Wednesday, March 31, 2010

Berbagai Fesyen Guntingan Rambut.

Salam semua.

Paparan kali ini sekadar melengkapkan mauduk Kedai Gunting yang telah lalu bagi mengutarakan fesyen-fesyen guntingan rambut yang sedang diminati generasi sekarang. Tukang Gunting juga tidak ketinggalan mereka juga semakin kreatif dan proaktif dalam kerjaya mereka.( Dalam gambar Wak Jaman berbaju hitam sedang memberi panduan kepada pelatihnya En.Azizi seorang askar yang sedang dalam kursus peralihan )

Sesungguhnya kata Rasulullah.s.a.w. semua perkara yang kita kehendakki sama ada di dunia atau di akhirat memerlukan ilmu, dalam bidang guntingan rambut juga tidak terkecuali ianya juga memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi.
Berikut diperturunkan sebahagian daripada fesyen-fesyen yang dimaksudkan.

1. Gunting Rambut.
1.1. Bulat.....Pilihannya. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, dan 8.
1.2. Bross;
0 - 1.
1 - 2.
2 - 2
2 - 3.

1.3. Ala Bross........0 - 1 - 02 - 04.

1.4. Leyer Panjang.
1.5. Leyer Pendek.
1.6. Gunting Selak.
1.7. Gunting Sesel.
1.8. Gunting Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi
1.9. Gunting Smart.
1.10. Gunting Trem.
1.11. Gunting Budak Sekolah.
1.12. Gunting Botak...01, 02.
1.13. Botak Licin Cukur.
1.14. Gunting 1, 4 Ala Army.
1.15. Bross Black Top.
1.16. Bross Thailand Army ( Jambul ). 01, 02 dan 03.

2. Bahagian Belakang (Tengkuk).
2.1. V - Tajam.
2.2. V - Tumpul.

3. Gunting Jambang.
3.1. Panjang.
3.2. Sederhana (Medium)
3.3. Pendek.
3.4. Serong.
3.5. Centong.
3.6. Sambung ( Wau )..
3.7. Pelipis Hail Amir.

Dan banyak lagi fesyen yang tidak dipaparkan di sini.




En.Zulkarnain sedang mengemas peralatan yang telah digunakan sementara menunggu pelanggan berikutnya.

Jika anda berminat untuk menjalani Latihan Mengunting Rambut boleh hubungi

Kedai Gunting Rambut.
Zaman ( Bekas Tentera ).
Bt.3 1/2 Kg.Baru, Jalan Paloh.
86000 Kluang Johor.

Sekian.Wassalam.


Tuesday, March 30, 2010

Membuka Kedai Gunting Rambut - Fardu Kifayah.

Salam Semua.

Hampir 99% lelaki Islam memerlukan kedai gunting, sebulan sekali atau dua bulan sekali mereka ingin mengguntingkan rambut, kalau pun tidak mengguntingkan sepenuh, sekurang-kurangnya mereka merapikan semula rambut yang telah tidak kemas lagi, menyempurnakan hajat ini mereka memerlukan Tukang Gunting. Oleh itu membuka kedai gunting telah menjadi suatu kewajipan yang berbentuk fardu kifayah kepada orang Islam. Sekiranya tiada satu pun kedai gunting yang dimiliki oleh orang Islam maka situasi ini ditakuti semua orang Islam akan mendapat dosa kerana mengabaikan keperluan jamaah mereka.

En.Zaman berbaju hitam. En.Azizi masih muda orangnya.

En.Zaman berbaju hitam sedang menerangkan sesuatu kepada En.Azizi.

