Thursday, October 15, 2009

Akibat salah urus masa.


Salam Semua.
Pada hari ini saya masih meneruskan perbincangan mengenai pengurusan masa seperti entri yang telah lalu tetapi kali ini berbeza sedikit ceritanya, namun begitu ianya masih mengenai kesilapan dan kelemahan pelaksanaan serta kepatuhan kepada program yang telah diatur dan dicatatkan di dalam kertas aturcara majlis.

Kisah yang akan diceritakan ini berlaku dalam tahun 80an di mana ketika itu para guru sebok menjalani kursus Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Kursus diadakan di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Jalan Kuala Ketil. 08000 Sungai Petani. Kedah. selama seminggu saya terlibat dengan kursus KBSM yang mana kursus tersebut dipenuhi dengan berbagai pembentangan kertas kerja, perbengkelan dan sidang pleno.

Kebetulan pada malam penutup kursus saya ditugaskan sebagai pengacara majlis di mana tetamu khas pada malam itu ialah pegawai dari Kementerian Pendidikan, namanya masih saya ingat dengan segar lagi tetapi tidak perlu saya sebutkan di sini kerana itu bukan okjektifnya. Objektif yang hendak diutarakan di sini ialah pentingnya masa itu diuruskan dengan tepat dan betul.

Apabila kita terlibat di dalam sesuatu majlis atau tugas kita perlulah menilai diri dan kedudukan kita dengan tepat mengikut situasinya, jangan sama sekali melencong daripada hakikat, berasa diri tidak penting atau terlalu penting adalah tidak tepat , sebaliknya perkara yang paling setiap individu hendaklah patuh kepada perancangan yang telah dirancang lebih awal dan sekian lama, di mana perancangan itu telah dirumuskan serta dicatatkan di dalam jadual, program atau aturcara majlis untuk diikuti dan dipatuhi.

Pada malam itu hanya terdapat dua ucapan penting sahaja iaitu ucapan oleh Penyelia Kursus. dan ucapan oleh pegawai dari kementerian seperti disebutkan tadi, beliau dianggap sebagai penceramah utama yang akan menyampaikan berbagai makluman KBSM dan juga mengenai " Pengurusan Masa" kerana beliau sendiri menguruskan bahagian tersebut di kementerian.

Susunan aturcaranya lebih kurang seperti berikut;
9.00 malam peserta mengambil tempat.
9.10 malam - Ucapan aluan Penyelia Kursus.
9.30 malam - Ucapan Pegawai Kementerian.
10.30 .00 malam - Jamuan Ringan.

Penyelia kursus telah memberi ucapan selama tempoh yang diberikan iaitu seperti di dalam program yang diedarkan kepada semua peserta, cukup tempoh beliau pun berhenti berucap. seperti biasalah saya pun menjemput pula pegawai berkenaan untuk mengambil gilirannya, beliau memang seorang yang berkebolehan dalam bidang berucap atau bersyarah maka disampaikannyalah berbagai makluman dan pengetahuan kepada para guru yang menjadi peserta kursus tersebut .

Dalam masa satu jam yang diberikan kepadanya tentulah tidak memadai berbanding dengan ilmu pengetahuan dan makluman yang begitu banyak di dalam dadanya itu . Sasaran yang sedang menunggu untuk menerima pun sangat penting, apapun masa dan isi kandungan yang hendak disampaikan hendaklah diambil kira.

Sebaik sahaja masa yang digunakan itu telah melebihi 5 minit, saya memberi isyarat kepadanya bahawa masa telah cukup dan beliau tentulah faham bahawa saya telah meminta supaya ucapannya ditamatkan sahaja di situ, sebaliknya beliau memohon untuk meneruskan ucapan, ketika itu saya mati akal dan membiarkan sahaja beliau berseronok dengan mikrofon yang berdiri sama tinggi dengannya itu. walaupun dari segi kuasa menguruskan majlis ketika itu saya lebih berkuasa tetapi beliau adalah ketua dan bos saya biarlah beliau bertanggungjawab dalam hal tersebut.

Peserta pun tunggu dan dengarlah dengan taat dan patuh sambil sekali sekala menghanggukkan kepada mereka tanda bersetuju ucapan itu diberhentikan kerana hidangan di dalam Dewan Makan sedang menunggu dan pekerja kantin juga sudah terhangguk-hangguk kepala mereka menunjukkan masa telah terlalu lewat dan sudah sampai masanya untuk tidur dan berehat kerana awal pagi esok masih ada tugas yang perlu dibereskan dan orang yang sama juga akan bersarapan di dewan tersebut

Setelah hampir jam 11.00 malam barulah beliau berhenti berucap, kamipun bersurai dan menuju ke kantin atau Dewan Makan kerana masing-masing merasai perut keruncung dan perlu diisi buat kali kedua untuk malam tersebut, sesampai sahaja di dewan makan kelihatan dari luar makanan terhidang seperti biasa tetapi, malangnya pintu masuk ke dalam dewan makan telah pun berkunci,
maka kami pun berlalu begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa ikhtiar untuk dapat masuk ke dewan. Tiada apa lagi yang boleh dibuat kerana kesilapan telah pun berlaku, pihak penganjur perlu mengakuinya kerana janji waktu makan termaktub di dalam program atau jadual kursus. mungkin pegawai tersebut ingin memberi pengalaman kepada anak buahnya mengenai pengurusan masa dan mengetahui akibatnya apabila masa tidak diuruskan dengan betul,
kekadang kita berkongsi masa oleh itu janganlah mengambil masa atau abaikan masa orang lain.

