil bahagian dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan babi tetapi tidak pula kedengaran rasa kebimbangan terhadap amalan adat yang telah diamalkan sejak sebelum merdeka lagi, miskipun terdapat di antara adat tersebut boleh membawa kepada syirik. Perbuatan syirik lebih jijik daripada najis berat, amalan ini lebih sukar untuk kita menghapuskannya. Kita patut membuat kaji selidik untuk mengetahui sejauh mana amalan ini masih diamalkan oleh masyarakat kita, selepas itu hendaklah disusuli dengan tindakan untuk menghapuskan amalan tersebut secara besar-besaran , sama ada dalam bentuk kempen atau seumpamanya supaya masyarakat kita terselamat daripada menjadi syirik khafi, syirik jali atau murtad.

Anjing dan babi tetap menjadi subjek yang sensitif sekiranya rakyat Malaysia yang majmuk ini tidak diberi kefahaman secara menyeluruh termasuk yang bukan Islam. kerana diri keduanya itu termasuk di dalam golongan najis berat. Orang bukan Islam perlu mengetahui kesensitifan orang Islam, khasnya orang Melayu dalam perkara ini. Menguruskan ternakan babi secara sopan hendaklah diambil berat oleh semua pihak supaya tidak mengganggui pihak yang lain. Demikian juga pemeliharan anjing di tempat kediaman khasnya di kawasan-kawasan rumah teres atau rumah berkembar.

Sama ada suka atau tidak suka, makhluk anjing dan babi ini adalah kejadian Allah. Banyak perkara di dunia ini yang kita benci tetapi kita terpaksa menghadapinya. Setiap hari kita terpaksa menguruskan najis yang keluar daripada perut kita sendiri, kalau mengikut kehendak manusia tentulah mereka tidak mahu perkara ini berlaku. Dunia berjalan bukan mengikut kehendak manusia, sebaliknya ianya berjalan mengikut kehendak Allah. Apa yang manusia perlu bertindak ialah mengikut syariat yang telah ditetapkanNya dan panduannya telahpun diberikan kepada manusia.

Kita telah lama berbincang mengenai babi ini dalam beberapa aspek yang berbeza, mungkin bukan kerana Allah, bukan kerana bangsa dan bukan kerana negara tetapi mungkin kerana kepentingan tertentu. Untuk memurnikan keadaan marilah kita sama-sama merujuk kepada Allah dan RasulNya. Dengan mematuhi firmanNya serta mengaplikasikan nasihat Rasulullah.s.a.w.

Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

Sunday, November 23, 2008

YOGA HARAM DIAMALKAN




YOGA AMALAN JASMANI DAN ROHANI.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengenai amalan yoga. Majlis tersebut mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam. Demikian dilaporkan oleh kebanyakan akhbar dan juga disiarkan melalui internet tempatan beberapa hari yang lalu.

Umat Islam sepatutnya sentiasa berkeadaan siapsiaga dalam semua aspek untuk menyelamatkan diri daripada terlibat di dalam aktiviti yang boleh mencemar atau menjejaskan aqidah seperti yang telah diutarakan di dalam blog Kehidupan Bersih sebelum ini. Ilmu aqidah adalah wajib dipelajari oleh setiap muslim dan muslimah, tidak memadai hanya bertanya orang lain setiap kali ada masalah, orang yang menyedari dirinya bermasalah sebenarnya orang itu telah pun berilmu, cuma belum sampai tahap yakin diri. Tetapi, bagaimana orang yang tidak menyedari dirinya bermasalah terutamanya mengenai perkara yang menjejaskan aqidah. Maka sebab itulah mempelajari ilmu aqidah adalah wajib ke atas setiap orang Islam.

Dirumuskan dari Majlis Fatwa seperti berikut;
"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal(jasmani) iaitu senaman, peringkat kedua adalah spiritual (rohani) iaitu mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga juga adalah (rohani) iaitu penyatuan diri dengan Tuhan". Ini adalah amalan dan kepercayaan mereka.

Jika kita perhatikan dengan betul dan teliti keterangan di atas, kita akan dapati amalan yoga bukan sahaja aktiviti senaman tetapi terdapat juga unsur penyembahan kepada Tuhan iaitu mentera, pemujaan dan penyatuan diri dengan Tuhan mengikut fahaman mereka. Di mana aktiviti seperti ini umat Islam dilarang melakukannya.

Syahadah umat Islam ialah " Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah", sekiranya umat Islam mungkir janji dan melanggar ikrar, aqidah mereka akan terjejas.

Dalam hal seperti ini saya mengambil sikap, " Bagi Kamu agama kamu, bagi aku agama aku". Mereka yang bukan Islam terpulanglah kepada mereka untuk meneruskan amalan tersebut tetapi bagi kita umat Islam mengambil sikap tidak melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini adalah lebih selamat dan terpelihara, walaupun mengamalkan aspek fizikal sahaja kerana amalan fizikal mungkin diamalkan secara bersepadu dengan amalan rohani.

Pergerakan fizikal juga boleh membawa kepada terjejasnya aqidah seperti pergerakan menyembah Tuhan sama ada mengangkat tangan atau lain. Bukan yoga sahaja yang terlibat dengan perkara-perkara seperti ini, Pernah berlaku silat yang menjadi amalan orang Melayu pun diharamkan kerana tersirat di dalamnya hal-hal yang seperti ini.

Perkara yang paling penting ialah anak negeri hendaklah dibimbing dengan ilmu aqidah sehingga mereka dapat menguasai fikrah Islam dan mampu menilai sendiri jika berlaku perkara-perkara seperti ini. Sekiranya sesuatu itu berkeadaan haram atau syirik ianya tetap hukumnya begitu walaupun fatwa tidak dikeluarkan, fatwa hanya membantu mereka yang kurang pengetahuan sahaja. Adakah aktiviti yang telah diresapi perkara-perkara khurafat masih boleh diamalkan kerana ianya tiada fatwa mengenainya, Situasi beginilah individu di dalam masyarakat terpaksa menggunakan pertimbangan sendiri, pertimbangan sendiri hanya boleh dibuat , sekiranya mereka mempunyai asas pengetahuan Islam dalam bidang aqidah dan muamalat.


Untuk memelihara iman dan aqidah, umat Islam hendaklah mengambil sikap patuh sepenuhnya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

SEBUTKAN HARGANYA DAHULU SEBELUM MAKAN (di warung)




Peniaga dan pelanggan perlu sama-sama melihat kadar makanan terlebih dahulu dan sebutkan harganya sebelum pelanggan makan. Jika jualan secara layan diri.

________________________________________

Orang Islam yang terlibat dalam sebarang sektor pekerjaan sememangnya mereka perlu memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut, disamping itu mereka juga tidak boleh mengelakkan diri daripada mengetahui asas hukum Islam berkaitan pekerjaan yang diceburi, Islam sebagai ad.Din mencakup keseluruhan cara hidup manusia, Kita tidak dapat mengecualikan diri daripada hukum asas yang termaktub di dalam ajaran Islam. Hukum halal, haram, sunat, wajib, makruh, harus ( mubah) adalah piawaian hidup kita. Aktiviti harian kita akan menyentuh salah satu hukum tersebut pada setiap saat.

Pengalaman saya semasa makan di warung-warung atau di kedai-kedai makan terdapat cara pelaksanaan jual belinya tidak menepati kehendak Islam.(bukan semua). Kebanyakan warung sekarang melaksanakan sistem layan diri, sistem ini amat baik dan menguntungkan, ianya secara tidak langsung melatih pengguna kita bergerak secara proaktif dan bersikap terbuka dan positif.

Apa yang saya hendak sentuh dan memberi pandangan di bidang ini ialah cara peniaga ( sesetengah peniaga) meletakkan harga agak bertentangan dengan wawasan Kehidupan Bersih kerana di sana terdapat ketidakpuasan hati di pihak pengguna atau pembeli.

Situasinya adalah seperti berikut: Setelah selesai makan pelanggan pun bangun ke kaunter untuk membuat pembayaran, ketika ini barulah peniaga bertanya apakah makanan yang dimakan oleh pelanggan atau pengguna, maka pelanggan pun memaklumkan apa yang dia telah makan dan kadar makanan tersebut dimaklumkan secara umum dan rambang sahaja, kemudian peniaga pun menetapkan harganya, tepatkah harga tersebut dan berpuashatikah pelanggan tadi, kekadang pelanggan tidak berpuashati dan diam begitu sahaja kerana makanan semuanya telah berada di dalam perut dan tidak boleh ditunjukkan lagi. Cara ini tidak bersih dan tidak suci walaupun pada asasnya makanan itu halal tetapi cara tidak betul maka kehalalannya belum sampai ke destinasi penyudahnya lagi,

Contohnya: ayam itu halal di makan tetapi kalau tidak disembelih dengan betul, hukumnya haram dimakan. kelihatan sama sahaja di antara ayam halal dengan yang tidak halal, yang dapat membezakan hukum tersebut adalah ilmu dan pengetahuan yang kita miliki tanpa pengetahuan kedua-duanya kelihatan serupa dan sama sahaja.

