Friday, August 31, 2012

Info ringkas sisipan foto dan video untuk bakal haji.

Salam semua.
Dalam artikel ini hanya disertakan foto-foto yang sempat saya ambil ketika mengerjakan haji tempoh hari dan dipaparkan bertujuan memberi pengetahuan kepada sesiapa yang memerlukannya. 


-------------------------------------------------------------------------------------
Beri laluan utk iklan sebentar.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di antara benda yang tidak patut dibiarkan terletak di atas lantai.

Salam semua

Orang dulu-dulu mempercayai banyak tindak tanduk di dalam kehidupan ini terdapat pantang larang. pantang larang yang dimaksudkan ini merujuk kepada kebiasaan dan budaya hidup, terdapat juga campur aduk di antar budaya dan syariat Islam,
 misalnya kalau sapu sampah jangan sekadar saparuh jalan, jangan lambung kain di dalam kampung, anak dara jangan menyanyi di dapur, jangan merayau di luar rumah pada waktu senja dan banyak lagi, pantang larang itu ada yang berfaedah, ada yang karut, ada yang hanya helah semata-mata.
Budaya pantang larang ini perlu wujud supaya  sesuatu yang dihargai itu diletakkan kena pada tempatnya.Sesuatu yang baik dan mulia itu wajar diuruskan dengan berhati-hati supaya semua pihak dapat menerimanya dengan baik terhadap tindakan yang sedang atau telah dilakukan, sebagai contoh.

Semua benda yang dipaparkan di atas tidak wajar dibiarkan berada di atas lantai atau diletakkan di bawah, di mana tempat itu mungkin akan menjejaskan penghormatan terhadapnya, songkok dan topi keledar apabila kita menggunakannya akan diletakkan di atas kepala, kepala adalah sesuatu yang mulia dan dihargai, manakala al.Quran dan bendera tidak perlulah dijelaskan di sini kerana ianya sepatutnya telah difahami oleh masyarakat kita.
Ini, wajar diletak di bawah melainkan kalau belum digunakan atau bahagian atas yang sesuai.

Sekian...Wallahu aklam.


Bila jalan disekat dan ruang terhad minda pun kreatif dan kritis.

Salam semua.
Gambar hiasan
Artikel ini ada kaitannya dengan politik tetapi pos ini bukan membincangkan mengenai hal politik secara khusus, ianya ingin memfokuskan kepada minda dan idea yang kreatif dan kritis. Apabila manusia menghadapi ruang jangkau dan cakupnya terhad, pergerakannya disekat dan dihadkan serta menghadapi banyak larangan yang, sama ada patut atau tidak patut, dalam diam-diam minda mereka berfikir dan terus berfikir serta berusaha untuk mengatasinya, akhirnya dihujung nanti akan terhasil suatu natijah untuk direalisasikan selama tempoh yang dikehendaki.

Beri laluan utk iklan sebentar.

Pada zaman sebelum merdeka masyarakat kita hidup dalam serba kekurangan dan terdesak dalam banyak bidang kehidupan, di antaranya susah mendapatkan punca bakar seperti mancis atau guris api sedangkan keperluan tersebut dikehendaki setiap hari untuk memasak dan lain-lain, maka tekanan tersebut telah menjadikan mereka berfikir mencari jalan keluar daripada kesusahan, akhirnya mereka menggunakan batu untuk mengeluarkan api dan berjaya  mencipta sendiri peralatan tersebut.
Kreatif - Gambar dari google.

Manusia zaman ini tidaklah menghadapi kesusahan demikian tetapi terdapat kesusahan lain pula bagi orang atau kumpulan tertentu, misalnya kesusahan menggunakan media, kesukaran mendapatkan ruang/tempat untuk beraktiviti, kesulitan menyebarkan maklumat dan seumpamanya. Sekiranya kesusahan  atau sekatan itu dianggap ianya berlaku secara tidak patut dan tidak adil, situasi itu mengetuk minda supaya berfikir dan berikhtiar untuk mengatasinya. Orang yang berilmu akan merasakan mereka perlu bertindak sesuatu, oleh itu minda mereka menjadi cerdas dan memproses idea dan pemikiran sehingga terhasillah sesuatu yang akan digunakan bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi.