Pembaca tentu dapat menggambarkan apa yang akan berlaku kepada makanan yang terhidang itu dan pekerja dewan makan esoknya, kalau saya tidak memberitahunya pun tentu anda dapat menekanya , sebahagian makanan atau semua makanan di dalam hidangan yang disediakan untuk lebih seratus peserta itu akan basi dan dibuang ke dalam tong sampah sahaja.manakala pekerja terpaksa menambahkan beban tugas mereka, sedangkan penat kerana lewat tidur malam tadi masih menguasai badan.
________________

Orang muda yang sentiasa berusaha mempercepatkan dewasa diri, adalah suatu langkah yang baik kerana dewasa bermakna matang dan berketrampilan, jangan jadi orang tua yang tidak dewasa. .......

.........hehehe berfalsafah pula.

___________________


Sekian.Wassalam.



6 comments:

pecinta_Islam said...

sy membacanya dngn teliti..rsenye x de slh pape kut.hehe..tegas tul pihak pengurusan tu..sanggup bazirkn makanan demi perjanjian yg ditetapkan.knp la mereka x panggil salah seorng wakil dr pihak cikgu dan ingtkn skali lagi untuk memberitahu yg mereka akan tpp dalam jangka waktu yg tertentu..

hmm..sy ada jg terfikir..adalah penceramah yg berceramah pnjng lebar tu best ceramahnya..semuanya tertarik dngn cara beliau dan jg terhibur dngn ucapan beliau..jika berbalaoi maka mungkin yg hadir x kn kata sngt kn..tp kalau la crmhnye pun tah pape,membosankan pastu tiba2 plak x dpt mkn disebabkan terlewat krnanya..hmmm..sy fikir ramai yg krng berpuas hati dngnnye.hehehe..papepun manusia itu ada lbh dan krngnya..selagi mereka x mengancam diri kita,keluarga kita dan agama kte maka terimalah mereka seadanya walaupun kdng2 mereka krng menyenangkn kte..
(papepun best la cte ni-tahniah cikgu)
:)

tinta kasturi said...

kadang-kadang bercakap sedikit itu lebih memberi kesan daripada panjang akhirnya pendengar tidak dapat apa sebenar yang disampaikan, atau mudah kata tak ingat. selain itu, bercakap ringkas, tepat dan padat juga dapat mengurangkan kesilapan @ dosa.

wal 'asr, innal insana lafi khusr..

Leenoh said...

Salam Syahbandar87.

Apa yang hendak ditunjulkan di sini ialah pentingnya pengurusan masa, terutamanya ketika sesuatu kursus dijalankan.

Kalau mengabaikan pengurusan masa objektif kursus tidak akan tercapai, sama seperti cikgu mengajar di dalam bilik darjah, jika tempoh masa diberi hanya 40 minit, objektif yang dicadangkan pun perlulah sesuai dengan tempoh masa tersebut, kalau tempoh masa 40 minit telah selesai cikgu hendaklah hentikan pengajarannya kerana telah sampai giliran guru lain dan subjek yang lain pula.

Dan apabila kerja buat kita itu melibatkan ramai orang, kita perlulah membuat pertimbangan yang memberi keadilan kepada semua pihak.

Semua guru pada malam itu tidak menyalahkan pekerja kantin kerana mereka terpaksa melayani dan menghidangkan makanan untuk peserta kursus sebanyak enam kali sehari semalam dalam tempoh kursus itu dilangsungkan.

Bayangkan kalau pihak penganjur tidak mematuhi jadual yang telah ditetapkan.

Terima kasih kerana memberi respon, semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran dari peristiwa tersebut.

Leenoh said...

Salam Tinta Kasturi.

Dalam keadaan yang bebas itulah yang terbaik.

Jika di dalam kursus atau majlis rasmi, tempoh masa yang diberikan perlulah dipatuhi, kalau tidak, kursus atau majlis akan menjadi cacat.

Terima kasih kerana memberi ulasan.

Anonymous said...

Salam leenoh,
Pengurusan masa memanglah AMAT penting dalam hidup tidak kira apa keadaan dan situasinya.Sebab pentingnyalah Allah turunkan Surah Al-asr,Allah bersumpah dengan "DEMI MASA" kalaulah tidak penting tentulah Allah tidak bersumpah dengannya.Kerana MASA lah yang menentukan BAHAGIA dan CELAKAnya seseorang.Masa di dunia yang dimanafaatkan menurut kehendak Allah akan membahagiakannya di akhirat berkekalan begitulah di sebaliknya jika tidak digunakan dengan kehendak syariat Allah.Ya Allah jadikanlah kami daripada kalangan orang-orang yang mendapat kebahagiaan daripada MASA yang engkau peruntukkan dalam usia kami yang terhad ini....Amin Yarabbalaalamin.(arba)

Leenoh said...

Salam Arba.

Terima kasih kerana memberi respon melengkapkan huraian entri ini.
Memang benar Allah mengingatkan manusia dengan bersumpah " Demi Masa" dan menjadualkan hidup manusia dengan menetapkan waktu solat supaya diikuti dan dipatuhi.