Wednesday, October 21, 2009

Islam dijadikan politik - Politik tanpa Islam.

Balai Besar. Kedah
(Gambar hiasan)

Salam semua.

Islam dijadikan politik - Politik tanpa Islam.

Apakah pandangan anda berkaitan dengan dua rangkaikata di atas ?

Pada hemat saya , sekali pandang jawapannya 2 x 5.= 5 x 2., kalau Islam dijadikan politik bermakna Islam dikecilkan dan dijumudkan seperti Istana dijadikan pondok, Tindakan ini tentulah salah dan tidak boleh diterima. Realitinya tidak pernah berlaku demikian di Malaysia, apa yang dilihat berlaku ialah politik berada di bawah naungan dan kawalan Islam iaitu pada dasarnya tindakan yang dilakukan menjurus kepada pelaksanaan Islam, sekali sekala berlaku perlanggaran atau terkeluar kawalan, itu adalah kesilapan dan kelemahan manusia yang mana tiada siapa berkuasa mengelakannya.

Manakala "Politik tanpa Islam" bermakna aktiviti politik dijalankan tanpa mempedulikan hukum hakam Islam dan juga tanpa mengambil kira aqidah Islam. Tegasnya berpandukan akal semata-mata tanpa disepadukan dengan wahyu Allah. Politik begini juga tidak berlaku di kalangan umat Islam Malaysia . kalau adapun mungkin Islam tidak diambil secara menyeluruh, seperti meninggalkan beberapa perkara penting dan melaksanakan beberapa perkara penting yang lain. tegasnya pelaksanaan itu tidak menyeluruh.

Politik tanpa Islam tidak berlaku di kalangan umat Islam Malaysia. Kalaupun berlaku tentu sekali tidak secara terus terang.

Orang Islam wajib menjadikan Islam itu darah daging dan aqidahnya juga mendarah daging di dalam diri mereka. Walaupun di mana sahaja mereka berada, di setiap tempat dan setiap masa.
Demikianlah perjanjian yang kita ucapkan di dalam doa iftitah pada setiap kali solat. Islam adalah suatu cara hidup yang berpandukan al.Quran dan al.Hadis. Peaturan dan undang-undangnya mencakup setiap sudut dan bidang kehidupan manusia. Tiada sebab umat Islam tidak mahu mengambil Islam itu sebagai peraturan dan kaedah berpolitik dalam keadaam mereka sedang menganutinya.

@@@

Klik: Isu Purdah


@@@

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.


No comments: