Friday, October 30, 2009

Mulut dan dubur.

gambar hiasan


Salam semua.

Pada entri ini terlebih dahulu saya memohon maaf kerana meletakkan tajuk dengan menggunakan dua perkataan yang agak tidak selesa berada sebaris. Tanggapan pertama memang terasa kekok untuk disebut tetapi apabila diteliti dan disemak ianya tidaklah terlalu jauh bezanya.

Sekarang cuba kita semak dan teliti fizikal keduanya dari segi persamaan .
Mulut tentu sekali akan berbau busuk sekiranya kurang penjagaan, saki baki makanan yang tertinggal di celah-celah gigi yang berada dalam mulut itu akan berbau busuk dan sama busuknya dengan apa yang ada di dubur. Sebab itulah Islam memerintahkan supaya bersugi setiap kali berwuduk dan juga ketika hendak tidur dan begitu juga disuruh beristinjak selepas setiap kali membuang air besar atau air kecil.

Sekali pandang mulut dan dubur ketika tertentu keadaannya sama sahaja. Mulut akan menjadi busuk sepanjang masa sekiranya terdapat gigi yang reput dan tidak diurus dengan sewajarnya. Begitu juga sekiranya mengalami masalah di dalam perut, kekadang bau busuk mulut tidak disedari oleh pemiliknya tetapi dirasai mereka yang berhampiran tanpa dimaklumkannya kerana menjaga hati atau sensitif.

Demikianlah kalau kita ingin mendedahkan kelekehan dan kehinaan manusia, kelekehan ini terdapat pada semua manusia sama ada yang sombong dan ego atau mereka yang merendah diri dan tawaduk.

Dari segi abstrak mulut menjadi lebih busuk dan kotor lagi, apabila pemiliknya suka melontarkan kata-kata yang tidak diizinkan Allah, seperti mengumpat, mencaci, berdusta dan bercakap perkara-perkara yang lagha dan sia-sia kerana semua perbuatan tersebut adalah dosa, dosa adalah sesuatu yang kotor dan tidak suci. Sekiranya kedua-dua situasi itu berlaku pada mulut, maka mulut akan lebih kotor daripada dubur kerana kekotoran yang berlaku pada dubur hanya satu sebab sahaja iaitu kedudukannya sebagai laluan benda kotor.

Kalau kita ingin mengurangkan perasaan sombang diri dan ego, mungkin dengan cara berfikir tentang kejadian diri akan dapat meredakan keegoan yang bersarang di dada.

Orang yang sombog dan ego itu sebenarnya orang yang jahil. orang jahil biasanya tidak mengenal kejadian diri atau terlupa mengenainya.

Hanya sekadar ini sahaja. anda boleh klik tajuk di bawah ini untuk sambung membacanya.


Sekian. Wassalam.


4 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Ya..tak ya juga. Benda yang keluar dari dubur gerenti takde dosa. Perkataan yang keluar dari mulut boleh bawa dosa & binasa. Pepatah zaman dulu: "Kerana mulut badan binasa."

Zaman sekarang ni: "Kerana 'keyboard' & 'mouse' boleh berdosa & kena I.S.A.!

Leenoh said...

Salam Sdr.Zaidi.

Sekarang ni fitnah dan mengumpat boleh keluar ikut hujung jari jemari dengan pertolongan " keyboard & mouse".

Memang lazat mengetuknya, biasanya lazat dulu, sakit kemudian,

Masing-masing ada akal, pandai-pandailah membawa diri.he3

Nl said...

salam pak ngah...
ini yang kena begruru ngan pak ngah nih huhuhu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Pak Ngah pun masih menjadi pelajar kelas dewasa.
Manusia sebenarnya bertukar-tukar maklumat di antara mereka kerana tiada manusia yang mengetahui semuanya.