Friday, December 31, 2010

Umpama burung kakak tua.....

Salam semua.

Asas bangunan.
Kekuatan sesebuah rumah atau bangunan bergantung kepada asas bangunannya, asas bangunan terdiri daripada tapak,tiang, rasuk dan kuda-kudanya, semua perkara tersebut perlulah kuat dan kukuh kerana banyak lagi bahagian lain yang akan menumpang kekuatannya. Lantai , atap, anak kasau semuanya akan menumpang kekuatan bangunan asas tersebut, jika tiangnya runtuh semuanya akan ikut runtuh dan sujud ke bumi, tapak dan tiang adalah asas paling utama, bahagian-bahagian lain hanya menumpang , disamping menyempurnakan dan memberi kekuatan kepada bangunan. Tanpa tapak dan tiangnya bangunan tidak akan wujud.

Demikianlah ibarat yang selalu digunakan untuk memberi faham kepada sesuatu konsep kekuatan, Solat ibarat tiang agama, kekuatan persaudaraan Islam ibarat suatu bangunan yang menumpang kekuatan di antara satu sama lain. Keakrabannya juga ibarat satu badan yang mempunyai banyak anggotanya, tangan, kaki, jantung dan seumpamanya, jika salah satu ditimpa sakit atau penyakit seluruh badan akan turut menderita sakit. Demikianlah gambaran hubungan dan kaitannya di antara satu sama lain. Kesempurnaannya memerlukan kesepaduan dalam semua hal dan perkara.

Asas Islam.
Apakah pula asas Islam bagi setiap individu yang mengaku dirinya Islam ?, persoalan ini akan menarik perhatian kita kepada Rukun Iman dan Rukun Islam. mungkin ada yang terbayang bahawa menghafaz rukun-rukun tersebut akan selesailah masalah asas Islam, juga masalah tapak dan tiang Islam, situasi itu akan selamat dari tertumbangnya Islam sehingga menyembah bumi. Jawabnya tidak semudah itu. menghafaz rukun iman dan rukun Islam belum dapat dijadikan tapak dan tiang Islam, jika menghafaznya umpama burung kakak tua belum dapat mewujudkan asas atau aqidah Islam kerana apa yang diucapkan tidak difahaminya . Asas atau kekuatan Islam seseorang adalah memahami aqidahnya, iaitu memahami dan mempercayai rukun Iman dan rukun Islam sekurang-kurangnya secara kognitif dan afektif.

Aqidah atau kepercayaan kepada rukun iman dan rukun Islam, merupakan asas atau tiang kepada Islam, tanpa aqidah seseorang itu tidak akan bergelar Islam. Memahami dan mempercayai rukun iman dan rukun Islam itulah yang dianggapa aqidah yang betul. ianya terkandung di dalam dua kalimah syahadah yang menjadi ikrar setiap orang Islam pada setiap hari , ianya tersimpan dan tertanam di dalam hati sepanjang masa.

Mereka yang betul-betul mempercayai dan memahami aqidah Islam sahaja yang akan terselamat daripada perbuatan syirik, murtad atau mempercayai ajaran sesat. Manakala mereka yang jahil ilmu Aqidah atau ilmu Tauhid akan terdedah dengan perbuatan syirik dan murtad, yang mana dosanya tidak akan diampun Allah. Mereka juga akan terdedah dengan pandangan yang tidak islamik dan tidak yakin dengan cara hidup Islam di mana dasarnya mencakup melampaui dunia global. Mereka yang menguasai ilmu Aqidah meyakini adanya dunia akhirat.

Inilah ilmu yang dimaksudkan seawal-awal dalam agama (ad.Din) adalah mengenal Allah ( auwaluddin makrifatullah ). Oleh itu mempelajari ilmu Aqidah ( ilmu Tauhid ) ini adalah fardu 'ain iaitu wajib ke atas setiap orang Islam mempelajarinya. Setiap orang Islam wajib mengetahui dengan mantap dan yakin , tidak memadai setiap masa bertanya orang lain mengenainya kerana ilmu ini adalah tuntutan asas dalam Islam.


Sekian...wallahu aklam.


Tahun 2011 akan menjelang tiba.

Salam semua.

Hari ini Jumaat 25 Muharram 1432 . Orang Islam telah pun memulakan azam baru sejak 25 hari yang telah lalu, hari ini tahun masihi 2010 akan menutup tirainya untuk memulakan tahun barunya 2011, tentulah mereka yang telah memetraikan azam pada awal tahun hijrah yang lalu tidak lagi mengikrarkan azam baru, melainkan sekadar muhasabah kepada azam yang telah diikrarkan atau berazam dalam bidang yang lain yang sememang dalam sejarahnya direkod atau dicatatkan berdasarkan kalendar atau taqwim masihi kerana terpaksa diselaraskan dengan orang lain yang rata-rata menggunakan kelendar tersebut. Apa pun sambutan tahun baru bagi keduanya pada tahun ini hanya berselang 25 hari sahaja, tidaklah jauh jaraknya.

Dalam hal ibadat khusus orang Islam dikehendaki menggunakan kalendar atau taqwim Hijrah seperti memulakan puasa Ramadan, Hari Raya, menentukan waktu solat, menentukan hari dan seumpamanya, iaitu berdasarkan peredaran bulan bukannya peredaran matahari, sebagai contoh hari Jumaat bermula setelah terbenamnya matahari pada petang Khamis, ketika waktu Maghrib petang tersebut dikira malam Jumaat. Disebabkan ramai yang tidak memahami hal pertukaran siang dan malam ini kerana terpengaruh dengan kalendar masihi, untuk menghilangkan dan mengelakkan keraguan bersabit dengan perkara tersebut, kekadang kita terpaksa menyebutnya ( Khamis malam ) dengan mendahulukan sebutan Khamis, kalau disebut (malam Khamis) pula bermaksud malam selepas terbenamnya matahari petang Rabu. Perkara ini tidak berlaku pada zaman dahulu kerana pada ketika itu masyarakat telah biasa dengan penggunaan hari dan bulan yang berdasarkan kaedah perkiraan tahun Hijrah.

Demikianlah masa berjalan dan dunia pun berubah sedikit demi sedikit, perubahan juga perlu dinilai kerana perubahan itu tidak semunya membawa kebaikan, terdapat banyak perkara yang wajib dipertahan dan dikekalkan ketulenannya, wajib bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa, berzakat, mengerjakan Haji dan seumpamanya asas amalannya tidak boleh berubah dan dibuat penyesuaian, semua perkara tersebut wajib dipertahankan dan dipelihara sehingga bertemu dengan hari kiamat, Kewajipan menurunkan kefahaman dan kesinambungan penghayatan kepada generasi demi generasi wajib dilakukan berterusan dan istiqamah. Semoga zuriat kita juga akan berterusan beridentiti Islam tulen.

Ramai di kalangan kita masih leka dan seronok dengan sambutan tahun baru yang tidak pun dituntut untuk meraikannya, kekadang anak muda kita sanggup bersusah payah berjaga malam menunggu ketibaan tahun baru yang tiada pun membawa nilai tambah untuk kebaikan mereka, menyambut atau sebaliknya tahun baru tetap akan datang, kalau alam ini belum sampai masa dikiamatkan Allah. Dikenali sebagai Tahun Baru kerana diistilahkan kepada kehadirannya sahaja tetapi hakikatnya dunia dan alam ini semakin tua dan semakin menghampiri hari kerosakan atau kiamat.