Dalam hal ini, apakah yang patut dilakukan oleh peniaga ?.

Sepatutnya peniaga hendaklah melihat dengan tepat barangan atau makanan yang diambil oleh pelanggan dan menilainya dan menentukan harga berdasarkan harga setiap barangan yang telah ditetapkan oleh pihaknya, kemudian membuat pembayaran atau memberikan sebutharga itu kepada pelanggan sebelum pembayaran dibuat. Cara ini barulah kedua-dua pihak berpuashati kerana salah satu syarat jual beli ialah pembeli dan penjual hendaklah melihat barangan yang hendak dijualbeli tersebut. Kalau sebutharga diberikan kepada pelanggan sekurang-kurangnya angkat jual beli yang diperlukan di antara pembeli dan penjual tertunai melalui sekeping kertas kecil tadi.

Apakah pelanggan perlu lakukan, jika peniaga tidak menilai harga sebelum mereka makan.

Pelanggan hendaklah menunjukkan makanan yang diambilnya kepada peniaga dan tanyakan terlebih dahulu harga makanan tersebut sebelum mereka makan seperti disebut tadi supaya harga yang ditentukan oleh peniaga dapat dinilai dengan tepat dan tidak was-was apabila pembayaran dibuat nanti.

Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

Friday, November 21, 2008

MENCARI JODOH.



___________________________________________



Mengapakah ibubapa tidak mencari jodoh untuk anak perempuan mereka, Sedangkan mereka mencari jodoh untuk anak lelaki ??.


Saya tertarik dengan tajuk ini kerana tajuk ini merupakan tajuk yang dilihat sebagai masalah individu dan keluarga masing-masing yang seolah-olah tidak wajar diganggui atau campu
rtangan orang lain. Kalau kita fikir secara proaktif terhadap masalah ini, didapati amalan atau tradisinya tidak akur dengan ajaran Islam. Adat lebih menguasai masyarakat Melayu dalam amalan mencari jodoh atau nikah kahwin ini. Kekadang amalan tersebut tidak rasional dalam menangani masalah masyarakat.

Walaupun masyarakat kita naik turun masjid dan surau atau bertandang ke pusat pengajian tinggi mempelajari ajaran Islam, namun begitu masih banyak perkara yang didengari dan dipelajari ditinggalkan di dalam minda sebagai teori sahaja dan tidak dibuat aplikasi di dalam kehidupan mereka. Setelah langkah keluar masjid, surau dan Pusat Pengajian Tinggi dan balik ke kampung masih sukar menghapuskan sesetengah adat yang telah turun temurun diamalkan, walaupun adat tersebut merugikan mereka sama ada di dunia dan di akhirat.

Kalau kita merujuk kepada hukum Islam dalam hal nikah kahwin ini, ibubapa berkewajipan mengahwinkan anak perempuan mereka iaitu melaksanakan ijab kabul( akad nikah ).
Kewajipan terhadap anak lelaki memadai memberi sokongan dan keizinan bagi melicinkan urusan sahaja , tidak perlu mewalikan pernikahan dan tidak terlibat dalam ijab kabul. Ini
adalah suatu gambaran bahawa kewajipan ibubapa terhadap anak perempuan melebihi kewajipan mereka terhadap anak lelaki. Tetapi pelaksaannya menjadi sebaliknya pula, di sini kita tidak menyentuh tentang besar kecilnya majlis khenduri yang diadakan.

Muda mudi kini kebanyakannya mencari jodoh sendiri tidak perlu penglibatan ibubapa pada peringkat awalnya tetapi tugas mengawasi mereka masih wajib. Apabila mereka setuju sesama mereka barulah ibubapa campurtangan dan ambil alih urusan meneruskan rancangan mereka.

Gambar hiasan

Tidak semua muda mudi mencari jodoh sendiri. Bagaimana dengan mereka ini khususnya anak perempuan, Kalau anak lelaki yang tidak mencari jodoh untuk dirinya pada ketika usianya telah pun menasabah untuk berbuat demikian, Kita masih boleh beranggapan bahawa mereka itu belum lagi ingin berumahtangga.Keadaan ini tidak merisaukan sangat kepada ibubapa.

Tetapi, kalau anak perempuan yang belum lagi berpasangan atau berkenalan atau belum merancang perkahwinan dengan sesiapa atas sebab belum berjumpa pasangannya, pada hal usia mereka telah hampir melewati masanya. Situasi ini ibubapa berkewajipan mencarikan jodoh untuk anak perempuan mereka tanpa diselubungi rasa malu dan segan kerana ini adalah kewajipan. Keadaan ini tidak sesuai bersikap seperti menunggu buah yang belum tentu akan gugur.

Kalau telah lama menunggu tetapi buah tidak juga gugur , bermakna kita yang terpaksa memanjat ke atas untuk memetiknya. Ibubapa sepatutnya dari awal lagi berpakat dengan anak perempuan sama-sama mencari jodoh untuknya apabila mereka telah sampai zon tersebut, Usaha ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada tercicir pasangan. Inilah minda Islam atau fikrah Islam. Walau dalam apa keadaan pun kita harus ingat bahawa Islam tidak mengharuskan cara, cara dan matlamat hendaklah betul mengikut ajaran Islam.

Kalau adat kita melarangnya, kita jangan hiraukan larangan tersebut kerana ajaran Islam adalah hukum tertinggi yang kita wajib patuhi. Saiyidanita Khadijah bt Khuwalid adalah contoh terulung dalam hal ini apabila beliau mempelawa diri terlebih dahulu untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad.s.a.w.. Adakah adat kita hendak mengutuk perkara ini.Pada saya kita kenalah membuat anjakan pradigma ke arah yang lebih mematuhi ajaran Islam dan tinggalkan adat yang merugikan dan berfikirlah secara proaktif dan islamik.

Sejauh mana kita melunaskan kewajipan kita terhadap anak dan ibubapa , akhirnya akan menjadi bahan timbangan di akhirat nanti.Pada saya tidak salah sama ada lelaki meminang perempuan atau perempuan meminang lelaki. Perkara yang salah ialah membiarkan mereka kerugian dan menggagalkan pembinaan rumahtangga, di mana perkara ini sangat diambil berat oleh ajaran Islam.Panduan telah disediakan di dalam hukum munakahat tetapi kadang-kadang kita masih mengutamakan adat.

_______________________

"Dan jika kamu takut tidak akan
dapat berlaku adil terhadap (hak-hak)
perempuan yatim (bilamana kamu
mengawininya), maka kawinilah
wanita-wanita (lain) yang kamu senangi:
dua, tiga atau empat. Kemudian
jika kamu takut tidak akan dapat
berlaku adil, maka (kawinilah)
seorang saja, atau budak-budak
yang kamu miliki. Yang demikian itu
adalah lebih dekat kepada
tidak berbuat aniaya".
Surah An.Nisak (3)

____________________

Mungkin anda mempunyai pandangan berbeza daripada apa yang dikemukan di sini, sama ada sama atau berbeza anda dialu-alukan untuk memberi ulasan dan pandangan.

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ).

____________________

Ulasan anda dihargai.

Blogger + mika + said...

hurm...sebab zaman la ni anak2 pompuan cari jodoh sendiri kot? anak laki pown sama jugak rasanya...semua nak pilihan sendiri...tapi semua tuh hanya berdasarkan cinta sesama manusia...

bila kita tanya, "pasai apa cheq kawen dengan dia?"

depa akan jawab, "sebab cheq cinta dia, cheq sayang dia..."

cuba fikir balik berapa ramai yang jawab "cheq kawen dengan dia tak lain dan tak bukan hanya semata2 kerana Allah, dia lebih mendekatkan diri cheq kepada Allah..."

sebab tuh kot bayak rumahtangga generasi la ni tak kekal sampai ada yang bercerai-berai...sebab semua kawen kerana nafsu or kehendak hati...

orang dulu2 yang kawen ikut pilihan orang tua alhamdulillah bayak yang kekal sampai ke hujug nyawa...so sapa yang kita nak persalahkan dalam soal neh yer?

November 22, 2008 9:40 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Itulah agaknya,buat apa pun sepatutnya kenalah kerana Allah. Kalau kerana cinta pun tak pa tapi jangan lupa Allah.
Sebenarnya sebelum cinta, tidak cinta, kemudian baru cinta. kalau kahwin dengan pasangan ibubapa cari bagi pun serupalah juga, mula-mula tak cinta kemudian cintalah juga.

