Showing posts with label Mengimbas kembali kisah lama.. Show all posts
Showing posts with label Mengimbas kembali kisah lama.. Show all posts

Friday, October 2, 2009

Tidak menguasai 3M

Gambar hiasan

Salam Semua.

Pada pagi ini roh sebagai seorang guru atau ustaz datang kembali ke dalam jiwaku, Rasa marahku pada masa yang lampau datang kembali, kali ini aku tidak marah kepada sesiapa kerana kemarahanku tidak memberi kesan apa-apa, kemarahanku ini Tuhan Pencipta sekalian alam ini telah mengetahuinya sejak puluhan tahun dahulu, cuma manusia sahaja yang belum mengetahuinya. Kini kutulis di sini agar mereka mengetahui isi hatiku. Aku memang tidak setuju dan marah kalau anak muridku di tingkatan satu masih buta huruf, jangan salah sangka, sebenarnya aku tidak marah pada muridku yang daif itu, sebaliknya aku rasa kesian yang amat sangat pada mereka yang tidak bernasib baik ini. panahan marahku ditujukan kepada mereka yang berkuasa yang mampu menggubal dasar. Kenapa dasar menginayai mereka dan mengabaikan ikhtiar.

Keikhlasan kita kepada murid yang tidak menguasai 3m diragui.
Menguasai 3m adalah perkara yang amat asas kepada pendidikan iaitu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Pengajaran dan pembelajaran menguasai 3m merupakan pendidikan awalan yang diajar di Tadika dan di sekolah rendah, selama beberapa tahun kanak-kanak diajar kemahiran tersebut. Malangnya selama kanak-kanak ini berada di Tadika dan kemudiannya di sekolah rendah terdapat sebahagian kecil daripada mereka masih tidak menguasai 3m.
Selepas enam tahun di sekolah rendah mereka ini terpaksa ke sekolah menengah tanpa persediaan yang secukupnya seperti kanak-kanak lain yang menguasai 3m. Mereka ini seperti dipenjarakan atau sekurang-kurangnya dikurung di sekolah menengah tanpa layanan sepenuhnya daripada guru-guru di sekolah menengah kerana guru menjalankan kewajipan mengikut sukatan atau mengikut tahap kurikulum berdasarkan tingkatan, tidak berdasarkan pelajar, bukan salah guru tetapi penempatannya di peringkat menengah rendah itulah yang tidak betul dan tidak logik. Para pelajar yang tidak menguasai 3m tidak sepatutnya ke sekolah menengah.Mereka sepatutnya terus mempelajari kurikulum 3m dan kemahiran tertentu yang sesuai dengan keupayaan mereka. Ramai pakar pendidikan bercakap dan memberi pandangan dalam hal ini , Entah siapa yang akan merealisasikannya.

Nampaknya kita terpaksa menunggu tokoh yang hebat kerana tokoh seperti ini tidak merasai senang , walaupun sebenarnya mereka senang kerana simpatinya terhadap kanak-kanak seperti ini menyebabkan mereka merasai gusar dan tidak senang duduk sebab merasakan Allah sedang melihat telatah dan tindak tanduk mereka.

Suatu Dasar atau Kurikulum Pendidikan Khas patut diwujudkan untuk mereka yang tidak menguasai 3m ini, memaksa mereka ke sekolah menengah dan mengikuti kurikulum yang sama dengan pelajar lain akan menimbulkan berbagai masalah bagi diri para pelajar berkenaan, para guru dan juga pihak pentadbir sekolah.

Kurikulum khas yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan minda mereka perlulah digubal sebagai menunaikan keikhlasan pihak berkuasa kepada mereka. Mereka ini mungkin tiada bakat akademik yang tinggi tetapi mempunyai bakat besar dalam bidang-bidang yang lain. eloklah dikumpulkan mereka di satu pusat pengajian yang boleh memberikan manfaat kepada mereka. Mengapakan kita membiarkan mereka membuang masa di sekolah menengah dengan mengikuti kurikulum yang kurang memberi manfaat kepada mereka, Kalau dikosek-kosek di kalangan mereka
kita akan dapati mereka ini mempunyai bakat tertentu.seperti berkebolehan membaiki enjin , berbakat dalam bidang binaan, kimpalan dan seumpamanya.
Apapun suatu anjakan ke arah pembaharuan atau penyesuaian kurikulum, sesuai dilakukan untuk mengukuhkan niat dan harapan mensejahterakan masyarakat kita.

Catatan:
Hanya mengeluarkan stok lama yang tersimpan di dalam minda untuk diketahui umum, walaupun huraian dan gaya bahasanya berkecamuk dan berselerak , namun demikian , mungkin ada manfaatnya juga. jika sebaliknya tolong abaikan.

Sekian.Allah Maha Mengetahui.Wassalam.