Klik jer








Sekiam...wallahu aklam.


Thursday, December 30, 2010

Respon kepada peristiwa yang berlaku di blog jiran

Salam semua.

"Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya," katanya.

Pada hematku.
Saya bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh Dewan Ulama PAS Kedah , pandangan saya ini bukan merupakan pandangan ahli kerana saya tidak pernah menjadi ahli PAS, pandangan ini mungkin dianggap sebagai pemerhati yang berada di luar pagar PAS, namun demikian kerana PAS memperkatakan Islam, maka ianya tidak dapat lari dan elak untuk sama-sama memikirkannya, apabila memperkatakannya ianya kekadang akan bertemu di dalam satu trek perjalanan yang sama. Sebab saya juga orang Islam dan juga memikirkan hal yang sama. Iaitu mengharapkan Islam ditegakkan dalam semua aspek kehidupan.

Parti yang memperjuangkan Islam dasar yang termaktub di dalamnya semestinya telah dominan dan lain-lain pekara dan subjek tentunya berada di tahap yang lebih rendah. Masalah luaran hendaklah disesuaikan dengan dasar perjuangan bukan dasar perjuangan yang beralah, jika dasarnya beralah akan berubahlah wajah asalnya. Apabila sampai di destinasi nanti bukan lagi dirinya yang tiba, jika ini berlaku segala yang dihajati akan hilang ketulenannya.

Biar lambat asal selamat.
Tidak guna sampai awal di destinasi, jika sebahagian bekalan dan barangan yang dibawa tercicir di perjalanan.

Sekian...wallahu aklam.

Aku anak dagang.

Salam semua.

Aku bukan hendak mengajar peribahasa di dalam blog " Kehidupan Bersih" yang aku kasihi ini, tetapi ingin menukilkan sesuatu yang sedang terlintas di hatiku buat masa ini. Sebelum ianya hilang di angin yang berlalu biarlah aku nukilkan di sini buat tatapan anak cucuku.

Tidak dinafikan semua manusia adalah "Anak Dagang" iaitu datang dari suatu tempat yang lain dan menetap pula di tempat yang lain atau lebih tegas lagi " orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat". Adakah anda tidak terlibat dengan proses sedemikian?. Tentunya tempias juga sedikit sebanyak proses tersebut.

Apabila kita mengkaji dan meneliti semua orang terlibat dengan proses ini termasuk para pemimpin kita, anak dagang yang sebenar hakikatnya melibatkan semua orang, kita datang dari perut ibu hanya untuk berdagang di dunia buat sementara waktu, dunia ibarat ladang unuk becucuk tanam sebagai bekalan hidup. Di samping itu dunia ibarat ladang hakiki untuk beramal dan menyediakan bekalan ke akhirat, tegasnya dunia adalah merupakan ladang untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.

Untuk mendapatkan kedua-dua kebaikan itu manusia memerlukan ilmu dan kefahaman mengenai hakikat hidup yang sebenar-benarnya. Mereka yang tidak memahami hakikat hidup dikenali sebagai jahil, mereka yang jahil akan sesat dan lalai di ladang persinggahannya, tanpa mengumpul sebarang bekalan ke akhirat.

Pekerjaan orang jahil hanya menghasilkan bekalan untuk dunia sahaja, sebaliknya mereka yang berilmu dan beriman setiap pekerjaan mereka pula menghasilkan bekalan untuk dimanfaatkan di dunia dan di akhirat.

Dalam hal penempatan di dunia sahaja pun aku adalah anak dagang, merantau di tempat orang mengikut rezeki dan takdir yang diaturkan ilahi. Aku terima seadanya, aku reda (redza) setulus hatiku. Hanya Allah Perancang yang terbaik.

Sekian...wallahu aklam.

Ada penyangak kutip wang RM0.50.

Salam semua.

Bukti sayangku pada anda.

Ramai manusia pada zaman ini kelihatan hebat tetapi hakikatnya tidak pun hebat seperti penampilannya, terdapat di kalangan mereka mengutip wang melalui telefon bimbit secara tidak jujur dan jahat, semoga Allah memberi pertunjuk dan hidayah kepada mereka, terpulanglah kepada Allah sama ada hidayah itu diberi dalam bentuk menurunkan bala atau kesedaran, apa yang dirungut dan hajat di hati ialah menaruh harapan Allah memberikan mereka hidayah. Kewujudan mereka di atas penampilan tersebut menyusahkan ramai orang lain.

Kalau mereka masih berjiwa binatang susah bagi manusia lain hidup bersama mereka, binatang yang berjiwa manusia memelihara dan menjaga keselamatan anaknya serta kumpulan atau pasukannya dengan sebaik mungkin, manakala manusia yang berjiwa binatang mindanya tertumpu sepenuhnya kepada kepentingan diri. Kalau banyak di kalangan manusia terdapat binatang yang boleh bercakap seperti ini akan membawa banyak kesusahan kepada manusia kerana mereka ini mengambil harta orang lain tanpa perasaan kemanusiaan.

Di kalangan manusia terdapat binatang dan sebaliknya juga di kalangan binatang terdapat manusia. manusia berjiwa binatang umpama haruan makan anak, binatang berjiwa manusia sentiasa mendidik dan menjaga anak-anak sehingga berdikari seperti mengiringi anak kecilnya sehingga berdikari.

Aku telah ibaratkan penyangak yang mengutip wang RM0.50 melalui telefon bimbitku ( berlaku berulang kali ) tanpa persetujuan yang sohih dariku itu dapatlah anda memilih perbandingan di atas untuk dibuat penyesuaiannya.

Kalau anda didatangi penyangak tersebut melalui telefon bimbit anda, hubungilah nombor yang tertera di bawah ini untuk menghentikan perbuatan yang menyakitkan hati itu.

Hubungi....0321711286, aku pun tidak pasti status nombor ini tetapi anda cubalah hubunginya, jika telah terdesak.

Sekian...wallahu aklam.
.


Nafsu dan permintaan manusia tidak terhad.

Salam semua.

Kutulis untuk semakan diriku.

Manusia tidak pernah berasa puas, baik lelaki mahupun perempuan, kalau anda tidak percaya cubalah ambil masa sejenak dan fikirkan ketepatan kenyataan ini. Dunia memang dijadikan Allah demikian, dunia ini bukan tempat yang sesuai untuk mencukupkan dan berpuashati dalam apa bidang sekali pun, kalau pun telah terasa puas dalam sesuatu hal ianya hanya buat sementara sahaja, akan kembali semula hajat atau terasa kembali kekurangan itu.

Mereka yang sedang belajar atau apa sahaja carian minda mereka hanya tertumpa pada matlamat ingin bejaya cemerlang, setelah mendapatnya datang pula keinginan yang lain yang mengusik-mengusik jiwa untuk mendapatkan keinginan baru menjadikan perjuangan tidak pernah selesai dan tidak pernah berasa puas dan cukup, semuanya memperlihatkan bahawa dunia ini hanya sementara, siapa sahaja yang dijenis dan dikategorikan sebagai manusia, mereka tidak pernah puas dan cukup. Keinginan dan permintaan mereka tidak pernah mempunyai had sempadan.

