Sunday, October 11, 2009

Pilihlah yang boleh memberi manfaat di dunia dan di akhirat.



Salam semua.

Rakyat hanya diberi kuasa dalam beberapa minit sahaja ke atas pemimpin,
iaitu "kuasa untuk memilih pemimpinnya".


Kesempatan yang diberi dalam beberapa minit itupun akan dikira oleh Allah sama ada digunakan untuk kebaikan atau kejahatan.Oleh itu gunakanlah kuasa itu sebaik-baiknya.

Pilihlah orang yang baik akhlaknya dan berketrampilan orangnya serta yang boleh memberi manfaat di dunia dan di akhirat.

Allah melihat perbuatan kita dan diberi balasan sesuai dengan tindakan yang telah kita ambil.

Oleh itu gunakanlah ilmu yang dimiliki untuk menyuluh dan mengenalpasti kebaikan dan keburukan supaya senang untuk membuat pilihan.

@@@@@@@

Maksud Firman Allah.

099.SURAH AZ. ZALZALAH

"Apabila bumi diguncangkan dengan guncangannya (yang dahsyat),

dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandungnya),

dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?",

pada hari itu bumi menceritakan beritanya,

kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.

Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula".

@@@@@@@


Hadis:

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

”Tiga golongan orang Allah tidak akan bercakap - cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa). Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tetapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu. Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya. Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).”
(Hadith Muttafaqun ’alaihi).

@@@@@@@

Sekian. Wassalam.

2 comments:

Nl said...

salam pak ngah ...
selamat mengundi... pilih jangan tak pilih....

nak tak nak kena pilih juga huhuhuhu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Sebab ada dua, kena pilih gak. depa nak satu ja.
Apapun tahniah pada yang menang dan takziah pada yang kalah.

Kalau tak mahu kalah jangan bertanding, kalau tak mahu jatuh jangan duduk di atas....he3