Thursday, October 22, 2009

Haji Ifrad - Nota ulangkajiku.

Selamat berangkat ke Tanah Suci.
             
Salam semua.
Cara mengerjakan Haji.Terdapat tiga cara atau tiga pilihan dalam mengerjakan ibadat Haji iaitu.
1. Haji Ifrad (afdal)
2. Haji Tamattu'

3. Haji Qiran.
Mengikut Mazhab Syafie mengerjakan Haji cara Haji Ifrad adalah yang paling afdal.

Panduan ringkas mengenai cara-cara mengerjaka
n Haji Tamattu' dan Haji Qiran telah diterangkan di dalam entri atau tajuk yang telah lalu.
##########################Haji Ifrad.
Iaitu mengerjakan Haji terlebih dahulu kemudian barulah mengerjakan Umrah.

Mengerjakan Haji.

Apabila bakal Haji sampai ke miqat dalam perjalanan dari Malaysia, maka mereka berniatlah di situ ketika itu mereka telahpun berp
akaian ihram, masuk sahaja ke Mekah mereka pun membuat tawaf qudum ( tawaf selamat datang ). sementara menunggu 8hb.Zulhijjah mereka buatlah ibadat sunat terlebih dahulu seperti membaca al.Quran, beriktikaf dan bersolat sunat di masjidil Haram dalam berpakaian ihram. Tiba sahaja 8hb.Zulhijjah maka mereka pun bertolak ke Arafah untuk berwukuf di sana.

Wuquf di Arafah - mesti berada di Arafah (walaupun sebentar iaitu di antara gelincir matahari 9hb.Zulhijjah sehingga terbit fajar hari 10hb. Zulhijjah ).
Biasanya selepas solat Isyak di Arafah mereka akan bertolak pula ke Muzdalifah dan bermalam di sana, mereka mesti berada di sini selepas separuh malam, di sini mereka mengutip anak-anak batu untuk melontor di tiga jumrah.
Selepas solat Subuh di Muzdalifah mereka bertolak pula ke Mina, sampai di Mina mereka pun berehat di dalam khemah yang disediakan dan pada 10hb.Zulhijjah mereka pergi melontar di Jumrah Kubra (Aqabah ) dengan tujuh biji batu dan tujuh lontaran,( pada hari ini melontar di satu jumrah sahaja ) setelah selesai lontaran maka mereka bolehlah bertahlul awal ( bergunting atau bercukur ) dan selepas itu dibolehkan berpakaian biasa.Sebahagian besar larangan ketika ihram telah gugur kecuali masih dilarang bersetubuh,mencium, bercumbuan dengan isteri, berkahwin, menjadi wali kahwin dan menjadi wakil kahwin.
Pada 11, 12 dan 13hb.Zulhijjah menyambung lontaran ketiga-tiga jumrah ( sughra, wusta dan kubra ). Bagi mereka yang ingin membuat nafar awal mereka bolehlah balik ke Mekah selepas selesai membuat lontaran pada 12 hb.Zulhijjah dengan berniat tidak akan kembali ke Mina untuk membuat lontoran seterusnya, sampai di Mekah mereka bertawaf dan kemudiannya mengerjakan Sae. Dengan itu sempurnalah ibadat Haji mereka.
Bagi mereka yang memilih meneruskan lontaran pada hari 13hb.Zulhijjah, selepas selesai membuat lontaran di tiga jumrah tersebut, barulah kembali ke Mekah dan melakukan tawaf dan Sae, dengan itu mereka juga sempurnalah ibadat Haji yang dikerjakan itu.

Lihat peristiwa bergambar berikut iaitu aktiviti pertama mengerjakan Haji dan aktiviti kedua mengerjakan Umrah, demikianlah cara mengerjakan Haji Ifrad.

Contoh Aktiviti Pertama.
Mengerjakan Haji.
(1)


Niat mengerjakan Haji di miqat, berpakaian ihram
Contoh niatnya:
( Sahaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala )

Pada 8hb.Zulhijjah bertolak ke Padang Arafah .

(2)

Masa untuk berwukuf di Arafah ialah pada 9hb.Zulhijjah selepas waktu Zohor sehingga masuk Subuh hari yang ke 10 Zulhijjah. Memadai berada sebentar di dalam tempoh tersebut.
(3)

Bermalam ( mabit ) di Muzdalifah, waktunya selepas separuh malam pada 10hb.Zulhijjah sehingga waktu subuh,( memadai berada sebentar dalam tempoh tersebut ),
biasanya jamaah Haji mengutip anak batu di sini


(4)


Bermalam ( mabit ) di Mina- iaitu selepas separuh malam pada 10hb.Zulhaijjah dan seterusnya pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, bakal Haji dikehendaki berada di situ sehingga lebih separuh malam pada tiap-tiap malam tersebut kecuali mereka yang membuat nafar awal boleh meninggalkan Mina dan balik ke Mekah sebelum terbenam matahari pada 12 hb. Zulhijjah.
(Tinggal di dalam khemah dan berulang alik ke jumrah untuk melantar ).

