Wednesday, October 28, 2009

Ronda cari maklumat terkini - Sidang DUN dan Mesyuarat Khas.


Salam semua.

Pada akhir petang dan awal malam ini aku ronda merata laman blog mencari berita terkini mengenai sidang DUN Perak dan Mesyuarat Khas Pas Pusat yang mana kedua-duanya bersidang pada hari ini.

Penat juga aku melompat dari blog ke blog tetapi tidak berjumpa pun dengan berita yang dimaksudkan kecuali sedikit sahaja, barang kali mereka masih letih atau sedang menyusun kata-kata yang sesuai dan indah untuk dimuatkan di dalam laporan masing-masing atau ada perkara yang belum beres lagi.

Kekadang akupun hairan pada diri sendiri buat apa nak sebok-sebok dengan cerita dan berita yang kekadang memeningkan kepala tu, aku bukan ahli politik mana-mana parti pun. Dalam keadaan tidak berparti mungkin semua parti politik mengatakan aku ini musuh mereka, tapi tak kut, sebab orang politik kena bersangka baik dengan orang, kalau tidak ahli parti depa tidak bertambah nanti.
kalau depa kata aku orang ataih pagak ok la. Tapi mana boleh duduk ataih pagak, pagak mana ada bumbung.

Bukankah aku dah kata dulu, akupun orang berpolitik , cuma tanpa parti. Bila dah ronda dan tak jumpa juga berita terkini mengenai kedua-dua perkara tersebut , nampaknya nak kena tunggu sampai esok pagi, esok pagi sah suratkhabar akan laris dijual oleh Mamak seksyen 20 tu, tak pa pagi esok aku keluar pagi sikit, kalau lambat nanti habis pula.

Tapi tu la kalau baca suratkhabar ni skop dia luas sangat sampai susah pula kita nak nilai betul atau tidak, depa pakai hentam ikut depa ja. kadang-kadang apa yang depa kata tu tak betul pun. inilah yang masalah, kita nak kena tapis pula, kalau tak tapis bahaya......
.......
Sebenarnya aku dah lama tak beli surat khabar, kalau belipun cuma Sinar Harian ja, sebab harganya murah sesuai dengan aku yang dah jadi YB.JPA ni.


Aku dok cari maklumat ni bukan apa, sebab ramai jugak depa dok mai baca kat blog aku ni, kalau ada benda baik-baik aku nak bagi depa baca la, kalau tak baik, aku tak mau bagi. Hidup di dunia ni kena buat baik, barulah untung di kemudian hari, kalu dok hentam kromo ja, apa nak dapat, habuk ja la.Kalau kita buat baik dengan orang, Allah buat baik dengan kita, yang ni aku tak lupa, tapi buat baik pun, baik yang hakiki. apa itu baik yang hakiki, baik hakiki ni baik yang diakui oleh Allah, baik yang dapat pahala, bukan baik macam Robin Hood tu, dia kebas hak orang punya, kemudian pi bagi kat orang susah, mana boleh macam tu. tu kerja bodoh, kerja orang jahil. hak orang tetap orang punya mana boleh kita ambik dan tadbir pula.

Dah melarat dan merapu rata ni,Takpalah kalau begitu esok kita jumpa lain.


2 comments:

tinta kasturi said...

salam pak ngah,
harapan agar p.ngah sentiasa sihat dan seronok selalu..

seronok baca entri kali ini dgn bahasa org utara..

mengikuti perkembangan itu sangat baik dan diituntut sebenarnya..

gambaran keprihatinan diri terhadap sekeliling..

syabas pak ngah atas prihatin yg tertanam dlm diri.

Leenoh said...

Salam Tinta Kasturi.

Memang betul pandangan Tinta Kasturi tu kerana setiap orang Islam wajib bertanggungjawab dengan masyarakatnya supaya sentiasa berada di atas landasan yang betul dan benar,

Kalau amalan masyarakat tidak betul, sesat dan maksiat, lambat laun perkara itu akan sampai ke dalam kehidupan keluarga kita,

Maka situasi seperti itu tidak akan memberi peluang kepada kita utk menikmati Kehidupan Bersih.