Terima kasih +Mika+.
Wassalam

November 22, 2008 1:55 PM

Delete
Anonymous Abd razak Awang...

Assalamualaikum,saya telah melayari blog anda,terima kasih kerana anda telah mencetuskan persoalan yang perlu diambil berat dan difikirkan oleh para teruna dara dan ibubapa dalam membina rumah tangga yang rahmah dan mawaddah dunia dan akhirat.

November 23, 2008 11:50 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Waalaikumussalam.
Terima kasih di atas sokongan anda, diharap anda terus memberi komen yang bernas.
Wassalam.

November 24, 2008 12:00 AM

Delete
Anonymous bunga said...

salam,

pak ngah... bile citer psl ni... kite ade sorang kwn pompuan.. dah umo 30 thn ++ tp masih lom kawen.. siap suh kite carikkan calon lagi ... sian sgt.... tp dia ckp dia bkn robot, bile org kenalkan jek dia bole terus suke dgn lelaki tu... hmmm... sian kat dia.. moga dia bertemu jodoh x lama lg...

November 24, 2008 5:26 PM

Blogger Leenoh said...

Salam.
Perkara macam inilah yang Pak Ngah tumpang risau, sebab itu bagi Pak Ngah siapa tawar diri dulu tidak penting, bigitulah juga dalam ajaran Islam tiada hukum yang menyatakan perkara tersebut salah.

Perkara yang paling penting ialah membuat sesuatu hendaklah ikut syariat Islam. Rujuklah pada Islam, jangan rujuk pada adat, biarlah adat itu berlaku secara kebetulan sahaja.

Merayulah pada Allah melalui solat hajat. Ini sebenarnya perkara penting bagi setiap orang, oleh itu kena kerap merayu kepada Allah untu pertemukan jodoh dengan orang yang baik, bersangka baik dengan Allah. insya Allah akan berhasil.

Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

November 24, 2008 5:57 PM

Delete
Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam Saudara Leenoh,

Sangat tertarik dengan topik ini. Kerana saya juga termasuk dalam golongan ini. Tak pernah saya merasa kurang atau rendah diri, kerana masih belum berpunya walau sudah melewati 30-an. Insyaallah, solat hajat dan doa setiap solat selalu diamalkan. Mungkin belum ada jawapan. Tapi saya masih sabar menanti.. :)

January 22, 2009 9:27 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Sdr.Hani.

Hani miliki sikap yang betul terhadap perkara ini dan mengambil langkah yang betul dan tepat.

Berusahalah berterusan, sujudlah kepada Allah dan memohon dan merayu kepadaNya lagi. Jangan jemu.

Insya Allah doa dan harapan Hani akan dimakbulkan.amin.

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui )

Wassalam.

January 23, 2009 1:37 AM

Delete
Anonymous Anonymous said...

Kulihat gambar ni dimana ya..

February 11, 2009 10:32 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Di Alor Setar kan.

February 11, 2009 10:40 PM

Delete
Anonymous limaumaniss said...

hmm...tepat pada masanya...tp btol gak artikel ni...rasa macam terkena pada keluarga sendiri pulak....apa pun kita harapkan yg terbaik dariNYA

p/s: dalam proses ke arah kebaikan ini....;-)

February 16, 2009 11:23 PM

Wednesday, November 19, 2008

Kedah mengikut pandanganku



___________________________________________


"ADAKAH ORANG KEDAH MALAS HENDAK BERCAKAP"

Dalam hal ini saya ingin memberi pendapat dan pandangan berdasarkan apa yang ada di dalam kotak kepada saya sendiri. Ini bukan satu kajian atau apa-apa kaji selidik, hanya pandangan saya semata-mata berdasarkan pengalaman.Kalau tidak percaya pun tidak menjadi masalah, lagi pun ini bukan ayat al.Quran atau al.Hadis, Tulisan ini hanya layak menjadi bahan sembang-sembang sahaj
a.

Beberapa hari lepas kita membaca tajuk " Untungnya Johor, bila Johor bercakap semua orang faham", tetapi kali ini mungkin Johor rugi sebab bila Kedah bercakap Johor tidak faham,

Orang Melayu Malaysia bercakap menggunakan berbagai loghat (slang),Seperti loghat Kedah, Kelantan, Perak, Terangganu, Perlis dan Pulau Pinang.

Negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis Secara umumnya mereka ini diletakkan di dalam satu kumpulan iaitu kumpulan yang bertutur dalam Bahasa Melayu Utara atau loghat Utara..Kedah adalah salah satu negeri yang bercakap dalam loghat tersebut.

Sebenarnya di dalam negeri Kedah itu sendiri secara halusinya masih terdapat perbezaan sebutan atau beberapa loghat lagi di antara daerah dengan daerah,Contohnya Daerah Baling, Sik, Kota Star, Padang Terap,mereka ini bercakap dalam loghat yang berbeza.

Pada pemerhatian saya yang paling istimewa ialah terdapat juga orang Melayu yang bahasa pertuturan harian mereka adalah bahasa Siam (Thai) walaupun bahasa yang digunakan telah bercampuraduk sebahagiannya dengan bahasa Melayu tetapi masih lancar digunakan dan tidak difahami oleh orang lain yang bukan masyarakat mereka. Mereka ini biasanya bercakap Melayu tidak fasih dalam aspek sebutannya.Namun demikian tidak menjadi masalah dari segi membaca al.Quran.
Di antara tempat atau kampung yang masyarakatnya menggunakan bahasa atau loghat tersebut ialah Tualang,Tobiar,Tajar,Kubur Panjang,Naka,Kok Pelu, Tok Kesop,Hosba, Tokai, Titi Akar, Pokok Asam, Kuala Lanjut, Nawa,Titi Kera, Keriang Menora, Lubuk Keriang, Banggul Senu, Kubang Pisang, Alor Binjal, Alor Belat dan banyak lagi. Tegasnya mereka yang bertutur dalam loghat ini mendiami di sepanjang bahagian timor negeri Kedah. Mereka ini dipercayai orang yang rapat dengan pemerintah pada suatu masa dahulu, sebab itu penempatan mereka diberi di tempat-tempat yang strategik atau berhampiran dengan jalanraya.Terutamanya bagi mereka yang tinggal di bahagian utara Kedah.

Jika diperhatikan bahasa Melayu yang ditutur di Kedah adalah perkataannya pendek atau ringkas.Sifatnya yang ringkas itu maka mesej yang hendak disampaikan dapat dilunaskan dengan cepat.Bagi saya ini adalah sua
tu kebaikan.

Agaknya apakah yang mempengaruhi orang Kedah bercakap begitu rupa.Saya rasa ini adalah pengaruh bahasa siam atau cina ataupun bahasa rumpun tersebut.Kebanyakan bahasa atau perkataan yang digunakan mereka adalah satu suku kata, akan diberi contohnya di bawah nanti.
Mereka ini mungkin mahu cepat bukan malas seperti disebutkan di atas tadi. Sama juga dengan orang Melayu di tempat lain kadang-kadang mereka mahu cepat dengan meringkaskan sebutan tertentu, terutamanya nama ora
ng, jarang disebut penuh walaupun diberi nama begitu indah tetapi mereka selain daripada orang utara tidak lumrah dengan memendekkan perkataan seperti orang di utara.

Beberapa contoh yang dimaksudkan tadi:
Melayu baku /Melayu Kedah/ Siam.

pergi /pi / pai

sukan /sukan /sokan

mari / mai /ma

sekejab /sat /diu

pergi ke mana / pi mana /pai nai

engkau /hang / khun (meng)

empat / pat /se

di mana /tang mana / tong nai

ubat hitam / ja dam / ja dam

hutan merah / kodiang / kok deng



Selain daripada kependekan dan pengaruh asing terdapat juga lain-lain unsur yang menyerab ke dalam lidah orang kedah,Walaupun huruf (R) digantikan dengan (K/Q) tetapi mereka masih fasih menyebut huruf Arab, mereka tiada masalah menyebut huruf seperti ain, ghain, syin, qaf, kaf dan lain-lain. Adakah mereka juga terpengaruh dengan bahasa Arab, sukar hendak dinafikannya kerana mereka keseluruhannya adalah Islam dan terdapat banyak pondok-pondok di Kedah dan juga madrasah-madrasah yang menjadi tempat menyebar ajaran Islam, sehingga sekarang pusat pengajian tersebut masih wujud tetapi telah dimodenkan.

Seperti saya katakan tadi, apa yang dipaparkan ini hanya susuai untuk dijadikan sembang-sembang di bawah pokok ketapang sahaja.Kalau terdapat di kalangan anda yang berminat hendak bersembang dalam hal ini, silalah buat komen atau ulasan tambahan supaya sembang kita ini menjadi lebih murni lagi.