Salah satu contoh yang dapat dikemukakan di sini ialah  menjelajah dari satu tempat ke suatu tempat untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan bas yang diubahsuai dengan peralatan yang canggih.
maklumat ini dipetik dari  http://www.selangorku.com
"Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim". Agaknya  tindakan ini adalah terhasil daripada minda yang kreatif dan kritis yang didorong oleh kesusahan dan kesukaran menyampaikan maklumat kerana tanpa akhbar dan TV untuk digunakan dan di samping itu terfikir pula bahawa ramai lagi masyarakat di bandar dan ceruk kampung yang belum menerima maklumat dari mereka.Maka inilah di antara cara dan kenderaan yang akan membawa maklumat tersebut sama diterima atau menolaknya terpulanglah kepada hasil penilaian masing-masing.

Sekian...Wallahu aklam.

Thursday, August 30, 2012

Melakukan kejahatan berseorangan kurang jahatnya berbanding melakukannya berdua, melakukannya berdua.....???.


Beri laluan utk iklan sebentar.

 _______________

Salam semua.
Gambar hiasan

Melakukan kejahatan berseorangan kurang jahatnya berbanding melakukannya berdua, melakukannya berdua kurang jahatnya berbanding melakukannya beramai-ramai, melakukannya beramai-ramai adalah yang paling jahat dan buruk.

Jom, kita bincang,
Benarkah bagai diungkapkan, apakah jenis kejahatan yang boleh dilakukan secara berseorangan?, banyak juga di antaranya meninggalkan solat, mencuri, menipu, merompak dan lain-lain, seseorang yang mencuri akan melibat tiga perkara iaitu pencuri itu sendiri, benda yang dicuri dan tuan empunya barangan tersebut, untuk menyelesaikan dosa mencuri itu pencuri perlu meminta ampun daripada Allah. memulangkan semula barang yang dicuri dan memohon maaf. Kalau kejadian itu telah lama berlaku dan langkah tersebut tidak dapat dilakukan, maka orang itu hendaklah bertaubat kepada Allah dan bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkannya.

Bagaimana pula kejahatan meninggalkan solat?. Kejahatan ini merupakan kejahatan di antara manusia dengan Allah, orang tersebut perlu menyesal di atas kelalaiannya yang telah lalu, bertaubat kepada Allah dan kado' solat yang telah ditinggalkan sedaya yang mampu, itu pun kalau-kalau diterima Allah, apa pun kita hendaklah bersangka baik,kejahatan ini kelihatan tidak melibatkan orang lain tetapi, sebenarnya kejahatan ini juga melibatkan orang lain secara tersirat kerana meninggalkan solat itu ibarat meruntuhkan tiang syariat Islam yang dikongsi dengan orang lain di dalam suatu jamaah.

Kejahatan yang dilakukan berseorangan yang  tidak diketahui dan juga tidak  melibatkan orang lain  kuranglah dosanya tetapi Allah tetap melihat dan menilainya, kejahatan itu tidak mempengaruhi orang lain untuk turut serta melakukannya. Dosa ini di antara manusia dengan Allah sahaja, tetapi manusia harus ingat bahawa kebanyakan kejahatan atau dosa biasanya melibatkan orang lain turut tercalit bersama disebabkan mendengarnya atau menyokongnya atau lain-lain sebab yang memungkinkan seseorang itu dipertanggungjawabkan atas sesuatu perbuatan orang di persekitarannya.

Kejahatan yang dilakukan berdua atau beramai-ramai atau melibatkan ramai tentulah dosanya lebih banyak, meluas dan melebar keadaannya.Situasi ini mempengaruhi masyarakat umum, sebagai contoh seseorang Islam yang menjalankan perniagaan arak atau perjudian akan melibatkan sebahagian besar masyarakat umum yang akan turut melakukan kejahatan tersebut, sama ada sebagai pembantu, pekerja atau pengamalnya.