Untuk menjadi seorang Tukang Gunting Pakar mereka memerlukan latihan secara praktikal daripada mereka yang telah berpengalaman, Gambar di atas adalah suatu contoh latihan yang sedang dijalankan di Kedai Gunting En Zaman di Kampung Baru, Jalan Paloh, Kluang.
Kelihatan En,Zaman bin Shamsudin ( Wak Jaman ) sedang menunjukajar kepada En.Azizi bin Abdullah yang bakal membuka kedainya di Gemas, sekarang beliau sedang memantapkan diri dalam menguasai kemahiran tersebut sesuai dengan kehendak pelanggan pada zaman ini, Pelanggan yang sedang digunting rambutnya itu dimaklumkan atau diminta keizinan oleh Wak Jaman untuk beliau menggunting sambil mengajar En.Azizi.

Manakala En.Zulkarnain bin Abu Bakar tukang gunting seorang lagi yang berkhidmat di kedai ini sedang berehat sambil membaca suratkhabar setelah mengemas peralatan yang telah digunakan.

Saya difahamkan bahawa Tukang Gunting perlu mahir mengaplikasikan berbagai fesyen jika mereka hendak membuka Kedai Gunting kalau tidak akan menimbulkan masalah kepada mereka apabila tidak mampu melayani kehendak pelanggan. Di antara berbagai fesyen tersebut saya akan muatkan di dalam mauduk atau " entry" yang akan datang nanti.


Sekian. Wassalam.

Saturday, March 27, 2010

Ceramah - Di Masjid Kg. Tengah, Kluang.

Salam semua.

Ceramah sempena Maulidur Rasul.
Sabtu 11 Rabiul Akhir 1431, walaupun tarikhnya telah masuk bulan R.Akhir tetapi ceramah Maulidur Rasul masih dijalankan kerana tarikh tersebut bukanlah amat penting untuk direalisasikan tepat masanya tetapi yang lebih penting ialah menyampaikan ilmu kepada seluruh umat manusia tegasnya mengambil peluang ini untuk berdakwah.Dengan berdakwah atau berceramah dapatlah mereka yang berilmu mengeluarkan sebahagian manusia yang masih berada di dalam kegelapan ke alam yang cerah yang sentiasa dipenuhi dengan cahaya Allah.
Sekiranya peluang ini diambil untuk menerangkan sebab-sebab kesyirikan manusia kepada Allah sehingga dapat membetulkan minda iman mereka maka tidak sebab sambutan Maulidur Rasul ini ditegah dan dilarang.
Aktiviti sambutan Maulidur Rasul perlulah diteliti sebelum merealisasikannya bersama masyarakat umum, di mana mereka hanya ingin melibatkan diri tanpa pertikai aktiviti yang dilaksanakan, mereka yang berilmulah yang bertanggungjawab menyediakan program tersebut supaya tidak terlibat dengan bidaah yang keji atau aktiviti lagha.

________________________________________

3:104

你們中當有一部分人,導人於至善,並勸善戒惡;這等人,確是成功的。

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Surah Ali.Imran - 104)

__________________________________________

Juru acara dan pengendali siaraya.


Menunggu ceramah dimulakam.


Kumpulan selawat


Penceramah baru tiba dari UTM. Skudai, Johor.
berdiri kerana selawat sedang diucapkan.


Bacaan ayat-ayat suci al.Quran.


Ucapan aluan oleh Pengerusi Masjid merangkap Pengerusi Gabungan Jamaah Sambutan Maulidur Rasul.Ceramah sedang disampaikan.



Sekian.Wassalam.


Sebab masuk Islam.


Salam semua.

Sebahagian daripada anda hari ini sedang menghayati cuti hari Sabtu, di mana ketika zaman Nabi Musa juga hari Sabtu ini dimuliakan dengan beberapa lrangan Allah, di antaranya larangan menangkap ikan tetapi tidak dipatuhi oleh umatnya. Di Dalam kesempatan ini saya tidak berhajat untuk memanjangkan cerita tersebut, cuma ingin mengajak anda mengikuti forum yang disediakan oleh Youtube di bawah ini, moga-moga dengan mengikutinya akan berlaku percambahan fikiran ke arah yang lebih positif dan mahmudah lagi....Silakan.





