Showing posts with label Santai sambil bercerita - 498. Show all posts
Showing posts with label Santai sambil bercerita - 498. Show all posts

Sunday, December 13, 2009

Terperangkap dalam rumah

Salam semua.

Sekali lagi tak dak keja , cari keja.

Sebenarnya memang aku tak dak keja kerana aku masih dalam musafir bagi mengukuhkan silaturrahim sahaja, tiada bisnes lain. sejak semalam aku berada di dalam rumah , semua orang keluar, aku seorang sahaja yang tidak mahu keluar kerana cuaca panas, jadi aku berihatlah di rumah, hari ini pula ada khenduri kahwin di depan sana tu, lokasinya di laluan keluar, rasa kekok pula nak keluar ikut jalan tu sebab aku tidak dijemput kerana kehadiranku ke sini mereka tidak menyedarinya, maklumlah aku sampai pun pada waktu malam, jaraknya hanya kurang lebih 110 meter sahaja dari rumah tetapi keadaannya terlindung oleh sebuah rumah, kesebokannya tidak kelihatan, tak palah aku berkhemahlah di dalam rumah sehingga malam nanti kerana malam nanti dah nak balik ke Shah Alam...Buat masa ni secara tidak langsung nampaknya aku terperangkaplah di dalam rumah ini....hehehe .

Sebab tak dak keja jadi aku pun buatlah keja tulis ni, hahaha, sekarang anakku keluar pergi ke rumah khenduri tu katanya kena jadi pengapit pengantin. Rumah yang aku tinggal ni rumah yang keempat, agak ke dalamlah sedikit, rumah yang buat khenduri tu rumah yang kedua dari laluan utama maknanya berada di depanlah, kehadiran tetamu atau para jemputan khenduri tidaklah sampai ke sini. Takdaklah apa-apa gangguan mahupun kebisingan.

Anak aku memanglah depa jemput tetapi tidak termasuk diriku dan isteri kerana kami tidak tinggal di sini, Kalau jemputan itu termasuk diriku maka kenalah aku pergi tunaikan jemputan tu. kini tiadalah kewajipan itu.

Isnin (14.12.2009)
Kini aku dah ada di Shah Alam, malam tadi jam 9.00 kami pun bertolak dari Kluang, berjalam malam ni cuacanya sejuk dan segar berbanding dengan waktu siang, kenderaan pun tidak banyak tetapi bila sampai di antara Seremban dan simpang ke Nilai kereta sesak sekejap tetapi masih boleh bergerak dalam keadaan kurang laju. Aku hanya duduk di tempat duduk belakang sahaja tiba kereta menjadi melelong seperti harimau cheetah terbabas ketika menerjam rusa yang juga berlari laju, dalam keadaan laju begitu kalaulah terbabas itu sampai tersentuh kereta depan, tak dapatlah aku gambarkan apa yang akan terjadi, aku sempat mengucapkan " na'auzubillahi min zalik" tanpa kurancang ungkapan itu, tiba-tiba terkeluar dari mulutku, maksud perkataan itu" aku berlindung dengan Allah dari (keburukan) perkara itu", setelah tiga kali sempat perkataan melanton keluar dari mulutku tiba-tiba keadaan kembali seperti sedia kala, ketika itu semua orang di dalam kereta senyap sepi buat beberapa ketika. mungkin masing-masing merujuk dan memikir semula peristiwa beberapa saat yang mengerikan itu, sebenarnya Allah tidak izin berlaku walaupun kelibatnya sangat hampir dan sudah dapat dihidu.

Bersujud syukur.
Kami semua bersyukur kepada Allah kerana Allah tidak mengizinkan perkara buruk itu berlaku ke atas diri kami malam tadi, aku nasihat anak buah semasa berhenti pekena kopi panas di R & R Dengkel supaya berwuduk dan sujud syukur sebaik sahaja sampai di rumah nanti. Memandu di waktu malam salah satu kelemahannya ialah kita tidak mengagak dengan tepat jarak kenderaan di hadapan dengan kedudukan kereta kita, sangat berbahaya jika memandu laju.

Pandu cermat, insya Allah jiwa pun selamat.
Alhamdulillah bagi diriku belum lagi berlaku perkara yang tidak diingini sejak lulus ujian memandu pada tahun 1974 dan sejak itulah juga berpengalaman sama ada menonggang motorsikal atau memandu kereta, mungkin seperti aku katakan dulu kerana aku adalah seorang yang agak penakut dan bimbang dengan kesusahan kemalangan jalan raya ni, lantas aku pun mengambil pendekatan sederhana dalam hal ini.

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.


Berhati-hatilah memandu di jalanraya, ingatlah mereka yang tersayang, bertawakkallah kepada Allah sepanjang masa, mulailah perjalanan dengan menyebut nama Allah serta doakan keselamatan diri dan keluarga. Insya Allah selamat.

Hanya sekadar itu sahaja yang aku ingin ceritakan, kalau anda membaca ertri ini sampai selesai bermakna anda memang seorang yang minat membaca.

Sekian.Wassalam.