Manusia mencari harta sehingga dihentikan kerana terpaksa berpindah ke liang lahad sebelum membuat suatu keputusan berhenti mencarinya . Kepuasan sex juga tidak pernah menetap di destinasinya, sebaliknya akan berulangalik hajatnya sehinggalah tenaga tidak mampu mengangkat derapnya ke hadapan. Apa pun manusia perlu berwaspada sepanjang hayatnya daripada godaan besar agar mereka tidak terlibat dengan rasuah dan keterlajuran yang lain, mereka juga perlu sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah supaya landasan yang dilalui tidak terpesong, Banyak ayat-ayat al.Quran dan al.Hadis menyebut perkara ini , sekiranya rajin membaca dan menelitinya pasti akan terjumpa nasihat-nasihat yang berkaitan. Setelah terkesan nasihat tersebut berlaku pula masalah mematuhi dan mentaatinya, sekali lagi manusia memerlukan doa untuk mendapatkan pertolongan Allah, manusia yang berilmu dan merendah diri sahaja yang akan berjaya mendapat hidayah dan taufik Allah. Betapa beruntungnya mereka yang mendapat pertolongan tersebut.
_________________________________________

Peringatan Allah dalam firman-Nya;

[1]
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
[2]
Sehingga kamu masuk kubur.
[3]
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
[4]
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
[5]
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
[6]
(Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
[7]
Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
[8]
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
( Surah At.Takaathur )

_____________________

Petikan Hadis:
Rasulullah.s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya dia mahu yang kedua dan sekiranya dia mempunyai dua lembah, nescaya dia mahu yang ketiga.Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat" .
(Riwayat Ahmad)

___________________________________________

Manusia perlu dipujuk dan diingatkan supaya mereka sentiasa berpuashati dan reda atas takdir yang telah ditentukan dan hendaklah terima seadanya takdir tersebut, manusia sentiasa membandingkan dirinya dengan orang lain, terutamanya yang terdekat dengan mereka. Mereka seolah-olah ingin menjadi orang lain yang jauh lebih baik daripada mereka, keinginan ini perlu disederhanakan sehingga ia menjadi motivasi dan akhirnya mereka benar-benar menjadi diri sendiri yang lebih baik.

Keinginan itu juga hendaklah diurus dengan baik supaya tidak menjadi desakan yang keterlaluan sehingga menyebabkan mudarat kepada diri sendiri, gagal mengawalnya akan terlanjur menjadi seorang yang perasuah, salah guna kuasa, perogol, perompak dan seumpamanya. Akhirnya doa juga yang akan membantu menguatkan ketahanan dan kesabaran.

Catatan:
Berusaha dan bekerjalah kerana kita akan hidup lama lagi dan beribadatlah kerana kematian itu boleh berlaku bila-bila masa sahaja.Kenyataan ini perlu disederanakan.

Sekian...wallahu akalam.

Wednesday, December 29, 2010

Majlis suaikenal asramawan Tingkatan 1.

Salam semua.

Beberapa hari sahaja lagi akan muncul tahun baru 2011, masing-masing akan bergerak sederap ke hadapan mengikut kedudukan masing-masing, baki usia yang belum digunakan semakin pendek, anak-anak akan mulai bersekolah, naik darjah , naik tingkatan, ke universiti, masuk asrama dan sebagainya, artikel ini ingin fokus mengenai asramawan Tingkatan Satu dan amnya asramawan baru di peringkat sekolah menengah.

Aku terasa semacam aku faham hati nurani budak-budak Tingkatan Satu, semuanya aku kutip daripada pengalamanku yang telah lalu. Aku tidak mengaku bahawa aku memberi manja kepada mereka, aku tegas dan garang juga tetapi apabila berkaitan dengan kebajikan mereka , aku rasa mereka patut ditolong dan dipermudahkan urusannya sesuai dengan usia mereka.

Orang dewasa pun kekadang kekok ke majlis berseorangan,begitu juga ke majlis khenduri mereka lebih selesa berteman kecualilah majlis itu di tempat yang sememangnya terdapat ramai kawan dipersekitarannya. Gurupun kekedang gelisah apabila ditukarkan ke sekolah baru kerana menghadapi masalah yang sama iaitu masalah menyesuaikan diri dengan staf yang baru.

Inikan pula pelajar Tingkatan Satu yang datang dari berbagai kampung dan tempat, baru sahaja berjumpa dan sebahagian besarnya tidak mengenali di antara satu sama lain dan terus pula duduk sebilik tentulah masing-masing kekok untuk membawa diri sementara menjadi kebiasaan dan akrab.

Mengadakan Majlis Sauikenal untuk mereka pada awal malam pertama akan mempercepatkan proses pengenalan dan akan cepat berlakunya kebiasaan dan keakraban di antara satu sama lain, majlis tersebut banyak memberi pertolongan dan kelegaan kepada mereka. Bukan sahaja pelajar Tingkatan Satu, malah mana-mana pelajar baru memang memerlukan aktiviti ini, adalah sunat kalau membuatnya atau dalam kata-kata lain berpahala, jika melaksanakannya.

Taaruf sesama penghuni sebilik pada malam pertama sangat penting dilakukan iaitu mengarahkan mereka dengan melakukan beberapa aktiviti yang menjurus kepada cepatnya berlaku perkenalan seperti aktiviti menghafal nama-nama rakan sebilik dan mengenali batang tubuhnya, sedikit sejarah pesekolahan dan lain-lain. Tambah maklumat klik baca di sini.

Sekian...wallahu aklam.

Belajar membaca al.Quran

Salam semua.

Sengaja saya -( link )- kan website di bawah ini semata-mata untuk kemudahan mereka yang ingin memanfaatkannya, melalui link ini anda boleh mendengar bacaan al.Quran dan menggunakannya sebagai alat bantuan mengajar dengan menggunakan klik ulangbaca yang disediakan pada setiap ayat.

Semasa kita mendengar bacaannya hendaklah perhatikan dan dengarkan betul-betul sebutannya dan kita hendaklah cuba meniru dan mengikut sebutan atau bacaan tersebut dengan tepat sedaya upaya. Insya Allah kita akan dapat memperelokkan dan mentahsinkan bacaan kita.

Klik di sini insya Allah akan sampai ke destinasinya.



Tuesday, December 28, 2010

Mesyuarat dan karenahnya.


Salam semua.

Aku rasa agak lapang pada hari ini, lapang dada dan lapang masa, oleh itu aku ingin menulis sesuatu mengenai "mesyuarat", tidak kiralah apa sahaja mesyuarat, apa pun tentulah aku cenderung memfokuskan kepada pengalaman yang telah aku lalui, semasa masih bertugas dulu aku memang sebok dengan mensyuarat sama seperti kekawanku juga, mesyuarat guru, mesyuarat panitia, meyuarat PIBG dan lain-lain lagi.

Setiap mesyuarat tentulah mempunyai agendanya tersendiri, agenda disediakan semestinya mencakup semua perkara yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat nanti, secara tidak langsung agenda telah membahagikan mesyuarat itu kepada beberapa item tertentu yang juga mengikut keutamaannya yang tertentu.