Sekian.Wallahu aklam.

Thursday, March 25, 2010

Pahala diberikan berdasarkan Niat.

Salam semua.

Jom. Kita bersantai sambil mendengar ceramah, menambahkan ilmu tidak semestinya membaca kerana memandang dan mendengar pun boleh menambakan ilmu. Biar akal kita sentiasa berfikir kerana aktiviti tersebut sangat sesuai dengan otak dan akal manusia ,


Jom klik.....

Pahala dan Niat serta berbagai lagi..

Us.Nik Nasri


Sekian.Wassalam.

Wednesday, March 24, 2010

Sedikit sentuhan mengenai Rukun Negara.

Salam semua.

Manusia di dunia ini menganuti berbagai-berbagai kepercayaan, di mana kepercayaan itu ada yang tergolong sebagai adat dan ada yang dianggap sebagai agama.Ini berlaku kerana Allah menjadikan manusia sememangnya mempunyai naluri ingin menyembah Allah, oleh itu dalam perjalanan mencari Tuhan itu mereka terjumpa berbagai-bagai benda yang pada sangkaan mereka itulah Tuhan atau perantara Tuhan. Pada hal apa yang dijumpai itu tanpa mereka sedari bahawa perkara yang dianggap Tuhan sebenarnya adalah makhluk seperti mereka juga.Tetapi apabila sesuatu perkara yang batil (salah) sekali pun, setelah menjadi kepercayaan sesuatu masyarakat, kepercayaan tersebut sukar hendak dikikis atau hendak dinafikan oleh pihak lain tentang hakikat atau kebatilannya kerana amalan itu diwarisi sejak ribuan tahun dahulu.Contohnya kepercayaan karut dan khurafat yang diamalkan atau dipercayai di kalangan masyarakat kita masih berlaku walaupun dalam ajaran Islam jelas menyatakan perkara itu boleh merosakkan aqidah atau syahadah.

Manusia di dunia ini pada amnya terbahagi kepada dua golongan iaitu Golongan yang menyembah Tuhan dan Golongan yang tidak percaya adanya Tuhan.Mereka yang menyembah Tuhan ini seperti orang Islam, kristian, Budha, Bahai, Hindu dan seumpamanya, manakala yang tidak percaya adanya Tuhan, mereka dikenali sebagai mulhid atau free thinker dan seumpamanya, mereka ini mempercayai alam ini terjadi dengan sendirinya (nature) tanpa penciptanya atau semula jadi, oleh itu mereka tidak menyembah Tuhan.Akal manusia sebenarnya terhad jangkauannya, mereka tidak mampu mencari tuhan dengan semata-mata menggunakan akal tanpa bantuan pihak lain (wahyu-rasul).

Dua perenggan di atas adalah sorotan kembali sebahagian daripada artikel yang dikeluarkan pada 29 September 2008 di dalam laman ini kerana ingin membuat sedikit sentuhan mengenai saranan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang supaya dibuat sedikit pindaan kepada salah satu prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada tuhan dipinda kepada kepercayaan kepada Allah.( merujuk kepada laporan media tempatan ).Dalam banyak hal saya bersetuju dengan Tuan Guru tetapi dalam hal ini saya kurang selesa, mungkin saya tidak faham sepenuhnya maksud beliau.