Kadang-kadang saya rasa musykil dengan keadaan ini, musykil tentang diri sendiri kerana saya juga termasuk di dalam golongan tersebut, suatu ketika dahulu bercakap Siam dan bercakap Melayu sama sahaja kerana penggunaannya sama banyak, kalau sehari kita bercakap tiga ribu perkataan, bermakna seribu lima ratus perkataan adalah bertutur dalam bahasa Siam. Jadi kekadang saya terasa bahawa saya adalah Siam Islam, apabila bercakap Melayu terasa pula rupanya saya Melayu Islam, begitulah bermain-main di kepala. Ini tidak menggugat jiwa saya kerana Islam itu teras, bangsa apa pun tidak menjadi masalah bagi saya.

Apa pun yang kita buat, apa pun yang kita fikir kalau tidak kembali kepada takdir Allah tentulah derhaka namanya.Ini sebenarnya adalah Kebijaksanaan Allah, jika direnungkan tergambarlah KeagunganNya.

______________________________________________________________

Paparan di bawah ini dipetik dari blog : Sejarahnagarakedah.blogspot.com. petikan sebahagian iaitu sejarah yang berkaitan dengan kampung Tualang, kedah. di mana sejarah tersebut melibatkan juga kampung saya iaitu Kampung Alor China, Mk, Tualang. Jika diteliti di sini disebut mengenai Sultan Tunku Mohammad Chan Mad Sirat @ Keramat Tok Tekai.

_____________________________________________________

SENARAI KESAN PEMBUNUHAN DAN KEMUSNAHAN HARTA WARISAN BENUA ISLAM SIAM KEDAH PADA TAHUN 1876 MASIHI.

1. Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah iaitu Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah mati dibunuh di Gurun Kedah. Al-marhum dimakamkan di Makam Diraja Siam, Kampung Tualang, Mukim Tualang Kedah Darul Aman.

2. Paduka Perdana Menteri Benua Islam Siam Kedah iaitu Sultan Tunku Mohammad Chan Mad Sirat @ Keramat Tok Tekai juga dibunuh di Permatang Harimau, Mukim Lesung Kedah. Al-marhum dimakamkan di puncak bukit di Kampung Permatang Harimau. Isteri almarhum ialah puteri raja cina Manchu (dua beradik dengan permaisuri Syed Alang Alauddin). Tentera Cina Manchu serta isteri al-marhum juga dimakamkan di puncak bukit tersebut. Makam mereka berdua dan keturunan mereka masih ada hingga kini. Padang Mat Sirat di Pulau Langkawi adalah merujuk kepada nama baginda


Insya Allah akan berjumpa lagi

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ).

Wassalam.

Tuesday, November 18, 2008

JANGAN MENJADI PENYEBAR BERITA PALSU



"Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

( al-Quran, a
l-Hujurat ( 49 ):6 ).

Berita Benar,

Berita boleh berubah disebabkan beberapa faktor:

1. Kelemahan ingatan boleh membawa kepada tercicir sebahagian atau berlaku penambahan apabila menceritakan berita itu kepada orang lain, walaupun pembawa berita itu seorang yang jujur.

2. Apabila sesuatu berita diterima dan dibawa oleh orang yang sememangnya tidak jujur.

3. Berita yang benar dibawa oleh orang yang bertanggungjawab tetapi tanpa disedari disampaikan kepada orang yang tidak jujur, kemudian disebarkan kepada orang lain dengan sengaja menambah atau mengurangkan cerita.

4. Berita fitnah, berita yang sememangnya direka untuk sesuatu tujuan kepentingan diri atau puak tertentu. ( Pada suatu ketika dahulu cerita mengenai hantu kom-kom, hantu stokin dan hantu susu telah merebak seluruh negara apabila cerita tersebut dimuatkan di dada akhbar ).

Oleh itu awasilah apabila mendengar dan menerima sesuatu berita, jika lalai mungkin kita akan menjadi salah seorang agen penyebar berita palsu.

Peringatan: ( Munafik )

Maksud al.Hadis:

Empat perkara, sesiapa yang memilikinya maka jadilah dia orang munafik yang nyata, sesiapa yang memiliki satu daripadanya maka dia memiliki sifat munafik; Apabila bercakap dia berdusta, Apabila diberi amanah dia curang, Apabila berjanji dia mungkir, Apabila dia bergaduh dia melampau.