Kejahatan yang serius dan lumrah buat masa kini ialah kejahatan melalui perbuatan rasuah dan fitnah, kejahatan ini ibarat barah di dalam masyarakat, barah adalah suatu penyakit yang sukar diubati, kalau dibiarkan  amalannya berterusan dan merebak serta berkembang, akhirnya masyarakat akan rosak dan negara akan lumpuh.

Artikel ini hanya sebagai menyediakan ruang untuk percambahan minda - anda boleh terus memikirkannya secara yang adil dan rasional.

Sekian...Wallahu aklam.


Wednesday, August 29, 2012

Siapakah yang akan mengubah budaya berhari raya yang telah menyimpang ?








Beri laluan utk iklan sebentar.


Salam semua.
Gambar hiasan

Hari Raya 'Aidil Fitri dan 'Aidil Adha bukanlah hari raya yang merujuk kepada sesuatu bangsa tetapi ianya merujuk kepada syariat Islam.'Aidil Fitri dan 'Aidil Adha bukanlah perayaan sesuatu bangsa. Bangsa  Melayu, India  atau perayaan Cina yang dimeriahkan dengan pembakaran mercun, bunga api, berjoget  dan seumpamanya, perayaan kedua-duanya itu dikaitkan dengan pahala dan dosa, di mana ianya wajib merujuk kepada kitab iaitu al.Quran dan al.Hadis.

Sebulan berpuasa pada bulan Ramadan yang diperkukuhkan lagi ibadat itu dengan bertarawih dan bertadarus al.Quran serta bersedekah, amalan ini dilakukan selepas merujuk kepada al.Quran dan al.Hadis, maka tepatlah ibadat itu dikerjakan seperti yang dikehendaki.

TETAPI,

apabila sampai sahaja 1 Syawal al.Quran dan al.Hadis mulai dipinggirkan, hari raya tidak lagi disambut seperti yang disarankan, puasa sunat Syawal juga diabai atau ditangguhkan buat sementara , tidak perlu dihuraikan di sini cara untuk berhari raya dengan betul dan tepat seperti dikehedaki Islam, sekadar menyatakan bahawa di dalam berseronok menyambut hari raya itu dilarang melakukan perkara-perkara yang sedia dilarang dan dimaklumi.

Isunya di sini perayaan yang disuruh oleh Islam dicampur-adukkan dengan berbagai acara yang lagha sehingga mampu mengubah perayaan yang disuruh itu menjadi acara berpoya-poya. 

Kalau disenaraikan semua acara atau program sambutan hari raya dengan mengasingkan acara yang secocok dengan Islam dan yang dilarangnya, senarai itu akan menunjukkan acara berpoya-poya lebih menguasainya.

Siapakah agaknya yang akan mengubah budaya berhari raya yang telah menyimpang ke arah destinasi yang salah itu? Untuk amalam individu diri sendiri boleh berusaha merealisasikannya, untuk masyarakat memerlukan penggerak yang berketerampilan dan ikhlas di dalam wawasannya.

Sekian...Wallahu aklam.


Friday, August 24, 2012

Elok dijadikan amalan harian bersamanya tip menghafaznya


Salam semua.

Artikel ini suatu artikel  yang ringkas dan ringan tetapi mungkin agak berat bagi sesetengah individu untuk menjadikannya amalan harian melainkan di dalam dirinya mempunyai azam yang kuat dan niat yang ikhlas untuk menghayatinya.

Tip menghafaznya.
Langkah 1 : Bacalah dengan betul dan tepat sebanyak 20 kali dengan melihat setiap tulisan itu tanpa niat menghafaznya ( jangan pedulikan keinginan menghafaz itu buat sementara waktu)
( Peringkat melancarkan bacaan, kalau belum lancar teruskan lagi sehingga lancar )

REHAT

Langkah 2 : Bacalah sebanyak 40 kali dengan melihat tulisan itu setiap kali membaca ( jangan sekali-kali cuba menghafaz lagi atau beralih pandangan ke tempat lain, tangguhkan keinginan itu dahulu kerana perbuatan ingin menghafaz segera  itu mengganggu emosi )
( Peringkat menserasi dan mensepadukan bacaan di dalam lidah dan qalbu )

Langkah 3 : Nah kini anda telah pun membaca sebanyak 60 kali - sekarang sampailah masanya untuk cuba menghafaznya tanpa melihat tulisan tersebut ...Insya Allah anda telah pun menghafaznya.

