Aqidah Islam bandingannya umpama roh dengan badan.
Aqidah Islam bagi setiap individu Islam bandingannya umpama roh dengan badan (jasmani) , Ja
smani tanpa roh ianya akan rosak dan reput dan lama kelamaan akan sebati dan sekata dengan tanah atau tegasnya menjadi tanah. Demikianlah rapuhnya Islam tanpa memahami aqidah, kekuatan Islam seseorang individu bukan terletak pada lantang dan petahnya dia bercakap serta garangnya dia bertindak atas nama Islam tetapi kekuatan Islam terletak pada aqidah dan iman di dalam hatinya kepada Allah tanpa kefahaman terhadap aqidah maka tiadalah imannya, malah terdedah pula kepada kesyirikan dan kekufurannya kepada Allah. Maka di sinilah rosak dan reputnya Islam di dalam diri seseorang.Aqidah yang dimaksudkan itu ialah kepercayaan yang betul dan benar kepada Allah seperti yang dijelaskan di dalam surah al.Ikhlas, ayat 255/256 surah al.Baqarah dan banyak lagi ayat yang disebutkan di dalam al.Quran mengenai perkara tersebut dan juga di dalam al.Hadis. Pendeknya dalam hal ini tempat rujuknya ialah al.Quran dan al.Hadis serta Ilmu Pendidikan Islam yang tersemat di dada bukannya akal sahaja dan lebih malang lagi kalau merujuk kepada emosi dan adat resam semata-mata .
Kekuatan Islam di dalam diri seseorang juga merujuk kepada ketinggian amalan sehariannya terhadap cara hidup Islam.Sekiranya cara hidup Islam tidak menjadi pilihan ianya akan menjadi umpama pejuang Islam yang mati syahid tetapi kematiannya di medan perang tidak dikira syahid kerana perjuangannya hanya untuk mendapatkan harta rampasan, di sisi masyarakat kematiannya sebagai pejuang dan dilayan seperti syahid yang sebenar-benarnya syahid tetapi di sisi Allah tidak akan dinilai dan dilayan demikian.Sebaliknya kematiannya itu tidak termasuk di dalam golongan syuhadak.
Demikianlah juga kedudukan aqidah bagi diri individu kerana seseorang yang tidak faham aqidah itu sentiasa sahaja terdedah dengan kesyirikan dan kekufuran. Jika telah benar-benar berlaku syirik dan kafir sekali pun di mata masyarakat mereka itu adalah Islam dan akan dinilai dan dilayan seperti orang Islam tetapi di sisi Allah akan dinilai dan dilayan sebagai seorang yang syirik dan kafir. ( mohon barang dijauhkan Allah dari berlaku demikian ).
Atas prinsip dan dasar tersebut maka sangat wajar setiap orang Islam mempelajari ilmu aqidah atau tauhid sehingga faham dan meresap ke dalam jiwa sebagai benteng pertahanan Islam khasnya kalimah syahadah, mereka yang seperti inilah yang akan mempertahankan kalimah Allah atau kalimah syahadah secara yang dikehendaki oleh Islam iaitu suatu tindakan yang betul dan benar.
Sekian.Wallahu aklam.