(5)
Terowong ke tempat melontar.

Di Jumrah ( tempat melontar ) .
Selepas selesai melontar balik ke Mekah.



Bertahlul.
( dilakukan selepas melontar pada hari pertama - 10hb.Zulhijjah )
.
(6)
Sampai di Mekah mengerjakan tawaf Haji,Tawaf tujuh keliling bermula di sudut Hajaratul Aswad - bertanda dua garisan hijau.
kemudian mengerjakan Sae ( Sae Haji ).



(7)Selepas tawaf mereka bersae ( Sae Haji ) di sini.setelah sempurna bersae maka selesai dan sempurnalah bahagian amalan ibadat Haji, selepas ini mereka akan mengerjakan Umrah pula untuk menyerpurnakan Haji Ifrad.

Mengerjakan Umrah.
Setelah selesai mengerjakan Haji mereka yang mengerjakan Haji secara Haji Ifrad ini akan mengerjakan Umrah pula ( dalam tahun ini juga ). Pakai ihram semula dan pergi ke miqat Umrah di luar kawasan Tanah Haram, di sana mereka berniat mengerjakan Umrah dan kembali ke Mekah untuk melakukan tawaf , kemudian melakukan sae ( Sae Umrah ) dan seterusnya bertahlul, maka dengan itu selesailah umrah dan lengkaplah Haji Ifrad tersebut.

Contoh Aktiviti Kedua.
Mengerjakan Umrah.
(1)

Niat mengerjakan Umrah di miqatnya dalam pakaian ihram.
Contoh niatnya:
( Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala )
setelah selesai berniat, mereka kembali ke Mekah.

(2)

Masuk ke Mekah dan tawaf. bermula pada tanda garis hijau, iaitu sudut Hajaratul Aswad. Tawaf tujuh keliling. Selepas tawaf diikuti pula dengan Sae.

(3)
Sae di sini, lihat laluannya di atas.Sae hendaklah dikerjakan selepas tawaf. ( Sae tidak sah tanpa bertawaf terlebih dahulu )
(4)
Bertahlul

Selesai Sae terus sahaja bertahlul iaitu bergunting
( memadai sekurang-kurangnya ) tiga helai rambut ataupun afdal bercukur . Bagi kaum wanita memadai menggunting tiga helai rambut sahaja dan mereka yang tiada rambut di kepala dikehendaki membuat laluan pisau di atas kepalanya seperti perbuatan bercukur. Maka dengan itu selesailah ibadat Umrah.
Haji dan umrah telah selesai maka lengkaplah Haji Ifrad yang dikerjakan.
____

Penjelasan ini sangat ringkas dengan mengutarakan pengetahuan yang sangat minimum.Elok dimantapkan lagi melalui sumber yang lain pula.


Hanya nota ulangkajiku, tiada ruang bertanya, he3.

Sekian. wallahu aklam. wassalam


























7 comments:

tinta kasturi said...

alhamdulillah,
penerangan bergambar..
senang faham..

indahnya pengalaman ibadah.

Leenoh said...

Salam Tinta Kasturi,

Sebenarnya gambar-gambar itu adalah sumbangan Manzlie bloger PENGALAMAN DI KOTA MAKKAH imejnya yang memakai ihram dan berdiri mengadap pembaca.( bukan pengalaman saya tetapi pengalaman - http://Manzlie-makkah.blogspot.com)

Kalau anda klik insya Allah setiap hari anda dpt membaca berita mengenai Tanah Suci.

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Nota ulangkaji yang sangat informatif. Insya Allah...akan sampailah saya ke sana...suatu hari.

Leenoh said...

Salam Sdr.Zaidi.

amin,ya rabbal alamin.

Tidak kurang juga informasi mengenai bani Israel yang telah saya baca tu.

Gigih menulisnya begitu panjang tanpa jemu. Insya Allah ada ganjarannya.

Saya kena baca lebih dari sekali baru ada kepuasan.

Dee said...

salam sdra leenoh,

tahun ni 2 org kawan (seorang wanita bujang berumur 20an dan seorang ibu kepada 3 org anak) akan menunaikan ibadat haji..moga selamat pergi dan balik serta mendapat haji mabrur..

Leenoh said...

Salam Dee.

Bertuahnya masih muda dah boleh menunaikan fardu Haji.
Ya. Semoga mereka mendapat Haji mabrur.

hamba allah said...

Alhamdulillah mudah faham. terima kasih.