Tuesday, December 21, 2010

Di Kedai Gunting. Aku terperanjat bila ditanya ???.

Salam semua.

Ceramah tanpa tauliah.
Ketika masyarakat heboh dan rancak membincangkan isu mengenai berceramah tanpa tauliah suatu ketika dahulu iaitu kurang lebih setahun yang telah lalu.Sedang aku berbual di Kedai Gunting bersama kawan-kawan untuk memenuhi masa lapangku, tiba-tiba seorang anak muda yang sedang duduk rapat denganku, dalam keadaan paha bertemu paha, beliau dalam lengkongan usia di antara 30 - 35 tahun berbisik padaku bertanyakan suatu soalan yang ringkas sahaja tetapi memeranjatkan aku kerana soalan itu menyentuh perkara yang sangat asas situasinya, seusia itu sepatutnya telah difahaminya dan lama berlalu, aku terpaksa mengambil sedikit masa melayani mindaku yang sedang terkejut dan sedikit mengerikan itu sebelum menjawabnya, mengerikan kerana persoalan itu sepatutnya telah selesai sejak dibangku sekolah lagi kerana ianya termasuk perkara yang paling utama di dalam Islam iaitu persoalan makrifatullah ( mengenal Allah ).

Ilmu Tauhid.
Dalam keadaan merendah diri beliau bertanya" Apakah yang dimaksudkan dengan Ilmu Tauhid yang sering disebut di dalam Khutbah Jumaat kebelakangan ini ? ", Dari struktur ayat itu dapatlah difahamkan bahawa beliau jarang mendengar kalimah tersebut. Aku pun menjawabnya dengan cara yang amat ringkas dan padat berdasarkan kebolehanku, jawapannya tidak sesuai panjang-panjang kerana kami ketika itu sedang berbual beramai-ramai, hanya sesuai mengambil masa buat seketika sahaja untuk keluar dari kumpulan, selepas aku memberi penjelasan ringkas itu , kami pun masuk balik ke dalam kumpulan sembang tadi, kalau tidak berbuat demikian, nanti dianggap berbisik-bisik pula atau merahsiakan sesuatu , sifat demikian tidak baik ketika sedang bersembang atau berbual beramai-ramai.

Mempelajari Ilmu Tauhid sangat penting.
Dalam masa memberi penjelasan itu aku sempat juga merujuk kepada surah al.Ikhlas dan ayat 255 dari Surah al.Baqarah ( ayat al.Kursi ) untuk mempermudahkan beliau faham dan merujuknya di rumah nanti.Aku juga menerangkan kepadanya selain Ilmu Tauhid dikenali juga sebagai Ilmu Aqidah, mempelajari ilmu ini sangat penting tanpa pengetahuan mengenainya seseorang Islam itu akan terdedah dengan perbuatan syirik (menyengutukan Allah ) atau untuk mudah faham seseorang itu akan mudah terkeluar dari Islam (murtad).

Tanpa Ilmu Tauhid ( Ilmu Aqidah ) seseorang itu tidak mampu menjaga aqidah Islam dirinya dan syahadah juga akan terjejas kerana mereka tidak dapat mengenal dan mengetahui perbuatan yang merosakkannya.

Sekian...wallahu aklam.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam...

Kesihan dan sedih dalam usia yg sudah sepatutunya mendidik anak-anak masih tidak tahu.

Kalau sekolah agama darjah satu pun sudah diperkenalkan rukun Islam, rukun Iman dan perkara-perkara asas dalam tauhid.

Leenoh said...

W.salam.
Pertanyaannya menyebabkan saya mendapat pahala dan dia juga mendapatnya berlipat ganda..." malu bertanya sesat jalan ".

Allah masih sayang padanya, diharap beliau akan melayan kemusykilannya itu dengan menghadiri kuliah-kuliah di surau atau masjid berdekatan dengan tempat kediamannya.

Temuk said...

Assalamu'alaikum Sdr Leenoh

Satu babak yg menarik. Semoga itu 'soalan utk mengetahui lebih mendalam'. Sekalipun tempatnya (kedai gunting) tidak membolehkan jawapan mendalam diberikan.

Benarlah kata sdr, kuliah-kuliah di surau atau masjid boleh membantu. Orang macam saya pula, asyik lupa pemerincian kuliah-kuliah yang diberikan. Cemburunya pada mereka yg hafal hadith & firman-firman tertentu sebagai dalil-dalil utama sesuatu huraian.

Leenoh said...

Waalaikumussalam Sdr.Temuk.

Cemburu yang baik tu, cemburu atau iri hati yang bermotivasi, mendorong kita berlumba-lumba mencari ilmu.

Nabi bersabda kita boleh iri hati dalam dua perkara, Sabdanya bermaksud, "Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; Iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta dan dia selalu menginfaqkannya pada malam dan siang hari. ( juga iri hati ) terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu ia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain".
(H.R Bukhari dan Muslim).