Sekian.Wallahu Aklam.




Monday, November 17, 2008

Johor negeri kenanganku



Untungnya Johor,
Bila Johor becakap, Kedah faham.
Untungnya Johor,
Bila Johor bercakap, Kelantan faham.
Untungnya Johor,
Bila Johor bercakap, Trengganu faham.
Untungnya Johor,
Bila Johor bercakap, N.Sembilan faham.
Untungnya Johor,
Bila Johor bercakap, semua orang faham.

Kelirunya Johor,
Bila pergi Segamat,masih kena pergi Johor.
Kelirunya Johor,
Bila pergi Kluang, masih kena pergi Johor.
Kelirunya Johor,
Bila pergi Skudai, masih kena pergi Johor.
Johor itulah , Johor Bahru, Johor.
Untungnya Johor,
Bila tua semuanya dipanggil Aji.
Untungnya Johor,
Bila tua didoakan agar dapat haji.
Untungnya Johor,
Balik Mekah sekali lagi mendapat Haji.

Kenangan di Johor,
Tempat kupernah mencari rezeki.
Kampong Pasir Batu Lima.
Tempat aku mula diami.
Di Taman Johor tidaklah lama.

Kg. Mohd.Amin letaknya asrama.
Bukit Siren istana terdekat.
Putera EC penghuni utama.
Pelajar khas prestasi meningkat.


Jaya Salam namanya hebat.
Tasik Banding menjadi kenangan.
Agaknya dia yang terlibat.
Mungkin dia empunya gerangan.

Dia dididik bersama kekawan.
Wan Nik, Miskam, Shaharuddin Sidek.
Ahmad Istat, Zakaria Sarman.
Kini dewasa penuh cerdik.

Ramai lagi dalam kenangan.
Tidak upaya nama disebut.
Jika membaca ini karangan.
Jemput ke rumah sudi disambut.

Tangan menaip hati sebak.
Airmata seperti embun pagi.
Ingat mereka tidak serempak.
Mustafa, Kamaruddin pernah ke mari.

Asrama Kapt.Mohd.amin tempatnya tinggi.
Kawasan dijaga Mijor Paiman.
Meninggalkan kenangan kekal abadi.
Kini kawasan tinggal halaman.

Pantai Lido panggilan dahulu.
Danga Bay namanya baru.
Kalau engkau kenali diriku.
Memang daku lama mencarimu.

Karangan ditulis berangkap-rangkap.
Puisi bukan seloka pun bukan.
Kalau ada salah silap.
Hamba memohon segera dimaafkan.

Wassalam.

___________________________________________________________________

Carian berhasil:

Assalammualaikum.

Guru Leenoh ku yang ku hormati dan disayangi serta keluarga yang dicintai,

Alhamdulillah dipertemukan kita di dalam ruangan ini. Saya memang masih tercari2 di manakah Guruku ini.

Saya adalah anak murid Cikgu yang bernama Shaharuddin Sidek.

Cikgu Leenoh, hasil anak didik Cikgu ramai yang telah berjaya dan mendapat tempat di Jabatan2 Kerajaan dan Swasta.

Saya Alhamdulillah dikurniakan 4 orang anak (3 perempuan dan seorang lelaki) Farah Hani (17), Farah Liyana (13), Farah Nadiah (10) dan Muhammad Farid (8). Isteri saya Zaharimah Abdul Kadir seorang Doktor, Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

kali terakhir saya berkomunikasi dengan Cikgu ialah tahun 80an ketika saya menuntut di London dalam bidang Kejuruteraan Awam.

InsyaAllah banyak lagi kita boleh mengimbas kembali zaman silam kita bersama.

Kepada anak2 Cikgu Leenoh, Abah anda telah banyak menabur jasa dan bakti yg tidak dapat dinilaikan kepada anak2 bangsa di Johor,kebanyakkan malah semua anak didik Abah (Cikgu Leenoh) menjadi orang yang berguna dan berbakti Kepada Ugama Bangsa Dan Negara.

Semoga kita berhubung semula serta mengeratkan lagi tali silaturrahim kita yang terpisah lama sejak 1976 (32 tahun).

Salam hormat dari saya,
Anak murid setia Cik Gu

Ir. Haji Shaharuddin Hj Sidek
Pengurus Besar
Pantai Medivest Sdn Bhd

Wassalam.