Mesyuarat kekadang disekalikan dengan taklimat, mesyuarat seperti ini biasanya dicatatkan di dalam surat jemputan sebagai " Mesyuarat/taklimat", mesyuarat seumpama ini selalunya akan memakan masa yang panjang , mesyuarat seperti ini ketua sesuatu bahagian yang akan mempengurusikanya, ketua biasanya tidak takut melanggar agenda kerana beliau sendiri mempunyai kuasa di situ, kekadang beliau sendiri tidak berpengalaman dan menyebabkan tidak menyedari bahawa mesyuarat yang beliau sedang kendalikan itu telah menyimpang jauh dari agendanya, menjadikan mereka yang menyedarinya mendiamkan diri dan membiarkan ianya berlangsung demikian rupa kerana anak buahnya tidak berminat menegur perjalanan mesyuarat berkenaan. Ini juga di antara faktor dan penyebab berlakunya mesyuarat menjadi melalut dan berpanjangan.

Jika berlaku demikian ramai yang akan merungut sesama sendiri selepas mesyuarat, ini menggambarkan mesyuarat tersebut tidak menepati tatacaranya dan kurang berkualiti serta tidak profesional, orang yang paling tidak suka hal ini berlaku ialah pencatat minit mesyuarat, situasi itu menyebabkan pencatat terpaksa membuat semakan semula selepas selesai mesyuarat nanti supaya mesyuarat yang tidak mengikut agenda itu dilihat berjalan mengikut peraturannya.

Mesyuarat yang dikendalikan oleh pengerusi yang telah ditetapkan seperti mesyuarat panitia, PIBG dan lain-lain, lain pula karenahnya. ianya juga boleh menjadi melalut dan hilang fokus sekiranya pengerusi tidak memahami dan tidak pandai menghayati agenda dan ditambah lagi dengan ahli mesyuarat juga terdapat yang bersifat demikian. Mereka yang memahaminya pula tidak mahu dirinya dilihat seperti mengajar pengerusi pula, mereka memilih menjaga hati pengerusi daripada menjaga perjalanan mesyuarat, sanggup sama-sama melayani perbincangan yang sia-sia dan balik lewat.

Sesuatu mesyuarat yang mengambil masa yang panjang tidak semestinya berkualiti, mungkin ianya berlaku demikian kerana kurang cekap merangka kerja yang akan dilaksanakan di dalam minda ahli mesyuarat , terutamanya pengerusi mesyuarat , kelemahan tersebut menyebabkan fokus perbincangan mengenainya tidak tepat sasaran.

Sekian...wallahu aklam.

Monday, December 27, 2010

Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu 2011.


Salam semua.

Masa berjalan dan terus berjalan cuma empat hari lagi sahaja berbaki manusia di seluruh dunia akan melangkah masuk ke tahun yang baru pula iaitu tahun 2011, mengikut perkiraan tahun Hijrah penghijrahanya telah melangkah masuk hari yang ke 21 pada hari ini , kini telah pun berada di dalam tahun 1432, tahun-tahun yang mendatang dirasakan lebih mencabar lagi berbanding dengan tahun-tahun yang telah lalu, ini dibayangkan melalui kenaikan harga barang pada setiap tahun dan kekadang berselang bulan. Tahun 2011 mungkin akan lebih rancak dan mencabar lagi. Ini semua menuntut kita supaya berfikir dan terus berfikir, juga membuat perkiraan yang betul dan adil bagi setiap bidang dan situasi .

Mereka yang mempunyai ramai anak terpaksa bertungkus lumus mengumpul wang bagi menampung perbelanjaan persekolahan mereka, kini sudah hampir tiba masanya. Perdaftaran bagi pelajar sekolah rendah mungkin telah pun disempurnakan kerana biasanya sekolah rendah akan memberi tempoh yang panjang untuk para waris mendaftarkan anak mereka. Berbeza dengan sekolah menengah yang menetapkan sehari khas untuk pendaftaran Tingkatan Satu, kenyataan ini adalah berdasarkan pengalaman yang telah lalu, banyak tahun juga terlibat dengan tugas tersebut bersama rakan sejawat. Pengalaman itu merumuskan bahawa tidak sesuai diadakan sehari sahaja untuk pendaftaran, suatu anjakan perlu dibuat.

Pada hematku.
Menentukan sehari untuk pendaftaran pelajar Tingkatan Satu ada baik dan buruknya. Suasana sekolah pada hari tersebut seperti berpesta kerana kehadiran waris yang ramai, ibu bapa dan murid akan hadir pada hari pendaftaran, sekiranya sekolah tersebut menempatkan pelajar Tingkatan Satu seramai 400 pelajar bermakna kehadirannya mencecah 800 orang atau lebih. Jika mereka datang serentak keadaannya akan menjadi sebok, bercelaru dan sesak, tugas yang senang itu akan menjadi lebih susah, sedih melihat guru melayani para waris dan murid dalam keadaan sentiasa kalut, berlebih-lebih lagi sekiranya ditambah pula dengan perancangan yang tidak kemas dan tidak cekap. Perancangan yang cekap sekali pun situasinya akan tetap menjadi kurang sempurna apabila melayani pelanggn yang sangat ramai yang penuh sesak menunggu pada suatu ketika di hadapan kaunter pendaftaran. Kekadang guru yang sedang menguruskan pendaftaran itu dikerumuni waris dan murid sehingga tidak selesa untuk bernafas, situasi itu berlaku kerana kaunter pendaftaran ditempatkan di dalam bilik darjah atau di tempat yang terbuka.

Apabila para waris menunggu terlalu lama terdapat di kalangan mereka yang merungut dan tidak sabar menunggu menyelesaikan pendaftaran tersebut, situasi ini menyebabkan para guru tidak sampai hati untuk berehat dan makan. ( pernah berlaku ). Guru bertugas pada hari tersebut juga diminta supaya mengutip bermacam-macam yuran pada hal mengikut peraturan guru bukanlah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengutip yuran, tugas tersebut adalah tugas perkeranian. mengutip yuran dikira tugas tambahan yang terpaksa diselesaikan oleh Guru-guru Tingkatan.

Merujuk kepada pengalaman yang telah lalu, pernah suatu ketika pendaftaran pelajar Tingkatan Satu dilaksanakan dalam tempoh selama seminggu untuk waris datang mendaftar anak-anak mereka, pendaftaran dibuat di pejabat sekolah oleh kakitangan pejabat , tetapi anjakan ini tidak kekal, beberapa fail disediakan oleh Guru Penyelia Tingkatan Satu dengan membuka fail sejumlah kelas yang akan dibuka, fail - fail itu dinamakan sebagai K1, K2, K3. K4, K5 dan seterusnya , setiap fail akan mengisi dokumen 40 pelajar, fail ini adalah fail sementara, di mana fail tersebut akan diisikan maklumat penting pelajar di antaranya salinan Sijil UPSR. surat beranak, salinan Kad Pengenalan, surat penempatan dari PPD dan lain-lain. Segala pembayaran yang dikenakan akan dikutip pada hari persekolahan. Penyelarasan dan penyesuaian kelas dibuat dalam minggu pertama persekolahan. Kaedah ini dapat menyelesaikan banyak kerumitan.

Semasa pendaftaran pelajar akan beri kad khas sebagai pengenalannya, sekiranya dokumen mereka berada di dalam fail K1, maka pelajar tersebut akan diberi kad K1 dan demikianlah seterusnya. Kad tersebut mereka akan memakainya pada minggu pertama sehingga selesaikan penyelarasan kelas disempurnakan, selepas itu mereka akan ditempatkan mengikut kelas yang telah ditetapkan.

Urusan pendaftaran pelajar dan mengutip yuran adalah urusan perkeranian dan bukannya tugas hakiki guru, selain daripada itu banyak lagi kerja-kerja yang dibebankan ke atas bahu guru, walaupun bahu guru telah pun senget sebelah dek beratnya beban yang mereka tanggung masih ada beban baru yang bakal muncul untuk diselesaikan, jika diberi RM500.00 sebulan sebagai bayaran tambahan rasanya dapatlah juga mengurangkan rasa letih dan penat serta tensyen selama ini.

Sekian...wallahu aklam.


Sunday, December 26, 2010

Sembang-sembang di Kedai Gunting Wak Jaman.


Salam semua.

Hari ini aku terasa kepalaku kurang selesa, terasa macam berat dan panas, mungkin rambut dah panjang melebihi paras kebiasaan, pada bulan lepas rambutku digunting pendek dengan menggunakan no.2 iaitu tahap yang kedua pendek berdasarkan susunatur mengikut mesin, kalau guna nombor satu agak lambat panjang kerana no.1 kedudukannya agak rapat dan hampir sama seperti mencukurnya.

Aku mengambil keputusan ke Kedai Gunting Wak Jaman untuk menipiskan sedikit rambutku, lagi pun Wak Jaman mengenakan bayaran yang sangat murah kepada semua pelanggannya , sambil itu bolehlah aku mendengar lagu-lagu klasik melalui radio Wak Jaman yang sering berkumandang di udara. Wak Jaman memang peminat setia program tersebut.

Ketika aku sampai di Kedai Gunting Wak Jaman, dah ramai pelanggan yang sedang menunggu, seorang guru yang masih dalam praktikum sedang berada di atas kerusi, Wak Jaman sedang menggunting rambutnya dan orang muda itu dikenalkan padaku oleh Wak Jaman, Hari Ahad memang Wak Jaman mempunyai ramai pelanggan, tak cukup tangan melayani pelanggan yang ramai itu, banyak rezekinya pada hari ini, maklumlah hari ini hari cuti, nama sebenarnya Zaman bukan Jaman seperti tertulis pada tajuk di atas tetapi orang kampungnya memanggil beliau Wak Jaman kebiasaan orang di sini kata Wak Jaman mereka tidak memanggilnya Wak Zaman, mungkin lidah mereka susah hendak menyebutnya.

Di kerusi sebelah En.Zul ( Zulkarnain ) sedang menggunting rambut seorang kanak-kanak dengan tekun dan amat berhati-hati, ketika aku masuk kedua-duanya berjabat tangan denganku, selalunya selepas bergunting baru mereka berdua berbuat demikian tetapi kali ini mereka terus sahaja berjabat tangan, agaknya sebab dah lama kami tidak bertemu muka.

Berbalik kepada seorang yang berkemungkinan bakal guru pada suatu hari nanti, beliau sedang belajar di UPSI ( Universiti Perguruan Sultan Idris ), agaknya dalam tahun akhir kerana pada masa ini beliau sedang di dalam latihan mengajar (praktikum), setelah aku bersapa dengan semua orang kami pun mulailah berbual berbagai-bagai isu daripada cerita mengenai gulai rebung madu sehinggalah isu pendidikan,khasnya mengenai bakal guru tadi sama ada akan mendapatkan kerja sebagai guru atau sebaliknya, katanya walau pun beliau dianggap oleh masyarakat sebagai bakal guru, sebenarnya belum tentu beliau akan menjadi seorang guru seperti yang dicita-citakannya kerana pada masa ini pihak kerajaan tidak memberi jaminan bahawa mereka akan mendapat pekerjaan tersebut seperti masa-masa yang telah lalu, terpulanglah pada nasib katanya.

Beliau kelihatan bimbang dengan masa depannya, sekali-sekala meluahkan rasa tidak puas hatinya, katanya beginilah keadaan kalau hal pendidikan orang politik masuk campur, aku hanya sokong separuh sahaja apa yang dirungutkan itu sebab beliau tidak sempat memberi huraian lanjut mengenai kenyataannya itu. Mungkin masih banyak lagi perkara yang belum diluahkannya, beliau balik sebaik sahaja rambutnya siap digunting. Sebagai orang lama aku dapat teka bahawa orang muda ini sedang dalam kebimbangan dan kerisauan mengenai masa depannya. Aku memang rasa simpati dengannya.

Aku pun nampak masa depan mereka , gelap kalau mereka yang berkelulusan ijazah dalam bidang pendidikan ini ( meja pendidikan ) dibiarkan mencari pekerjaannya sendiri, ini bermakna mereka terpaksa menunggu iklan kekosongan guru yang akan diiklankan oleh JPA atau meninjau kekosongan guru di sekolah-sekolah swasta. Nampaknya peluang pilihan pekerjaan mereka sangat sedikit berbanding dengan pencari kerja di kalangan mereka yang berijazah pedidikan. Kebimbangan itu bukan terhenti pada orang muda tersebut, malah ibu bapa juga akan turut rasa bimbang dan risau mengenangkan nasib anak mereka.

Pengajian keguruan tidak boleh disamakan dengan pengajian bidang yang lain kerana pengajian ini adalah sangat khusus atau hanya khusus kepada pegajaran dan pemelajaran. Kalau pun mereka mempunyai potensi dalam bahagian pentadbiran tetapi pihak majikan yang sedang mencari pekerja sukar menerima mereka yang situasinya tidak terjamin kebolehan tersebut kerana tiada pengesahan kebolehan mereka dalam bidang itu oleh IPTA. sebaliknya mereka ini disahkan sebagai bakal guru.

Sekolah swasta belum begitu banyak di Malaysia dan nisbah keperluan guru oleh sektor ini tidak banyak berbanding dengan bakal guru yang dikeluarkan oleh berbagai universiti tempatan.

Sekian...wallahu aklam.

Bunga akan rosak, jika berada di tangan monyet.

Salam semua.

Ibarat dan perbandingan.
Bunga adalah sesuatu yang sangat elok dan indah serta yang sangat disukai oleh semua manusia yang normal, malah manusia juga memerlukannya, demikianlah hubungan bunga dengan manusia. Bunga sentiasa diletakkan di hadapan atau di tempat yang terpilih dengan harapan suasana akan menjadi lebih baik, lebih indah dan lebih disukai, tetapi, sekiranya bunga diserahkan kepada monyet untuk menjagai atau menghargainya, sudah tentulah tindakan itu dilihat tidak sesuai dan tidak adil. Walaupun monyet menerimanya dengan penuh semangat dan ghairah tetapi bukan dalam keadaan dan situasi yang lumrah. Monyet akan meramas-ramasnya sehingga hancur dan hilang wajah kecantikannya. Oleh itu tiada sebab dan alasan yang mendorong manusia menyerahkan bunga kepada monyet, melainkan mereka membuat perkiraan yang tidak tepat dan salah. Semua manusia memang menyedari akibat menyerahkan bunga kepada monyet, mungkin bunga yang diserahkan itu tidak lagi disayangi mereka. bunga itu sama ada berkeadaan baik atau rosak bagi mereka serupa sahaja. Demikianlah ibarat atau perbandingan yang disesuaikan dengan sesuatu keputusan yang tidak menasabah.

