Showing posts with label Hilang gelap timbul cerah - 422. Show all posts
Showing posts with label Hilang gelap timbul cerah - 422. Show all posts

Wednesday, October 28, 2009

Persidangan DUN Perak.

Salam semua.

Kecelaruan politik di Perak masih berterusan, sidang DUN yang diadakan pada hari ini ibarat dua buah kapal berada di dalam sebuah tasik yang menggunakan pangkalan yang sama, nakhoda mengemudikan kapal masing-masing, setakat ini belum berlaku apa-apa perlanggaran fizikal. Demikianlah yang dapat digambarkan hasil tinjauan penulis di beberapa laman blog pada awal pagi ini.

Sudah tentu akan memeriahkan sidang akhbar selepas selesai sidang DUN nanti, mungkin tidak cukup telinga untuk didengar dan tidak cukup mata untuk membaca laporannya nanti.

Perkara yang benar itu nyata dan yang batil juga nyata, mereka yang terlibat tentulah mengetahuinya.

Apapun Allah sedang memerhati setiap pergerakan dan aktiviti hamba-Nya.

Catatan:
Harapan rakyat agar hilang gelap, timbul cerah.

______________



Sekian.Wassalam.