Pada hemat saya salah satu prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan perlu dikekalkan dan bersetuju dengan saranan yang diutarakan oleh sahabat saya dari Laman Pandangan Orang Kampung kerana Kepercayaan Kepada Tuhan membawa maksud semua rakyat Malaysia adalah rakyat yang beragama dan menegaskan bahawa mereka yang tidak percaya kepada tuhan atau tiada agama tidak layak menjadi penghuni atau rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia bukan semuanya percaya kepada Allah iaitu Allah sebagai Tuhan yang mencipta sekalian alam ini dan Allah yang Maha Berkuasa serta Maha Esa. Oleh sebab sebahagiannya mempercayai tuhan itu dalam bentuk kepercayaan dan tafsiran yang berbeza dengan yang dipercayai oleh orang Islam maka tidak sesuai diletakkan atau dicatatkan Kepercayaan kepada Allah sebagai salah satu prinsip Rukun Negara, sebaliknya memadai dengan sebutan secara am. Tuhan atas nama am walaupun orang Islam mempercayai Tuhan itu adalah Allah pencipta alam ini dan tiada lagi Tuhan yang lain, tetapi, bagi mereka yang bukan Islam akan tetap menafsirkan Tuhan itu mengikut kepercayaan mereka, oleh sebab Rukun Negara ini ditujukan kepada semua rakyat Malaysia maka rangkaikata itu rasanya telah sesuai dan relevan dengan biahnya yang tersendiri buat masa ini.

{ 25/03/2010...Setelah mendengar rakaman penjelasannya di dalam sidang parlimen saya membuat sedikit anjakan pendapat pula dalam hal ini sekiranya pindaan hendak dibuat, iaitu saya bersetuju dengan syarat sebelum pindaan direalisasikan hendaklah diberi penerangan dan penjelasan secukupnya kepada rakyat supaya mereka faham akan hakikatnya yang sebenar maksud "Kepercayaan Kepada Allah itu". Jika cara ini dilaksanakan maka terlaksanalah dakwah di peringkat negara yang sangat dituntut itu...wallahu aklam }

Apabila disebutkan kepercayaan kepada tuhan maka orang Islam akan menghuraikan dalam bentuk kepercayaan mereka iaitu Kepercayaan kepada Allah seperti yang dikehendaki di dalam Rukun Iman yang telah pun menjadi tuntutan kepada orang Islam dan menyematkannya di dalam sanubari mereka.Manakala orang bukan Islam akan menafsirkan mengikut kepercayaan mereka, setelah dirumuskan, semua rakyat Malaysia adalah rakyat yang mempercayai adanya tuhan yang mencipta alam ini. Di sinilah diharapkan berlaku satu penyatuan rakyat Malaysia yang dikehendaki oleh Rukun Negara tersebut.

Hanya pandangan sepintas lalu dari penulis.

Sekian.Wassalam.

Sunday, March 21, 2010

Masuk Islam - Bersama Suhaib Webb

Salam semua.

Mungkin anda berminat untuk mendengar penjelasan mengenai Islam oleh Suhaib Webb






Sekian.Wassalam.

Dari Facebook Ahmad Husni.

Salam semua.

Nukilan dari Facebook untuk tatapan bersama, semoga bersamanya membawa manfaat dan hikmah dari Allah.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@

A Lesson for All Muslims.
This email is a true story with pictures.
It may change your life, way of thinking and aims in life.
It is a story of a person from Bahrain named Ibrahim Nasser. He has been paralyzed completely since birth and can only move his head and fingers. Even his breathing is done with the help of instruments.



It was the wish of this young man to meet sheik Nabeel Al-Awdi. So Ibrahim's father spoke the sheik on the phone in order to arrange a visit to Ibrahim.


This is sheik Nabeel in the airport.

Ibrahim was very happy to see sheik Nabeel open the door to his room. We can only see his happiness from his expression as he is unable to speak


The moment sheik Nabeel entered Ibrahim's room


And this is Ibrahim's expression on meeting sheik Nabeel

Notice the breathing instrument around Ibrahim's neck.. he is unable to even breath normally.



And a kiss on the for head for Ibrahim


Ibrahim with his father, uncle and sheik Nabeel


Thus sheik Nabeel and Ibrahim started talking about da'wa on the internet and the striving it requires.
They also exchanged some stories


And during their conversation sheik Nabeel asked Ibrahim a question. A question that made Ibrahim weep... and tears rolled down Ibrahim's cheek.


Ibrahim couldn't help but weep when he remembered some painful memories.
Here sheik Nabeel wipes the tears from Ibrahim's face


Do you know what question it was that made Ibrahim weep?
The sheik asked: Oh Ibrahim.. if Allah had given you health.. what would you have done?
And thus Ibrahim wept bitterly and he made the sheik, his father, his uncle and everyone in the room weep.. even the camera man wept .

And his answer was: By Allah i would have performed my salaa (prayer) in the masjid (mosque) with joy.. i would have used the favor of health in everything that would please Allah Subhanehu we Ta'ala

Dear brothers and sisters Allah has favored us with agility and health
But we do not perform our salaa in the masjid!!! And we sit for hours in front of the computer or TV .

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sekian . Wassalam.

Iklan vigra di laman sesawang Kehidupan Bersih.


Salam semua.

Nampaknya laman ini semakin ramai dikunjungi, terima kasih kepada pengunjung bukan kerana istimewanya tetapi, mungkin kerana telah banyak entri berpaut di google maka ramailah pengunjung terklik Kehidupan Bersih, ada datang sebentar, ada datang dan berehat lama juga dan yang istimewanya datang dengan membawa berbagai barang dagangan, siap dengan membuka gedungnya sekali untuk mengaut keuntungan mudah.

Vigra pun ada.

Apabila entrinya sudah semakin banyak maka tiadalah masa untuk menyemaknya selalu, sebab biasanya tabiatku cuma menyemak melalui entri baru sahaja, tidak buka email, bila buka email rupa-rupanya iklan vigra pun terpampang di sana, bukan salah , cuma ditakuti ada yang membawa mudarat, ada juga iklan yang mengiorkan mata memandang dan menyeronokan, laman ini tidak memerlukan semuanya itu, Laman ini memerlukan komen yang berupa teguran dan nasihat kepada semua termasuk penulis Kehidupan Bersih.

Oleh itu penulis membuat keputusan mendirikan semacam pejabat imigresen selepas sempadan komen....hehehe..kena jaga juga kan.



Sekian.Wassalam.

Thursday, March 18, 2010

Panorama perjalananku hari ini

Salam semua.

Pagi tadi jam 8.30 pagi kami bertolak ke Bangi dan terus ke Putra Jaya, Ke Bangi kerana mencari rumah sewa dan ke Putra Jaya keran
a ingin melihat pertunjukan belon panas di Presint 2 berhampiran Tasik dan Masjid Putra Jaya.
Snap di Bangi

Nampak kecil tetapi 140 cc...kot

Panorama Pesta Belon Panas di Putra Jaya, jika anda suka boleh "copy" gambar yang dipaparkan di atas .

Sekian.

Monday, March 15, 2010

Kembali merasai perjalanan dengan keretapi

Salam semua.

Merasai semula perjalanan dengan keretapi dari Kluang ke Kuala Lumpur. lenguh juga dibuatnya, dia berjoget dan berongging sepanjang jalan mulai jam 3.50 petang sehinggalah 8.40 malam, semasa berhenti di Kluang dan di situlah juga kami menaikinya, hampir-hampir tertinggal, rupa-rupanya di stesen ini tempoh berhentinya hanya beberapa minit sahaja, orang lain kalut berebut naik aku buat dek ja, orang yang kalut naik itu agaknya orang yang selalu menggunakan kenderaan ini. aku buat dek kerana tidak mengetahui rahsianya, nasib baik aku berada berhampiran dengan pintu, bila dia bergerak untuk meneruskan perjalanan aku pun bergegas naik bersama beg di tangan. Tahulah aku selepas ini nanti.




Di sini terkenal dengan Kluang Railway station Coffee, terletak di hujung sana.


Beberapa penumpang dari Singapura dan JB nak turun di sini.

Dah sampai KL Central.


Sekian. Wassalam.