Pada hematku.
Sesuatu yang baik dan berharga serta amat penting adalah tidak sesuai diserahkan kepada mereka atau orang yang tidak berkebolehan menjagainya dan bertambah pula tidak berminat untuk menghargainya serta bersifat tidak amanah pula. Sekiranya ini berlaku bermakna telah terlaksana suatu perbuatan yang dikategorikan sebagai tidak amanah, penyerah dan penerima kedua-duanya dikira tidak beramanah, orang yang menyerahkannya tidak amanah kerana tidak teliti dalam pemilihannya dan penerima pula tidak amanah kerana menerima amanah yang diri sendiri tidak mampu membuatnya atau melaksanakannya , sedangkan pada waktu yang sama menyedari bahawa ada orang lain yang lebih layak penerimanya dan mampu melaksanakannya.

Sebagai contoh; Kerja-kerja mengenai besi hendaklah diserahkan kepada Pandai Besi atau Tukang Besi. Urusan mengenai pendidikan hendaklah diserahkan kepada pakar pendidikan dan urusan mengenai menjaga syariat, prosedur dan kehidupan Islam secara syumul hendaklah diserahkan kepada mereka yang ahli di dalam bidang tersebut, di mana mereka mengetahui cara dan jalan kehidupan di dunia yang berlandaskan Islam dan dalam masa yang sama dapat menjaga keselamatan di akhirat secara serentak, sekiranya orang lain menerajuinya, maka akan terhasillah ibarat dan perbandingan seperti disebutkan di atas.

Sekian...wallahu aklam.



Friday, December 24, 2010

Berfikir, jangan tidak berfikir.

Salam semua.

Pada hari ini saya ingin mengajak anda semua supaya sama-sama berfikir mengenai apa yang sedang berlaku di sekeliling kita pada masa ini, akan datang atau pada masa yang telah lalu. Betapa pentingnya aktiviti berfikir ini, mungkin dalam hal ini dapat kita fikirkan bersesuaian dengan peringatan Allah di dalam Kitab Suci al.Quran berulangkali dengan menyebutnya " bermaksud - (............................Adakah kamu tidak berfikir) ".

Nilai yang diletakkan kepada aktiviti berfikir ini sangat tinggi, Allah memberi pahala melebihi mereka yang menunaikan solat sunat pada keadaan tertentu , tanpa berfikir manusia akan mundur, kehidupan akan rosak, masyarakat akan musnah dan negara akan rosak dan binasa.

Allah mengurniakan kepada kita badan yang dilengkapkan dengan keperluannya sebagai manusia, manusia mempunyai akal, hati, nafsu dan lain-lain semua keperluan itu memungkinkan kita berfikir dan bertakul dengannya.

Walaupun kita dikurniakan akal dan hati yang membolehkan manusia berfikirkan dengan baik tetapi di sana masih terdapat elemen gangguan yang dapat merosakkan buah fikiran yang bernas. Dalam diri manusia terdapat nafsu dan diluarnya terdapat iblis syaitan yang sentiasa menganggu dan mengajak manusia ke arah kebinasaan dan menarik ke arah destinasi yang jauh dari Allah.

Minda dan hati manusia memerlukan hidayah dan taufik dari Allah supaya mereka mampu berfikir tanpa bersepadu dengan hasutan iblis syaitan , hasutan yang mungkin menyebabkan nafsu menjuarai di dalam membuat sesuatu keputusan dan hilang sandaran. Kehidupan manusia juga wajib bersandarkan kepada panduan yang dikurniakan Allah yang termaktub di dalam al.Quran dan berada pada diri rasul (sunnah).

Kita sering mendengar ungkapan yang menyatakan - Kita jaga anak kita sudah, dia jaga anak dia - itu kerja orang politik, biarkanlah - aku tidak berminat dengan politik" - Kata-kata ini kelihatan biasa sahaja dan tiada apa-apa risiko atau keburukannya. Setelah dikaji dan diperhatikan dengan teliti rupanya di sana terdapat beberapa keburukannya.

Kita jaga anak kita sudah - Dia jaga anak dia.
Apa akan terjadi kalau anak dia penagih dadah, pengedar dadah, perompak, perogol atau lain-lain kejahatan, bukankah situasi ini akan mengancam manusia lain, bukankah dengan adanya mereka itu menyebakan kehidupan kita juga akan turut terancan dan tidak aman.

Kalau inginkan kesejahteraan hidup nampaknya semua orang tidak dapat elak dari berusaha, berharap dan berdoa supaya semua manusia menjadi baik . Dengan itu barulah wujud masyarakat yang baik dan prihatin.

Itu kerja orang politik, biarkanlah - aku tidak berminat dengan politik-
Apakah yang dibiarkan dan apakah pula yang tidak berminat dalam bidang politik itu?. Rasanya sikap ini juga berbahaya, bukan sahaja setakat berbahaya tetapi amat berbahaya bagi rakyat sesuatu negara, jika bersikap demikan. Berpolitik tidak semestinya mendaftar menjadi ahli mana-mana parti yang berdaftar seperti kita sedia maklum, berpolitik juga tidak semesti menyatakan sesuatu melalui mana-mana parti, menyatakan dan melontarkan rasa tidak berpuas hati dengan sesuatu pentadbiran pun sudah dikira berpolitik kerana ianya memberi kesan suka dan benci kepada sesuatu kerajaan atau parti tertentu, rasa benci atau suka itu memungkinkan berlaku perubahan kerajaan atau mengekalkannya.

Apa yang penting hendaklah sentiasa berfikir, jangan tidak berfikir.

Sekian...wallahu aklam.


Thursday, December 23, 2010

Tenang akan kembali bergelora.(puisi)

Salam semua.

Aku berpuisi lagi.
Dikala mindaku tenang, aku terus berpuisi,
kali ini aku berpuisi dengan tenang,
Tenang menjadi fokusku.
Tenang bukanlah sifat tetapi nama tempat.
Selama ini Tenang memang pun tenang,

tanpa apa-apa projek yang diuar-uarkan.

Tenang tidak mungkin terus tenang.
ramai pemaju projek akan datang membawa tawaran.
berbagai-bagai projek akan ditawarkan,
TV yang kurang tenang itu akan sebok menyebut nama Tenang.

Tenang akan dikenali dan masyhur buat sementara.
Tenang akan dikunjungi pembesar negeri dan negara,
Kali ini pembesar negara akan sampai ke tangga rumah,
walaupun bertiang dan bertangga buluh.
terletak di hujung baruh,tetap mereka akan sampai.

Tiang buluh akan ditukar kepada simen yang kukuh,
tangga buluh akan diganti dengan batu-bata berwarna indah,
kerana prihatin mereka ketika ini sangat tinggi.

Tidak perlu ditanya;
kerana musimnya akan kunjung tiba,
musim bantuan,
musim puji-pujian.
musim propaganda.

musim mengelirukan.

musim hiasan bendera dan slogan.
musim yang tiada sesuatu tapi diada-adakan.

Hampir pasti Tenang tidak akan tenang buat sementara.
kerana pilihan raya DUN Tenang akan kunjung tiba.
Tenang akan bergelora kembali dan akan lebih bergelora lagi.

Setiap jalan dan lorong akan dikunjungi,
jalan akan menjadi lebar.
lorong akan menjadi mini tar.

semuanya akan berjalan,dengan tertib,
tidak kasar.

kerana menjaga pengundi,
dan itulah umpannya.
Mereka yang cerdik mengelak supaya kailnya tidak tersangkut diisangnya.
mereka yang suka dan leka akan kenyang termakan umpannya,

walaupun hanya buat sementara,


Habis musim, susah akan kembali,
pemaju projek tidak akan kunjung lagi.
Projek ada tapi tidak semeriah ini.

Inilah budaya kita, itulah juga budaya kita.
kita adalah kita sehinggalah anjakan dibuat.
rakyat memerlukan anjakan sederap ke hadapan,
pemimpin pula perlu mendapatkan pengertiannya.

wallahu aklam.

Masa kecilku.(puisi)

Salam semua.

Aku tidak pernah pun berpuisi di mana-mana.
di dalam bilik darjah.
di perhimpunan sekolah.
di mana-mana pentas pun.

Tetapi.......
Hari ini aku ingin melakukannya.
aku tidak perduli apa orang lain kata.
biar baitnya berkecamuk tetapi bingkisan dan muatannya sarat,
ini bukan khayalan tetapi ternyata ianya tulen.


walaupun.....
aku tahu puisi aku punyai bahasa yang hambar dan tawar sifatnya.
apapun itulah aku.itulah diriku.
aku tidak mungkin menjadi orang lain.
aku tidak mungkin menjadi Cikgu Husein Yakin guru bahasa Melayuku,
Jihati Abadi aruah guru sasteraku.
lagi jauh untuk menjadi Osman Awang, A.Samad Said atau Samad Ismail.

Aku hanya Lee Noh,
anak kampung yang berjenama kecil dan kampung-kampungan.
Walaupun kekawanku berjenama besar dan berada di puncak jaya.
Umpama;
Dinsman, aruah Zubir Ali, Datuk Dr.Mohd.Ali Baharom, Datuk Ismail Wadin dan ramai lagi.
mereka hanya kekawanku di sekolah, aku tertinggal dek kelajuan mereka.

Aku sukar mengejar mereka dek beban masa kecilku.
aku sebok mengurus masa kecilku yang terancan dan diancam.
ancaman yang sukar dimengertikan, hanya tersimpan dan tersirat di dalam benak hatiku.
perit derita bak menelan jadam.

Aku lemah menghadapinya, aku jadi bodoh dan mundur,
Tapi Allah masih sayang padaku,
aku reda dan aku faham perancangan dan pelaksanaan-Nya.

Walaupun aku telah maafkan.
tapi mindaku mengulang ingatkannya, sudah terpahat agaknya.
aku harap Allah mengampunkannya kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Aku harap aruah bapaku juga memaafkannya.
sebelum hembuskan nafas terakhirnya.
walaupun beliau terpaksa menanggung segala keperitan akibatnya.
Aku harap syurga sedang menunggu ketibaan bapaku.
Itulah harapan dan doaku.

Aku melihat dan menyaksikan penderitaan bapaku dengan mata hati.
dengan lenangan air mata jernihku, hatiku penuh masyghul.
Ibu,abang dan adik-adikku juga menyaksi dan merasai kesugulannya.

Sudah jatuh ditimpa tangga pula,
aku kagum akan ketahanan bapaku,
ia menghadapinya dengan penuh kesukaran, kesabaran dan ketenangan.
betapa peritnya ancaman yang dihadapinya setiap hari.

Aku harap bapaku reda menerimanya.
aku turut reda bersamanya.
Ya Allah, bapaku ada ketahanan tetapi belum tentu aku.
Ya Allah janganlah Engkau bebankan ujian yang tidak mampu aku menanggungnya.
DAN .....
Ampunkanlah segala dosaku dan dosa dua ibu bapaku serta dosa sekalian muslimin dan muslimat....amin.

Sekian....wallahu aklam.

Muhasabah : Aku bercakap tidak serupa bikin.

Salam semua.

Bisikan mindaku pada hati.

Mindaku mengutarakan berbagai pandangan dan pendapat yang bernas, hatiku juga menyetujuinya kerana semuanya yang baik-baik dan bermanfaat belaka.Aku sepatutnya bersenam setiap pagi sekurang-kurangnya 20 minit atau setengah jam, hatiku bersetuju dengan cadangan itu, memandangkan aktiviti dan pergerakanku kini tidak banyak yang melibatkan fizikal, hatiku bersetuju dengan teori dan cadangan itu tetapi aku hanya kadang-kadang sahaja melaksanakannya, mulutku sering menceritakan dan juga menasihatkan orang lain supaya berbuat demikian, ramai yang melakukannya tetapi aku sendiri tidak melakukannya secara bersungguh-sungguh , memang tepat kalau hendak dikatakan" Aku bercakap tidak serupa bikin ". Nasib baik perkara yang bercakap itu perkara yang baik-baik belaka, sekurang-kurangnya mencadangkan sesuatu yang baik adalah dikira baik juga tetapi kalau merealisasikannya akan menjadi lebih baik lagi, ternyata itu adalah kelemahanku.

Mengumpat.
Mengumpat adalah suatu perbuatan yang amat dikeji Allah S.W.T, untuk senang faham mengumpat adalah menyata atau mengatakan sesuatu yang buruk terhadap orang lain, semata-mata mengucapkan sahaja bukan bertujuan memperbaiki atau menasihati individu berkenaan, sebaliknya menyatakan keburukan itu dibelakangnya dan tanpa diketahuinya, bukan pula individu yang diumpat itu seorang pemimpin yang zalim, malah individu tersebut serupa sahaja seperti orang yang mengumpat itu. Dalam hal ini aku juga kekadang terperangkap di dalam perbualan seumpama itu, kekadang aku menyedarinya tetapi tidak melarang atau menghentikannya, cuma aku tidaklah menjadi ibu keladi mempengerusikan majlis mengumpat itu.hehe.

Ramai yang tidak menyedari dan mengenali sifat mengumpat ini pada hal kalau kita kata " hai dia tu gemuk la" itu pun sudah dikira mengumpat, kekadang aku senaraikan umpatan yang telah dilontarkan setelah selesai majlis sembang-sembang, rupanya hampir sama banyak di antara mengumpat dengan tidaknya. hehe.

Sekian...wallahu aklam.

Wednesday, December 22, 2010

Rukun iman - Percaya kepada Malaikat.

Salam semua.

Rukun Iman.

Seseorang manusia yang beriman kepada Allah ( Percaya kepada Allah ) mengikut disiplin Islam semestinya semua mereka yang mengakui beriman kepada Allah itu wajib percaya kepada semua Rukun Iman tanpa kecuali, di mana rukun iman ini berkaitan dan bertalian pula di antara satu sama lain, jika digugurkan kepercayaan terhadap salah satunya, maka gugur dan batallah kepercayaan itu kesemuanya. Rukun-rukun tersebut ialah;
(1) Beriman kepada Allah.
(2) Beriman kepada Malaikat.
(3) Beriman kepada Kitab-kitab.
(4) Beriman kepada para Rasul.
(5)
Beriman kepada Hari Kiamat.
(6) Beriman kepada qada' dan qadar.

Klik tajuk di bawah ini untuk mendengar huraian dan penjelasan mengenai Beriman atau Percaya Kepada Malaikat.



Sekian...wallahu aklam.

Tuesday, December 21, 2010

Di Kedai Gunting. Aku terperanjat bila ditanya ???.

Salam semua.

Ceramah tanpa tauliah.
Ketika masyarakat heboh dan rancak membincangkan isu mengenai berceramah tanpa tauliah suatu ketika dahulu iaitu kurang lebih setahun yang telah lalu.Sedang aku berbual di Kedai Gunting bersama kawan-kawan untuk memenuhi masa lapangku, tiba-tiba seorang anak muda yang sedang duduk rapat denganku, dalam keadaan paha bertemu paha, beliau dalam lengkongan usia di antara 30 - 35 tahun berbisik padaku bertanyakan suatu soalan yang ringkas sahaja tetapi memeranjatkan aku kerana soalan itu menyentuh perkara yang sangat asas situasinya, seusia itu sepatutnya telah difahaminya dan lama berlalu, aku terpaksa mengambil sedikit masa melayani mindaku yang sedang terkejut dan sedikit mengerikan itu sebelum menjawabnya, mengerikan kerana persoalan itu sepatutnya telah selesai sejak dibangku sekolah lagi kerana ianya termasuk perkara yang paling utama di dalam Islam iaitu persoalan makrifatullah ( mengenal Allah ).

Ilmu Tauhid.
Dalam keadaan merendah diri beliau bertanya" Apakah yang dimaksudkan dengan Ilmu Tauhid yang sering disebut di dalam Khutbah Jumaat kebelakangan ini ? ", Dari struktur ayat itu dapatlah difahamkan bahawa beliau jarang mendengar kalimah tersebut. Aku pun menjawabnya dengan cara yang amat ringkas dan padat berdasarkan kebolehanku, jawapannya tidak sesuai panjang-panjang kerana kami ketika itu sedang berbual beramai-ramai, hanya sesuai mengambil masa buat seketika sahaja untuk keluar dari kumpulan, selepas aku memberi penjelasan ringkas itu , kami pun masuk balik ke dalam kumpulan sembang tadi, kalau tidak berbuat demikian, nanti dianggap berbisik-bisik pula atau merahsiakan sesuatu , sifat demikian tidak baik ketika sedang bersembang atau berbual beramai-ramai.

Mempelajari Ilmu Tauhid sangat penting.
Dalam masa memberi penjelasan itu aku sempat juga merujuk kepada surah al.Ikhlas dan ayat 255 dari Surah al.Baqarah ( ayat al.Kursi ) untuk mempermudahkan beliau faham dan merujuknya di rumah nanti.Aku juga menerangkan kepadanya selain Ilmu Tauhid dikenali juga sebagai Ilmu Aqidah, mempelajari ilmu ini sangat penting tanpa pengetahuan mengenainya seseorang Islam itu akan terdedah dengan perbuatan syirik (menyengutukan Allah ) atau untuk mudah faham seseorang itu akan mudah terkeluar dari Islam (murtad).

Tanpa Ilmu Tauhid ( Ilmu Aqidah ) seseorang itu tidak mampu menjaga aqidah Islam dirinya dan syahadah juga akan terjejas kerana mereka tidak dapat mengenal dan mengetahui perbuatan yang merosakkannya.

Sekian...wallahu aklam.

Monday, December 20, 2010

Jom. Ke Karnival Selangor Ria '10.

Salam semua.

Awal pagi hari ini aku ke K
arvival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor. 2010.( Selangor Ria '10 ). Kehadiran tersangat ramai pengunjung pada Ahad 19 Disimber 2010 menyebabkan parkir tidak mencukupi, sebahagian kenderaan terpaksa menerima surat saman kerana terpaksa meletakkan kereta mereka di tempat yang tidak sesuai .

Aku bernasib baik , tidak kena saman kerana kereta diletakkan di ruang parkir pasaraya yang berdekatan dan berjalan kaki ke kawasan karnival yang terletak di kawasan parkir Stadium Shah Alam. Kehadiran kami kali kedua hari ini tiada apa-apa masalah kerana pengunjung tidak ramai, mungkin hari ini bukan hari kelepasan.

Ahad ( 19.12.2010)
Macam-macam ada .
Hanya gambar-gambar ini sahaja yang sempat diabadikan di sini.


Saturday, December 18, 2010

Jalan-jalan baca blog dan terbaca "Akad nikah ikut sunnah".

Salam semua.

Jalan-jalan baca blog.
Dalam masa penulis berjalan-jalan membaca blog , facebook dan lain-lain penulis terjumpa macam-macam cerita dan kisah, di antaranya seperti disebutkan di bawah ini.

Akad nikah.
Wajib bagi orang Melayu Islam berkahwin mengikut hukum Islam atau sunnah dan mereka juga sememangnya patuh seratus peratus kewajipan tersebut, maka berbongkok-bongkoklah anak teruna dan Tok Imam/Juru Nikah melaksanakan kewajipan tersebut, tetapi sebaik sahaja selesai upacara akad nikah, maka mulailah mereka mencari dan melaksanakan amalan dan adat orang lain untuk memeriahkan majlis perkahwinan mereka, semakin lama semakin banyak pula pelanggar sunnah yang dilakukan oleh masyarakat Melayu dengan direstui oleh orang dewasa, maksudnya tanpa larangan dan pencegahan.Apakah akan terjadi kepada masyarakat kita seratus tahun akan datang ?. Kalau dalam tahun 60an dicemari dengan adat-adat lama dan kuno, kini dalam abad ke-21 adat itu diganti pula dengan adat yang dikatakan moden tetapi statusnya adalah sama juga dengan adat kuno yang telah berlalu iaitu masih haram ...Wallahu aklam.

Adakah meningkatnya jumlah pasangan bercerai ada kaitan dengan amalan tersebut iaitu kurang menghiraukan hukum Islam atau tidak pedulikan ajaran Islam, khususnya ketika melaksanakan majlis perkahwinan mereka dan amnya pada sepanjang masa mereka melayari kehidupan suami isteri, walaupun khutbah nikah dibaca dan diterangkan dengan jelas sebelum upacara akad nikah...mereka tetap tidak menghiraukan haram halal yang sepatutnya dijaga sepanjang upacara majlis tersebut... wallahu aklam.

Bilangan pasangan bercerai meningkat.
Dari maklumat yang diperolehi, kadar perceraian di Malaysia bagi pasangan beragama Islam sahaja disifatkan agak dahsyat. Dalam sehari purata 56 kes perceraian berlaku di Malaysia dan sebanyak 359 berlaku sebulan berdasarkan kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2007. Dari jumlah ini Lembah Klang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu tiga daripada sepuluh pasangan di Kuala Lumpur, bercerai. Jumlah perceraian sepanjang tahun 2007 adalah 20,529. Manakala bagi tahun 2008, data yang diambil dari Januari sehingga Jun 2008 menunjukkan perceraian sebanyak 9,765. Trend perceraian di kalangan umat Islam di Malaysia setiap tahun kian meningkat dan keadaan itu amat membimbangkan. Tambahan pula perceraian sudah merangkumi angka melebihi kira-kira 10 peratus daripada jumlah perkahwinan setiap tahun.

Solat mayat ikut sunnah.

Terbaca juga tajuk yang menyatakan bahawa ketika solat mayat semua orang ikut sunnah dengan menunaikan solat tersebut sebanyak empat takbir tanpa rukuk tetapi selepas dikebumikan lain pula jadinya, ada pula bermacam-macam adat yang dilakukan mereka pada hal amalan itu tidak disuruh oleh Islam
.Ini menggambarkan bahawa masyarakat kita sanggup bersusah payah melaksanakan perkara yang tidak disuruh dengan mengeluarkan belanja yang besar untuk merealisasikannya, disebaliknya mereka tidak sanggup merealisasikan perkara-perkara yang disuruh dan diperintahkan Allah, terutamanya meninggalkan adat yang membawa maksiat.

Sekian ...wallahu aklam.