Kalau ayat yang hendak dihafaz itu dirasakan panjang, maka bolehlah dibaca secara membuat potongan tertentu tetapi potongan itu hendaklah dibuat dengan betul dan sesuai maknanya.

Kini anda telah menghafaznya bermakna anda telah mempunyai senjata kurniaan Allah untuk anda/kita semua mempertahankan  diri, bacalah sebanyak mungkin dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke mana-mana destinasi atau bila-bila masa sahaja doa atau senjata ini hendak digunakan, orang kuat dan gagah perkasa ialah mereka yang sentiasa memohon dan merendah diri kepada Allah.

Untuk orang muda yang ku sayangi dan orang dewasa yang ku hormati dan sudah tentu untuk diriku sendiri jua,

  • Maksudnya.
    "Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".
    _________________________________
  • _________________________________________________________

    Sekian...Wallahu aklam.

Thursday, August 23, 2012

Adakah malaikat yang kita tidak kenali itu jahat?


Salam semua.

Sejahterakanlah haiwan/unggas...(video)

Salam semua.
Omar dgn burung peliharaannya, dipelihara sejak kecil - sebelumnya burung ini sakit , diambil dan dipeliharanya sehingga besar.

Beri laluan utk iklan sebentar.


Burung pun pandai menilai kebaikan 
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi Muhammad.S.A.W. bersabda, yang artinya:
“Seorang wanita masuk Neraka karena seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”
Dalam riwayat Bukhari, “Seorang wanita disiksa karena seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka karenanya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu. Mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.”Rasululloh ShallAllohu ‘alaihi wa Sallam telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di Neraka manakala beliau melihat Syurga dan Neraka pada solat gerhana.





Sekian...Wallahu aklam.

Tuesday, August 21, 2012

Rakaman video sebelum solat sunat 'Aidil Fitri.

Salam semua  
SELAMAT BERPUASA SUNAT SYAWAL.
Rakaman dibuat sebelum solat sunat 'Aidil Fitri iaitu suara takbir yang digemakan oleh ahli jamaah sekalian, takbir untuk aidil fitri tempoh masanya disunatkan hanya mulai malam hari raya sehingga sebelum solat Aidil Fitri sahaja, takbir selepas itu adalah dilarang, berbeza dengan takbir 'Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya iaitu 10 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah

Takbir dimulakan oleh Sheikh Abdulkarim Omar Fatoni al.Makki salah seorang imam masjid ini, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ini mempunyai ramai imam yang diketuai oleh Sheikh Ahmad Mustafa al.Muqri bin Mohd.Sidin, takbir kemudiannya dipimpin secara bergilir-gilir oleh para imam yang lain dan para bilal yang juga ramai bilangan mereka.
__________________________________________


Video ini dirakam pada 'Aidil Fitri  tahun 2010M, Sultan Selangor dan putera baginda bersalaman dengan para jamaah selepas solat sunat 'Aidil Fitri 1431H/2010M.

__________________________________________________

Beri laluan utk iklan sebentar.


_______________________________________________

Alhamdulillah program bagi memakmurkan masjid dengan mengutamakan majlis ilmu sentiasa dilaksanakan oleh pihak pentadbirannya. Sekalung tahniah untuk mereka yang terlibat.

Sekian...Wallahu aklam. 

Monday, August 20, 2012

Kini telah menjadi kenangan - video.

Salam semua.
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba dan  kini telah menjadi kenangan, peristiwa begini telah berlaku berulang kali dan akan berlaku dan terus berlaku, Ramadan yang ditunggu telah berlalu, 'Aidilfitri yang ditunggu juga telah pergi meninggalkan kita, kini telah menjadi kenangan, perjalanan dan pengembaraan itu sebenarnya perjalanan ke kubur dan ke akhirat sama ada ke syurga atau ke neraka jahannam, di mana destinasi yang akan sampai terpulanglah kepada usaha dan ikhtiar hamba-Nya serta takdir yang ditentukan Allah.

Di bawah ini adalah video sambungannya.




SELAMAT BERPUASA SUNAT SYAWAL.

Beri laluan utk iklan sebentar.


Sekian...Wallahu aklam.

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya dan sembang-sembang politik - video.


Salam semua.
Apakah pandangan dan penilaian anda sebagai seorang Islam ( yang sentiasa mencari keredaan Allah ) tentang kenyataan ini? MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam  untuk maklumat lanjut baca  di sini.
Gembirakah anda dengan kenyataan tersebut dan ingin menyokongnya supaya hasratnya tercapai - Apakah hasrat dan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam ???



__________________________________________________________

Beri laluan utk iklan sebentar.

__________________________________________________________

Sekian.....Wallahu aklam.

Saturday, August 18, 2012

Terkenang Ramadan tahun lepas (1432) -video

Salam semua

Saya masih terkenang Ramadan tahun lepas, tahun lepas memang
dilihat istimewa tetapi hakikatnya wallahu aklam, ibadat tahun lepas memang berjalan lancar. Rakaman ini dibuat sendiri kebetulan penulis  berada di hadapan Sheikh Mu'atasim dan di kiri penulis pula Sheikh Romi al.Badawi. Rakaman tidak menggunakan kamera canggih untuk menghasilkan video yang bermutu, sebaliknya menggunakan hp sahaja hasilnya bolehlah juga dimanfaatkan.




Wednesday, August 15, 2012

Video informasi untuk bakal Haji.

Salam semua.
Pada kebiasaannya Kursus Haji Perdana akan diadakan pada bulan Syawal di mana di dalam kursus tersebut  akan didedahkan dengan aktiviti simulasi tawaf, Saie, melontar dan seumpamanya.  

Beri laluan utk iklan sebentar.



Kursus ini dilaksanakan pada 19-20 Syawal 1432 , ini bermakna para bakal Haji tidak lama lagi akan menerima surat arahan atau panggilan daripada Lembaga Tabung Haji untuk hadir ke kursus tersebut - Tahniah kepada mereka yang terpilih untuk mengerjakan Haji pada tahun ini - bersyukur dan bersujud syukur adalah respon yang paling sesuai dan amat baik untuk dilakukan ekoran  mendengar dan menerima berita baik tersebut.
Simulasi Saie

Di bawah ini beberapa cabutan video yang tidak sempurna, namun demikian terdapat juga ilmu dapat dikutip dan dimanfaatkan.





Sekian...Wallahu aklam.


Sunday, August 12, 2012

Video Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor.

Salam semua.
Artikel kali ini sengaja memaparkan aktiviti Sambutan Hari Belia Antara Bangsa Peringkat Negeri Selangor di Dataran Merdeka Shah Alam.
______________________________________


Beri laluan utk iklan sebentar.


________________________________________







Alhamdulillah.Nampaknya pihak berwajib berjaya menarik hati belia dengan program sederhana yang disediakannya untuk mengambut Hari Belia, program sengaja diatur dengan memberatkan hidangan kerohanian dengan menyediakan hiburan secara sederhana dan soal-jawab mengenai hukum-hakam Islam untuk belia-belia bersantai sambil mengutip ilmu yang bermanfaat dan yang lebih penting kewajipan solat diutamakan ianya direalisasikan di dataran yang membawa maksud solat boleh ditunaikan di mana-mana asalkan tempatnya suci daripada najis atau selagi ianya tiada tanda-tanda larangan.

Sekian...Wallahu aklam.



Ucapan YAB. Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim di Majlis Sambutan Hari Belia.

Salam semua.
 Pada Sabtu 22 Ramadan 1433  bersamaan 11 Ogos 2012 Sambatuan Hari Belia Antara Bangsa dilancarkan oleh YAB. Tan Sri Dato' Seri Khalid bin Ibrahim Menteri Besar Selangor di Dataran Merdeka Shah Alam. Berbagai acara yang bermanfaat memenuhi ruang masa mulai waktu pagi sehingga tengah malam, belia-belia bersolat jamaah Maghrib,Isyak dan Tarawih dan beberapa acara lain direalisasikan.


Sekian...Wallahu aklam.