Wednesday, October 28, 2009

Persidangan DUN Perak.

Salam semua.

Kecelaruan politik di Perak masih berterusan, sidang DUN yang diadakan pada hari ini ibarat dua buah kapal berada di dalam sebuah tasik yang menggunakan pangkalan yang sama, nakhoda mengemudikan kapal masing-masing, setakat ini belum berlaku apa-apa perlanggaran fizikal. Demikianlah yang dapat digambarkan hasil tinjauan penulis di beberapa laman blog pada awal pagi ini.

Sudah tentu akan memeriahkan sidang akhbar selepas selesai sidang DUN nanti, mungkin tidak cukup telinga untuk didengar dan tidak cukup mata untuk membaca laporannya nanti.

Perkara yang benar itu nyata dan yang batil juga nyata, mereka yang terlibat tentulah mengetahuinya.

Apapun Allah sedang memerhati setiap pergerakan dan aktiviti hamba-Nya.

Catatan:
Harapan rakyat agar hilang gelap, timbul cerah.

______________



Sekian.Wassalam.


2 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

saudara leenooh,

Haprak sungguh orang2 yang cintakan dunia.Ini pertama kali aku maki orang,selepas balik dari tanah suci.

wassalam.

Leenoh said...

Salam Pak Cha & Mak Wan.

Saya pun tidak sangka bahawa dihujung usia kita, kita akan melihat perkara yang seperti ini.

Ketika universiti tumbuh seperti cendawan dan kita sedang belajar di sekolah menengah pada saat itu terfikir bahawa dalam abad ini tentulah kita sedang menikmati kemajuan yang dijana oleh mereka yang berpelajaran tinggi dan akhlak mulia.

Rupanya makhluk yang dinamakan akhlak mulia itu kekadang enggan memilih mereka yang dikatakan berpelajaran tinggi.

Apapun terserah kepada Allah